10+ Tempat Menarik di Selangor Yang Percuma (Percutian Bajet 2019)

Tempat menarik di Selangor yang percuma

Bukan semua orang berduit untuk pergi ke tempat-tempat yang mahal seperti KidZania, Petrosains dan Sunway Lagoon. Tiket sahaja boleh mencecah ratusan ringgit bila bawa satu keluarga. Tapi tahukah anda, ada banyak tempat menarik di Selangor yang percuma? Ya, tidak perlu keluarkan modal banyak. Jika ada pun, tidak akan membebankan.

Kenapa bajet ciput?

Boleh botak kepala si ayah kalau mahu sponsor semua sekali pergi bercuti sempena cuti sekolah yang panjang, walaupun cuma dalam negeri sendiri.
Kesian tengok anak terkebil-kebil mata tengok cerita di TV dan tidak buat apa-apa. Paling tidak, main game di telefon bimbit. Itupun tidak sabar untuk tunggu waktu petang, untuk keluar rumah main dengan anak-anak jiran.

Tidak perlu tidur di tempat percutian ini

Ini bermakna, pergi pagi, balik petang. Senang cerita, balik hari.
Boleh jimat banyak jika tidak sewa hotel. Bukannya kedekut dengan anak-anak. Kadang-kadang, kita kena ukur baju di badan sendiri.
Ada beberapa tempat lain yang anak-anak mahu pergi. Jadi, kena pandai-pandai bajet, tengok poket sendiri. Jadi, apa salahnya pergi tempat-tempat yang percuma. Jimat sedikit.
Maka, izinkan kami senaraikan tempat percutian bajet di Selangor untuk tatapan semua.
 

Air Terjun Sungai Kanching, Selayang / Rawang

Tidak pasti dalam kawasan Selayang atau Rawang. Yang penting, mudah sahaja untuk pergi ke sini. Nampak signboard dari tepi jalan utama.
Jangan risau, ada tempat persalinan dan tandas di atas. Cuma pastikan untuk menjaga barang masing-masing kerana banyak monyet berkeliaran.
Boleh tengok video dari Hasif Hamsyari di bawah ini:

Pro Tips:

Modal cuma parking dan yuran untuk masuk. Tidak ingat berapa, tapi tidaklah mahal mana. Masih lagi mampu.
Ada gerai-gerai jual makanan di luar. Jika tidak mahu bawa bekal sendiri, boleh juga makan di sana.
Ambil masa setengah atau satu hari untuk rekreasi di air terjun Sungai Kanching. Anak-anak pasti happy.
 

Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Lokasi ini mungkin agak jauh bagi yang tinggal di Klang atau Shah Alam.
Namun, bagi yang minat aktiviti lasak, tetapi tidak guna banyak duit, bolehlah datang ke sini. Katanya, kena lintas 6 sungai untuk sampai ke Air Terjun Sungai Chiling.
Lihat video dari AkuBiomed di bawah ini:

Pro Tips:

Jangan lupa singgah ke Santuari Ikan di bawah kelolaan Jabatan Perikanan di sini. Ia cuma dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja.
Jika mendaki ke atas, kena balik semula ke bawah sebelum jam 5.30 petang.
Hati-hati, kawasan agak curam dan batu licin. Arus juga sangat deras di sini. Sila jaga keselamatan anak-anak.
 

Air Terjun Serendah

Air Terjun Serendah menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk berkelah dan bersantai bersama-sama ahli keluarga.
Semua orang akan menyenangi suasana kawasan air terjun yang dikelilingi kehijauan hutan yang sangat mendamaikan. Bunyi air terjun sahaja boleh menjadi terapi diri. Ditambah pula dengan haiwan hutan di sekeliling. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin merehatkan minda sementara lari daripada kesibukan hiruk pikuk kota.
 

Taman Botani, Shah Alam

Tempat percutian bajet Shah Alam
Tidak perlu memandu jauh, kerana ia betul-betul berada di dalam bandaraya Shah Alam. Menghirup udara di sini sangat menyegarkan. Tiket masuk pula cuma RM3.
Jika betul-betul bajet, jalan kaki sahaja di sekeliling Taman Botani. Tidak perlu sewa basikal. Namun, tidak salah juga sewa basikal kerana tidaklah mahal mana. Cuma RM15 sahaja.
Yang mahal ialah apabila mahu main flying fox di Skytrex Adventure. Jika ada duit lebih, dipersilakan.
Di sini juga, ada Taman Haiwan adalah yang menjadi tempat kegemaran pengunjung untuk melihat secara dekat haiwan-haiwan seperti selembu, rusa, kuda, burung kakaktua, burung merak, burung merpati, arnab, landak dan lain-lain lagi.
Lihat video dari Haikal Afiq di dalam Taman Botani Shah Alam di bawah ini:

Pro Tips:

Sudah penat berekreasi di sini, boleh keluar ke Seksyen 8, Shah Alam untuk makan. Boleh cari Kedai Soto yang berada di lot kedai berdekatan dengan surau.
Ada pelbagai makanan kampung yang sangat menyelerakan.
 

Taman Eko Rimba, Sungai Tua, Batu Caves

Mengikut pengalaman dari Sabree Hussin, tempatnya cantik, kawasannya bersih dan terjaga. Cuma katanya, air agak deras di sini.
Sangat sesuai untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.
Tonton video Nurlina Syahiirah untuk melihat Taman Eko Rimba Sungai Tua ini dengan lebih dekat lagi.

Pro Tips:

Ada tempat BBQ di sini. Sila bawa ayam, daging, kambing dan lain-lain bahan yang sudah diperap. Jangan lupa bawa barang-barang lain untuk BBQ seperti arang.
Sambil makan, sambil mandi. Fuh, tak terkata nikmatnya.
 

Bukit Malawati, Kuala Selangor

Tempat percutian bajet di Kuala Selangor
Ini sudah tentu salah satu tempat menarik di Selangor yang percuma untuk semua. Naik memang percuma kalau jalan kaki. Tapi kami sarankan, naik sahaja tram yang kosnya tidaklah mahal mana. Pegalama naik tram untuk naik ke puncak Bukit Malawati dijamin akan kekal dalam kenangan anak-anak.
Di atas Bukit Malawati juga, terdapat beberapa buah rumah pegawai-pegawai tinggi kerajaan, sebuah rumah rehat, rumah api dan kesan-kesan sejarah. Rasa seperti zaman dahulu kala, zaman penjajah masih berkuasa.
Lihat Bukit Malawati dari atas, hasil rakaman oleh drone oleh Hazwan Hafiz.

Pro Tips:

Jaga-jaga, ada banyak monyet di sana. Pastikan jangan tunjuk makanan kita yang ada dalam plastik. Nanti monyet-monyet ini akan jadi hilang sabar dan cakar kita untuk mendapatkan makanan itu.
Sorokkan dalam beg, dan beri satu-satu.
 

Taman KLCC, Kuala Lumpur

Ini bonus, walaupun bukan di Selangor. Jemput datang untuk ajak anak-anak bermain di kawasan taman permainan yang cukup luas. Boleh berlari sekeliling kawasan dan biarkan anak lepas bebas.
Lebih baik lagi, siap-siap baju baju renang sebab anak boleh mandi di satu kawasan kolam air. Bukanlah seperti taman tema air berbayar yang mahal.
Cukuplah anak dapat mandi dan bergembira di hari cuti.
Tonton video dari Nurhayati Abd Malek tentang KLCC Park:

Pro Tips:

Modal tidak banyak. Cuma, jangan gatal bawa kereta ke sini. Parking sangat-sangat mahal di KLCC. Sila naik LRT untuk lebih jimat. Bawa bekal jika perlu. Jika tidak, boleh makan McDonalds.
Selesai mandi, berekreasi dan makan, boleh pergi ke Kinokuniya. Tak beli buku pun tak apa. Boleh ambil mana-mana buku, duduk bersila dan baca.
Tidak ada siapa yang marah.
Namun, jika berminat dengan mana-mana buku, dipersilakan beli. Jangan pula baca sampai habis.

Akhir kalam

Zaman ekonomi yang tidak berapa stabil ini, ramai ibu-bapa berkira-kira untuk melaburkan duit pergi bercuti di tempat mahal-mahal.
Jangan bimbang.
Kita semua rakyat marhaen yang bukanlah cepat rasa cemburu dan putus asa. Masih lagi boleh luangkan masa pergi bercuti di tempat-tempat yang disenaraikan di atas.
Ingat, bukan destinasi yang membawa bahagia. Tetapi hati dan perasaan kasih sayang bersama keluarga itu yang lebih penting. Gembirakan hati ahli keluarga kita, Allah akan permudahkan urusan kita.
Selamat bercuti!

Carian dari Google:

  • taman tema percuma
  • percutian di selnagor
  • tempat melancong di selangor yang menarik
  • tempat menarik di selangor
  • tempat menarik di selangor yang percuma
  • tempat menarik selayang

5+ Tempat Percutian Menarik di Malaysia (Musim Cuti Sekolah 2019)

Tempat percutian menarik cuti sekolah

Kenapa kami kata jangan pergi? Sebab akan buang banyak masa beratur panjang. Bukan setakat beratur panjang untuk beli tiket ke tempat percutian menarik, tetapi akan buang masa beratur dan bersesak-sesak di jalan raya. Boleh sesak dada jadinya.

Apa tujuan sebenar kita pergi bercuti?

Objektif utama kita sanggup laburkan duit pergi bercuti adalah untuk hilangkan stress dan tenangkan minda. Bukannya untuk bersesak-sesak dan serabut di jalan raya.
Tambahan lagi berhimpit-himpit di tempat makan yang ada kalanya servis ke laut dan terpaksa tunggu hingga sejam.
Masa cuti sekolah juga, ada peniaga yang ambil kesempatan dengan menjual dengan harga cekik darah. Bila terlalu ramai manusia, maka sopan santun peniaga juga akan hilang. Langsung tidak friendly. Mahu salahkan mereka, tidak boleh juga. Mungkin masa tidak kena.
Maka, izinkan kami senaraikan tempat percutian menarik cuti sekolah, yang perlu dielakkan. Bukan tak boleh datang langsung, cuma lebih afdal pergi padi hari-hari lain.

Cameron Highlands, Pahang

Tempat percutian menarik di Cameron Highlands
Sumber: Mstar

Lupakan Kea Farm kalau mahu beli sayur dan buah-buahan. Orang Cameron Highlands sendiri pun tidak beli di sini. Cuma orang luar sahaja yang datang.
Mengikut laporan Mstar, kesesakan lalu lintas di kawasan itu khususnya pada hujung minggu atau cuti umum bukan sesuatu yang baharu.
Kena pandai pilih masa bila untuk naik, bila untuk turun, dan bila untuk pergi ke sesuatu tempat yang ingin dikunjungi.

Pro Tips:

Sebenarnya, masih boleh datang ke Cameron Highlands semasa musim cuti sekolah. Cuma kena sampai awal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Jika mahu pergi ke tempat-tempat menarik di Cameron Highlands juga, kena keluar awal.
Untuk tempat tinggal, disarankan pilih tempat penginapan yang berdekatan dengan pasar malam. Percayalah, untuk cari tempat letak kereta disini sahaja pun, boleh buat anda panas hati. Silap-silap, boleh bergaduh kerana kereta bergesel.
Mengikut pengalaman kami, selain guna Agoda, Booking.com atau Trivago, cubalah cari tempat penginapan menggunakan AirBnB pula. Ada banyak rumah yang dijadikan homestay di sekitar Cameron Highlands.
 

Pulau Langkawi, Kedah

Tempat percutian menarik di Langkawi
Sumber: Facebook

Kali ini, bukan kesesakan jalan raya di atas pulau Langkawi. Sebaliknya, kesesakan di jeti memang boleh menguji hati. Ada ketika, tiket pula habis jika tidak merancang dengan teliti.
Jadi kena buat perancangan awal, dengan penuh hati-hati. Bimbang tempat percutian menarik di Langkawi yang diangan-angankan, bertukar menjadi cemuhan.
Bagi yang memandu kereta, boleh letak kenderaan di sekitar kawasan jeti. Nampak macam kurang selamat kondisinya, tetapi mahu buat macam mana. Yakin sahajalah.
Sila naik melalui Jeti Kuala Perlis untuk perjalanan yang lebih dekat ke Langkawi. Bukannya Jeti Kuala Kedah.

Pro Tips:

Bagi yang memang tabiatnya merancang lebih awal untuk pergi bercuti, boleh bawa kereta sendiri ke Langkawi.
Perkongsian dari Mohd Khairul di Facebook, ada dua syarikat perkhidmatan feri angkut kenderaan untuk ke Langkawi, iaitu:

Mereka guna Langkawi Auto Express, di mana masa perjalanan cuma 2 jam, berbanding 1 jam 15 minit jika dengan feri penumpang.
Kos yang terlibat:
Tambang pergi-balik:
– Kereta Sedan, 1.6cc : RM300 (Tempahan secara atas talian)
– Dewasa x 1 : RM36 (Percuma untuk pemandu)
– Kanak-kanak x 2 : R
M52

Pulau Pinang

Jambatan Pulau Pinang
Ada ketikanya, perjalanan dari Georgetown ke Batu Feringghi boleh mengambil masa 45 minit hingga 1 jam. Rasa terlalu perlahan untuk sampai ke destinasi. Panas punggung dalam kereta boleh buat kita rasa malas untuk ‘hore-hore’.
Sudahlah jalan sesak, untuk beratur makan nasi kandar dan makanan-makanan lain yang viral di sekitar Penang, memang boleh menguji iman di dada. Silap haribulan, tak mahu jejak lagi ke Pulau Pinang.

Pro Tips:

Jika dari arah selatan, masuk menggunakan jambatan kedua kerana kurang sesak. Untuk tempat penginapan pula, boleh pilih untuk menginap di kawasan tengah bandar kerana boleh ke mana-mana dengan mudah.
Untuk ke tempat-tempat makan yang viral, paling mudah, gunakan Grab untuk mengelilingi Penang.
 

Melaka

Tempat percutian menarik di Melaka
Tempat percutian menarik di Melaka boleh bertukar menjadi tidak menarik dalam sekelip mata sahaja. Keluar dari Tol Ayer Keroh untuk ke Bandaraya Melaka sahaja boleh sampai 1 jam lebih. Memang lama. Penat jika guna kereta manual.
Lupakan sahaja niat untuk beratur panjang semata-mata untuk merasa Kuih Keria Antarabangsa yang viral. Penat badan dan akan hilang tenaga. Datang semula jika keadaan tidak sesak.

Pro Tips:

Tidur di sekitar Ayer Keroh, kerana kesesakan kurang berbanding kawasan tengah bandar. Lagipun, banyak juga tempat menarik di sekita Ayer Keroh. Satu hari memang tidak akan habis untuk pergi jelajah Ayer Keroh sahaja.
Setkan 1-2 hari untuk Ayer Keroh, dan 1-2 hari lagi untuk kawasan bersejarah di sekitar bandar. Jika berulang alik, penat.
 

Jalan TAR, Kuala Lumpur

Jalan TAR
Sumber: Utusan

Orang Kuala Lumpur, sibuk balik kampung atau bercuti ke tempat lain. Sebaliknya, orang luar Lembah Kelang pula berpusu-pusu datang ke Kuala Lumpur untuk bercuti.
Ramai orang luar akan pergi Sogo, sebab katanya murah. Tapi sekali masuk, lebih-lebih lagi di bahagian kanak-kanak, penuh dengan manusia. Hinggakan, mahu berjalan pun susah. Sesak nafas.

Pro Tips:

Parking mahal, sebab di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kadar tempat letak kereta macam tak masuk akal pun ada.
Jadi, orang luar yang tidak biasa, cari tempat penginapan yang dekat dengan LRT atau MRT. Bukan tidak boleh naik kereta sendiri, cuma bimbang tersesat. Hati akan jadi panas sebab Waze pun tidak membantu.
Banyakkan berjalan kaki dari satu stesen ke stesen yang lain. Jika siap membeli-belah, dan rasa sukar untuk bawa barang naik pengangkutan awam, boleh naik Grab.
 

Komen di media sosial

Mereka ini juga besetuju, yang tempat percutian menarik cuti sekolah ini, tak perlu pergi semasa musim cuti sekolah.
Destinasi bajet di Malaysia

Akhir kalam

Bukannya kami benci dengan tempat-tempat ini. Cuma, atas pengalaman sendiri, kita gagal mengawal perasaan marah akibat kesesakan yang berlaku.
Akhirnya, percutian rasa tidak ada apa-apa. Langsung tidak ‘enjoy‘. Jika mahu buat lawatan cuti sekolah, fikir masak-masak dahulu.
Jangan kata kami tidak beritahu.
Bila sudah sampai dan tidak mahu bersesak-sesak di Melaka, jemput baca senarai tempat percutian menarik di Johor yang percuma pula.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • tempat percutian menarik keluarga di malaysia 2019