Perempuan Suka Lelaki Yang Macam Mana? (Ada 20+ Jenis)


Lain orang, lain citarasa. Lain dia punya pandangan. Masing-masing punya ‘taste‘, tak boleh nak cakap apa.
Lelaki perlu tahu, ada tanda-tanda, dan ciri-ciri perempuan suka lelaki dalam diam. Hanya dia sahaja yang tahu.
Sukar sekali bagi lelaki untuk rungkaikan perkara ini. Berkenaan soalan perempuan suka lelaki yang macam mana ini, izinkan kami berkongsi.
 

Perempuan suka lelaki kelakar

Ada juga kita dengar, “Tak hensem pun tak apa, janji kelakar”. Boleh percaya ke?
Orang kata, kalau pandai buat lawak, senang nak pujuk perempuan yang merajuk. Hati pun terhibur. Cuma jangan terlalu berlebihan, nanti akan jadi bosan.
 

Perempuan suka lelaki buncit

Yang belum kahwin, mungkin tidak. Yang sudah kahwin, mungkin pada dia buncit itu seksi. Bila suami makan apa yang isteri makan, itu tandanya senang hati. Gemuk itu tanda dia berjaya dan pandai jaga laki.
Hati-hati, gemuk dan buncit itu bukanlah penanda aras kasih sayang. Itu sebenarnya ada kaitan dengan masalah kesihatan.
Sebelum ditakdirkan suami mati awak kerana sakit janji sebab tinggi kolesterol, lebih baik buat medical checkup.
 

Perempuan suka lelaki berisi

Berisi tak sama dengan buncit. Buncit itu perut. Berisi itu mungkin di bahagian paha atau lengan. Lebih selesa dipanggil ‘chubby‘.
Apabila muka lelaki bulat dan pipi tembam, nampak comel. Mungkin sebab itu si perempuan jatuh hati?
 

Perempuan suka lelaki kaya (berduit / berharta)

Tak dinafikan, semua orang nak kahwin dengan orang yang kaya dan berharta. Senang, tak perlu pening kepala untuk cari duit besarkan anak-anak dan keluarga. Hidup pun mewah sentiasa.
Tak ada kereta Honda, jangan ajak keluar. Persoalannya di sini, boleh bahagia ke?
 

Perempuan suka lelaki tinggi

Ya, memang ada jenis perempuan yang suka lelaki tinggi. Itupun sebab tinggi dia lebih 165cm dan mahukan lelaki yang lebih tinggi dari dia.
Rezeki masing-masing. Kalau dapat yang lebih tinggi, bersyukurlah.
Cuma jangan hanya sebab nak lelaki tinggi, sanggup tak kahwin. Rugi.
 

Perempuan suka lelaki bermisai

Abang-abang dari badan beruniform, abang-abang polis dan tentera boleh senyum sekarang. Ya, memang wujud perempuan yang suka abang yang bermisai. Nampak segak katanya.
Buat abang-abang bermisai yang sudah beristeri sekelian, jangan pula test market dengan anak dara lain dengan misai itu. Kecil hati isteri di rumah.
 

Perempuan suka lelaki berjambang

Hipster katanya. Nampak moden. Bila bergambar di Instagram, mesti jenis yang akan dapat perhatian.
Fikir sekali lagi, kalau ciri-ciri Instafamous itu yang dijadikan matlamat dalam berkawan, lebih baik lupakan. Carilah lelaki yang elok budi pekertinya.
 

Perempuan suka lelaki pemalu

Ada juga jenis perempuan yang suka lelaki pemalu. Selalunya tak banyak cakap. Lemah lembut, berbudi bahasa.
Pemalu sebelum kahwin tak apa. Jangan jadi malu selepas kahwin, sudahlah. Macam mana mahu ada anak nanti?
 

Perempuan suka lelaki muda

Amboi, buat kakak-kakak yang sudah bersuami, jangan tergedik-gedik sana-sini. Orang lain tengok pun meluat, rasa benci. Sila jaga suami sendiri.
Ini untuk perempuan yang mungkin umur sudah lanjut dan masih lagi belum bersuami. Kalau umur tidak menjadi masalah, boleh sahaja berkenalan dengan lelaki muda.
Yang penting, jaga batas pergaulan.
 

Perempuan suka lelaki lebih tua (berumur)

Sekali lagi ingin kami tekankan, jika usia bukan jadi penghalang, teruskan sahaja. Asalkan tidak mengganggu rumahtangga orang lain, lebih baik panjang-panjangkan sehingga ke jinjang pelamin.
Selalu kita tengok, dalam surat khabar, ada lelaki yang berstatus atuk berkahwin dengan anak dara. Untunglah. Rezeki masing-masing.
Cuma jangan doa suami cepat mati untuk ambil harta dia, sudahlah.
 

Perempuan suka lelaki matang

Suami orang biasanya ialah lelaki yang matang. Maka, secara automatik, anak dara akan selalu tergila-gilakan si suami orang ini.
Kenapa? Sebab si lelaki ini sudah lalu kehidupan berumahtangga, dan masak dengan perangai dan kerenah perempuan. Pendek kata, semuanya ada dalam poket.
Hati-hati wahai perempuan dalam berkawan.
 

Perempuan suka lelaki yang ambil berat

Lelaki yang ambil berat ialah lelaki yang matang. Lebih kurang sama dengan penerangan pada perenggan sebelum ini.
Maka, adakah ini bermakna lelaki bujang tidak ada harapan?
Siapa kata? Ambil berat itu bukan datang dari genetik da DNA. Sifat ambil berat boleh dipupuk. Belajar dan berlatih untuk ambil berat dengan diri sendiri dulu.
Barulah boleh ambil berat orang lain.
Diri sendiri tak pandai jaga, macam mana nak jaga anak orang?
 

Perempuan suka lelaki berkulit gelap

Lelaki kulit putih nampak lembik? Tak juga.
Cuma berkulit gelap ini nampak macam jenis lelaki yang kerja berat. Strong man, katanya. Dari pemikiran bawah sedar perempuan, berkawan dengan lelaki berkulit gelap, rasa selamat. Itu sahaja.
 

Perempuan suka lelaki jambu

Muka jambu jadi pilihan. Oleh kerana muka keanak-anakan, diharap perangai si lelaki itu tidak childish.
Ada jenis lelaki yang sudah berkahwin pun, orang masih kata dia berumur 20-an. Habislah satu cubitan manja isteri lekat pada lengan suami.
Itu sahaja kelebihannya, lelaki jambu, nampak muda selalu.
 

Perempuan suka lelaki botak

Nampak garang dan seksi. Benarkah?
Itu mungkin persepsi bagi perempuan yang suka lelaki botak. Tak semua suka, kerana ada yang suka berambut kemas; dan ada juga yang suka berambut panjang.
Botak sebenarnya bagus. Mudah untuk uruskan kepala. Tak perlu beli minyak rambut atau pomade.
Cuma, sampai bila mahu tengok si lelaki itu botak?
 

Perempuan suka lelaki pandai main muzik

Selalunya, selalu jatuh hati pada lelaki yang pandai main gitar. Kalau pandai main piano, lagi tinggi markah itu.
Tak semestinya perempuan itu pandai menyanyi, untuk suka pada lelaki pandai bidang muzik. Mungkin sebab dia boleh duduk bersama-sama apabila sudah berkahwin nanti, di tepi pantai, sambil menyanyikan lagi indah?
Harap-harap, boleh kenyang dengan makan muzik.
 

Akhir kalam

Fitrah manusia memang ingin berkawan, lebih-lebih lagi dengan yang berlainan jenis.
Lelaki jangan risau, samada berambut panjang atau pendek; kulit hitam atau putih; itu semua fizikal. Tidak pernah dengar pula perempuan suka lelaki merokok.
Apa-apa pun, yang penting ialah hati. Lagi kita benci sesuatu tentang lelaki, itulah yang akan attract kita. Itulah yang menarik kita, kerana itulah yang selalu kita fikirkan.
Berkawanlah dengan seribu orang sekalipun, tapi bila bab kasih sayang dan cinta, setialah dengan yang seorang. Perempuan suka lelaki yang macam mana? Salah satu jawapannya ialah lelaki yang setia.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang perhubungan yang diberkati.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • kenapa perempuan suka lelaki lawak
  • wanita suka lelaki yang bagaimana
  • Tanda perempuan suka lelaki
  • perempuan suka lelaki macam mana
  • wanita suka lelaki yg baik
  • botak nampak garang
  • ciri ciri muka jambu
  • ciri ciri perempuan suka lelaki
  • https://theberkat com/perempuan-suka-lelaki-yang-macam-mana/
  • Lelaki Macam Mana Perempuan Suka?
Sebarkan kebaikan
  • 366
    Shares

Leave a Comment