10+ Sebab Kenapa Jodoh Lambat Sampai (Mungkin Ada Hikmahnya)

Kenapa jodoh lambat sampai?

Masyarakat di Malaysia sering memikirkan keadaan jodoh mereka supaya ianya cepat sampai. Namun begitu, tidak semua perkara yang mereka hajati tercapai oleh kerana kehadiran jodoh yang lambat ke dalam kehidupan diri mereka.
Kenapa jodoh lambat sampai?
Sukar soalan itu. Jodoh dan maut sebenarnnya terletak di tangan Tuhan. Namun begitu, apabila jodoh segelintir individu itu lambat, mereka menjadi gelabah dan risau akan keadaan yang menimpa diri mereka itu.
Walaupun jodoh itu sendiri terletak pada tangan Tuhan, kadangkala jodoh yang lambat itu adalah disebabkan oleh diri kita sendiri. Oleh itu, berikut kami senaraikan 5 sebab kenapa jodoh lambat sampai dalam diri anda.
 

Kurang berdoa

Dalam Islam, doa merupakan jambatan yang menghubungkan diri anda kepada Allah. Umat Islam disyariatkan supaya sentiasa berdoa dan meminta daripada Allah S.W.T atas segala yang mereka inginkan.
Agama lain juga mengesyorkan perbuatan berdoa kepada Tuhan bagi meminta segala hajat yang mereka inginkan. Dengan berdoa, anda akan lebih yakin dan redha atas segala keputusan dan akan sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan jodoh anda. Jodoh berada di tangan Tuhan.
Ada yang datang ke Jabal Rahmah di Mekah, semata-mata untuk berdoa agar mudah dapat jodoh. Jabal Rahmah sering dikaitkan sebagai lokasi mustajab doa untuk mendapat jodoh kerana ia tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa bertemu semula selepas Allah turunkan kedua-duanya ke dunia akibat kesalahan memakan buah khuldi di syurga.
Jika anda tidak berdoa dan meminta, ianya agak sukar untuk anda mencapai hajat yang anda inginkan sebelum ini. Perbanyakkanlah berdoa dan meminta daripada Tuhan bagi mempercepatkan jodoh anda.

Tidak berusaha sungguh-sungguh

Semata-mata mendoakan jodoh yang cepat tanpa usaha keras menjadi salah satu punca kenapa jodoh anda lambat. Tingkatkan usaha untuk mencari pasangan hidup dalam kehidupan anda dan setelah anda menjumpai si dia, teruskan usaha dengan mengumpulkan duit yang mencukupi untuk menghalalkan hubungan anda.
Usaha amatlah penting dalam merealisasikan impian anda untuk bertermu dengan jodoh anda. Jika anda hanya tidur sepanjang hari, dan hanya sekadar menunggu kedatangan seseorang istimewa dalam diri anda, maka ianya sukar untuk anda bertemu dengan jodoh anda.
Tingkatkan usaha anda untuk menghalalkan hubungan anda supaya jodoh anda lebih diberkati dan berkekalan sepanjang hayat.
 

Terlalu memilih pasangan yang perfect

Salah satu sebab jodoh anda lambat sampai yang ramai orang terlepas pandang dan tidak sedar adalah kerana mereka terlalu memilih ketika mencari pasangan hidup mereka.
Tak salah untuk anda memilih ciri-ciri calon yang terbaik untuk hidup bersama anda sepanjang hayat. Tetapi ramai orang telah meletakkan ‘standard’ yang terlalu tinggi sehinggakan mereka tak dapat menerima keadaan pasangan mereka yang seadanya.
Disebabkan oleh perangai seseorang yang terlalu memilih ini, mereka sukar untuk mendapatkan pasangan hidup dan hanya mengharapkan seseorang yang mempunyai ‘standard’ yang mereka inginkan itu untuk datang ke sisi mereka.
 

Akibat perbuatan dengki orang

Kita tidak tahu, mungkin ada orang yang tidak suka kita berkawan dengan seseorang. Apabila diketahui kita mahu mengikat tali pertunangan dan seterusnya melangsungkan perkahwinan, ada yang kena sihir.
Ada juga yang menerima saka, yang menyebabkan jodohnya lambat
Apa-apa pun, kembalilah kepada perubatan Islam. Anggap ini sebagai dugaan. Rawat sihir dan saka mengikut perubatan Islam.
 

Gagal mendapat restu ibu bapa

Restu ibu bapa amatlah penting bagi mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan dalam misi pencarian jodoh mereka.
Tidak ramai yang tahu bahawa sebahagian daripada punca kebahagiaan dalam rumah tangga adalah melalui restu ibu bapa mereka sendiri. Ada kalanya restu tidak dapat diperoleh kerana ibu bapa mereka merasakan belum bersedia untuk melepaskan anda yang kini berada di bawah jagaan mereka.
Oleh itu, berusahalah untuk meyakinkan mereka supaya anda dapat memperoleh restu daripada mereka untuk berkahwin.
 

Yang baik selalu datang lambat

Ramai individu mengeluh apabila jodohnya lambat sampai ke dalam hidup mereka. Namun, perkara yang mereka selalu terlepas pandang adalah yang baik selalunya datang lambat. Allah merupakan sebaik-baik perancang.
Jika jodoh anda lambat, ingatlah bahawa Allah telah merancang sesuatu perkara yang lebih baik untuk anda. Banyakkan berdoa dan bersabar sekiranya jodoh anda lambat sampai daripada orang lain. Berikan fokus terhadap perkara lain dahulu sementara menunggu kehadiran jodoh anda.
 

Akhir kalam

Dalam Islam, jodoh dan maut itu berada di atas tangan Allah. Lambat atau cepat itu semuannya bergantung kepada perancangan Allah. Sekiranya jodoh anda lambat, perbanyakkanlah kesabaran dan tingkatkan usaha anda bagi mencari jodoh yang sesuai untuk anda. Doa yang didampingi dengan usaha mudah untuk dimakbulkan oleh Allah.
Bukan itu sahaja, janganlah terlalu memilih ketika mencari pasangan hidup anda dengan meletakkan ‘standard’ yang terlalu tinggi dan belajar untuk menerima segala kekurangan dan kelebihan yang terdapat dalam diri pasangan anda. Barulah hidup anda akan lebih bahagia.
Jangan dipersoalkan jodoh yang lambat. Teruskan berdoa dan kembalilah kepada ajaran Islam.
Semoga dipermudahkan urusan dalam mencari jodoh.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang jodoh dan perhubungan.
 
[yasr_overall_rating size=”medium”]

20+ Sebab Kenapa Lelaki Suka Cari Gaduh Dengan Perempuan

Kenapa lelaki suka cari gaduh dengan perempuan

Mesti pelik, kenapa lelaki dan perempuan asyik bergaduh. Yang lagi pelik, orang perempuan rasa, sila lelaki yang mulakan dulu. Dia yang suka cari gaduh.
Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba sahaja mula mengusik dan cari gaduh.
Mari kita lihat, kenapa agaknya lelaki bersifat begini.
 

Lelaki ini mahukan perhatian

Lelaki ini mungkin bukan yang jenis lembut. Bukan yang jenis pandai cakap baik-baik. Mungkin ada sejarah dalam keluarganya dahulu yang kita tak tahu.
Ini adalah salah satu cara dia mahu dapatkan perhatian dari si perempuan.
 

Mungkin sengaja ingin menguji

Si lelaki ini tidak semestinya berniat untuk cari gaduh. Dia sekadar ingin menguji, adakah pasangannya tahan dengan sikap yang sengaja dia buat-buat.
Bukanlah bergaduh sampai baling-baling barang. Mungkin dia sekadar ingin melihat kepercayaan dan ketahanan si perempuan dengan perangai dia.
Kalau sebelum kahwin sudah tidak tahan, apatah lagi selepas berumahtangga.
 

Lelaki ini memang suka cari gaduh

Ada jenis yang perangai memang perangai dia suka cari gaduh. Ini masalah attitude yang sukar diubah, kecuali atas kehendak tuan badan sendiri.
Perlu berhati-hati dengan orang lelaki yang berperangai begini.
 

Lelaki suka cari masalah

Ada beza antara cari gaduh dengan cari masalah. Lelaki yang suka cari masalah, belum tentu dia suka gaduh.
Namun, apabila dia ada masalah, mulalah dia akan cari gaduh. Faham tak? Baca sekali lagi.
Kalau sudah faham, tentulah kita tahu sekarang, bila si tidak boleh selesaikan masalah, maka si lelaki ini akan diam lama.
 

Lelaki ini suka berdolak dalik

Jenis lelaki suka cari gaduh yang lain ialah, dia memang suka bagi alasan. Bila tanya itu ini, mulalah dia akan berdolak-dalik, tidak mahu ceritakan perkara sebenar.
Bila si perempuan mula korek cerita lagi, dia akan mula marah. Mula cari gaduh.
 

Lelaki ini memang suka mengusik

Tidak sama, lelaki yang suka cari gaduh dengan lelaki yang suka mengusik.
Mengusik itu sambil bergurau. Cara cari gaduh dia ialah hingga si perempuan ingin mencubit dia.
Jenis yang memang betul-betul suka cari gaduh, hingga si perempuan mahu tinggikan suara.
Faham tak bezanya?
 

Lelaki yang cuba menutup kesalahan

Bila dia sudah buat silap, tentu sekali tidak mahu pasangannya tahu. Bimbang si perempuan akan jadi lebih marah.
Maka, untuk cuba tutup kesalahan diri sendiri, mulalah dia akan cari gaduh dengan si perempuan.
 

Hanya alasan untuk cari lain

Minta dijauhkan dari perkara sebegini. Harap-harap, pasangan kita bukan jenis begini.
 

Dia lelaki yang ego

Dia hanya rasa dia seorang sahaja yang betul. Lelaki ini ialah jenis lelaki yang tidak boleh terima kenyataan.
Bila si perempuan mula mempersoalkan sesuatu, dia akan rasa tercabar. Bila diri rasa tercabar, akan mula menunjukkan kuasa dan cari gaduh.
 

Cara lepaskan rindu

Bila berjauhan, tentu sekali akan rasa rindu. Bila outstation beberapa hari sekalipun, si lelaki akan mula mengusik dan cari gaduh, walaupun dalam Whatsapp.
Ada masanya, dia sengaja balas mesej lambat di Whatsapp. Mulalah dia akan cari gaduh dengan pasangannya.
Dalam fikiran si perempuan, kalau rindu, katalah rindu. Ini tidak.
 

Lelaki ini tertekan

Bila otaknya tepu dan tidak boleh menguruskan stress, dia akan cari mangsa untuk meluahkan rasa tekanan itu. Nasib tidak baik, kena pada pasangannya.
Perkara ini jarang berlaku. Jika si perempuan dapat rasa sesuatu yang tidak kena, cepat-cepatlah bantu menenangkan si lelaki.
Apabila tertekan, ada lelaki yang mula ignore pasangannya.
 

Lelaki ini kesunyian

Lelaki yang sunyi, dia akan cuba buat kekacauan dengan mengganggu orang lain. Mulalah dia akan usik sana-sini.
Jika itu buat si lelaki gembira, biarkanlah. Asalkan tidak berlebihan.
 

Ini cara lelaki bermanja

Rasa pelik? Sebenarnya tidak.
Ada jenis lelaki yang kerjanya suka mengusik pasangan masing-masing. Contohnya si suami yang suka mencuit pinggang isteri. Mana tidak melompat si isteri bila diusik sebegitu.
Dalam hati isteri, rasa marah ada; rasa geram pun ada. Tidak senang untuk buat kerja.
Anggaplah ini terapi bagi si lelaki. Lebih mudah berlapang dada.
 

Lelaki mahu rapatkan hubungan

Ada lelaki yang segaja cari pasal sebab itu adalah satu cara untuk lebih rapat dengan pasangan. Kedengaran tidak logik.
Begini, cuba bayangkan yang hubungan sedia ada hambar. Bila terlalu hambar, akan mula rasa bosan.
Jadi, salah satu cara untuk rapatkan hubungan ialah dengan mula cari gaduh. Bila tidak dilayan, mulalah ada lelaki yang mula merajuk.
 

Lelaki ini belum matang

Tidak semua lelaki mampu berfikir secara matang apabila berhadapan dengan si perempuan. Mungkin lambat untuk dia sedar yang perkara yang dia lakukan itu, tidak sepatutnya diperlakukan pada seorang wanita yang bersifat penuh kelembutan.
Berikan sedikit masa, mungkin dia akan berubah.
 

Lelaki yang terlalu overthinking

Ada jenis lelaki yang suka fikir bukan-bukan. Overthinking sangat dengan apa jua situasi. Bila ada yang tidak kena, mulalah dia melatah dan rasa tidak selesa dengan keadaan yang berlaku.
Maka jika dia rasa tidak keruan, mulalah cari mangsa.
 

Akhir kalam

Apa-apa pun alasan yang diberikan, pasti si lelaki itu ada alasannya yang tersendiri. Si perempuan mestilah bersangka baik, mungkin ada sesuatu dalam kepala otak dia yang menyesakkan diri. Lelaki bila diam, mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Walau bagaimanapun, si lelaki janganlah terlalu suka cari gaduh. Berlembutlah. Bukankah itu yang disarankan dalam perhubungan? Cuma janganlah sampai si perempuan bosan dengan lelaki. Dan jangan pula sampai si lelaki curang dengan pasangannya.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang sifat lelaki dalam perhubungan.