Permohonan Kad / Pas Bulanan RapidKL, LRT dan MRT. Cuma RM100 Sebulan.


Berita baik untuk sesiapa yang bekerja di sekitar Lembah Kelang, terutama di Kuala Lumpur dan Selangor, serta bandar-bandar berhampiran seperti Petaling Jaya dan Shah Alam.
Sempena Belanjawan 2019 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan akan memperkenalkan pas bulanan RapidKL yang hanya berharga RM100. Boleh baca teks ucapan di sini.

Siapa perlu memohon?

Tentu sekali sesiapa yang sukakan diskaun! Namun, yang lebih penting, sesiapa sahaja yang bekerja menaiki LRT, MRT dan bas RapidKL hampir setiap hari, digalakkan memohon. Barulah berbaloi!

Kenapa perlu mohon untuk buat pas bulanan RapidKL?

Ini kerana ada sedikit pengurangan dari kos tambang bulanan. Melainkan anda tidak suka diskaun, tidak perlu mohon.

Kos tambang tanpa kad pas bulanan RapidKL

Boleh cuba kira menggunakan kalkulator yang disediakan oleh MyRapid.
Sebagai contoh:

  • Warga Shah Alam
  • Kerja di Petronas KLCC
  • Parking kereta di Glenmarie (RM 3 sehari)
  • Kos tambang LRT dari Glenmarie ke KLCC (RM 4)
  • Kos tambang LRT dari KLCC ke Glenmarie (RM 4)
  • Pergi-balik

*Ambil amaun tunai RM 4.00 sebagai contoh sahaja. Jika guna pas bulanan sedia ada, lebih murah.
Permohonan pas bulanan RapidKL

Berapa boleh jimat jika ada pas bulanan RapidKL?

Kita tolak tambang parking kereta, cuma LRT sahaja.

  • Kos tambang LRT dari Glenmarie ke KLCC (RM 4)
  • Kos tambang LRT dari KLCC ke Glenmarie (RM 4)

Katakan kerja 20 hari sebulan. Jadi kos sebulan untuk tambang LRT sahaja ialah:

  • RM8 pergi balik x 20 hari
  • Kos sebulan tanpa pas bulanan RapidKL ialah RM160

Jika ada pas bulanan RapidKL, cuma bayar RM100 sahaja.
Penjimatan RM60 sebulan atau 37.5%.

Bagaimana untuk mohon kad bulanan RapidKL?

Buat masa ini, selepas Belanjawan 2019 diumumkan, masih lagi belum diketahui bagaimana cara untuk buat permohonan bagi mendapatkan pas bulan LRT, RapidKL dan juga MRT ini. Masih lagi belum ada kenyataan rasmi dari pihak RapidKL. Sejurus kami menerima maklumat, kami akan kemaskini di sini.
Adakah anda salah seorang yang perlu membeli tiket dan menaiki kenderaan awam setiap hari? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Baca lagi artikel tentang kerjaya dari laman TheBerkat.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • kad bulanan kl transit
  • mrt kad untuk sebulan
  • pas bulanan lrt
  • pas bulanan lrt rapid
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment