Kerjaya

Permohonan Online ATM: Pegawai Kadet Graduan Lepasan Ijazah 2019

Permohonan Online Pegawai Kadet Graduan Tentera ATM

Berita baik!

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan untuk tahun ini sudah dibuka.

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk berkhidmat sebagai:

  • Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM)
  • Pegawai dalam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
  • Pegawai dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)

Bila pengambilan Pegawai Kadet Graduan?

Sedang berlangsung sekarang

Bila tarikh tutup permohonan Pegawai Kadet Graduan ini?

Tarikh tutup ialah pada 31 Disember 2018

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan ialah secara online. Sila klik pautan di bawah untuk memohon.

Pautan: http://apps.mafhq.mil.my/JOMMASUKTENTERA/

Pastikan anda mendaftar terlebih dahulu.

Apa syarat untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan?

Berikut ialah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Graduan lepasan ijazah:

Jantina: Terbuka kepada kedua-dua lelaki dan perempuan

Umur: Mestilah tidak melebihi 27 tahun pada 31 Disember 2018

Apa kriteria fizikal untuk calon lelaki?

Berikut ialah kriteria fizikal sebagai syarat untuk menjadi pegawai kadet lepasan ijazah bagi lelaki:

  • Tinggi minimum: 162cm
  • Berat minimum: 47.5kg
  • Beza ukuran dada pernafasan: 5cm
  • Body Mass Index (BMI): 18 hingga 26

Apa kriteria fizikal untuk calon perempuan?

Berikut ialah kriteria fizikal sebagai syarat untuk menjadi pegawai kadet lepasan ijazah bagi lelaki:

  • Tinggi minimum: 157cm
  • Berat minimum: 45kg
  • Beza ukuran dada pernafasan: 4cm
  • Body Mass Index (BMI): 18 hingga 26

Bagaimana dengan taraf kesihatan calon untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan?

Calon-calon mestilah lulus pemeriksaan kesihatan dan pergigian yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM sendiri. Calon juga mestilah mempunyai tahap penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.

Apa kelayakan akademik untuk mohon menjadi Pegawai Kadet Graduan?

Kelulusan Asas

Calon mestilah lulus SPM/SVM atau kelayan setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik.

Kelulusan Pengajian Tinggi

Calon mestilah lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan memperolehi keputusan Purata Nilaian Gred Kumulatif (PNGK), atau juga dikenali sebagai CGPA, 2.70 ke atas.

Apa jurusan yang diperlukan untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan?

Berikut ialah senarai jurusan yang ditawarkan untuk pengambilan ini:

Bidang Kejuruteraan

  • Kejuruteraan Mekatronik
  • Kejuruteraan Nuklear
  • Kejuruteraan Kimia
  • Kejuruteraan Pembuatan
  • Kejuruteraan Elektronik Industri
  • Kejuruteraan Automotif

Bidang Senibina

  • Sains Ukur & Geomatik √ Sains Senibina
  • Ukur Bahan
  • Ukur Bangunan
  • Geospatial

Bidang Teknologi Maklumat/Komputer

  • Sains Matematik
  • Sains Komunikasi
  • Sains Fizik
  • Keselamatan Siber
  • Grafik & Multimedia

Bidang Perhotelan & Katering

  • Pengurusan
  • Perkhidmatan Pemakanan
  • Sains Makanan
  • Teknologi Makanan
  • Pengurusan Makanan

Bidang Kewangan/Perakaunan

  • Kewangan & Pentabiran
  • Perakaunan

Bidang Pengurusan

  • Pengangkutan & Logistik
  • Sains Sukan
  • Pengurusan Projek

Bidang Pendidikan

  • TESL
    TESOL

Bidang Pengajian Islam

  • Tahfiz Al-Quran & Qiraat
  • Pengajian Islam & Bahasa Arab
  • Al-Quran & As-Sunnah
  • Ilmu Wahyu & Tamadun Islam
  • Pengajian Islam & Dakwah
  • Syariah & Perundangan Islam

Lain-Lain Bidang

  • Undang-Undang
  • Sains Sosial (Kajian Jenayah)
  • Teknologi Percetakan/ Tekstil
  • Sains Gunaan (Fizik Gunaan)
  • Sains Statistik
  • Psikologi & Kaunseling
  • Remote Sensing
  • Seni Muzik

Berapa gaji Pegawai Kadet Graduan?

Mengikut sumber dari portal rasmi Tentera Laut DiRaja Malaysia di sini;

Gaji permulaan untuk Pegawai Kadet Graduan (Leftenan Muda) ialah RM 2,122.00

Manakala, gaji permulaan untuk Skim Pegawai Kadet (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia) ialah RM 1,104.00

Sila rujuk jadual di bawah untuk maklumat lanjut tentang gaji dan elaun.

Gaji dan elaun Pegawai Kadet Graduan dan Pegawai Tentera

Apakah elaun sebagai Pegawai Tentera?

Kami mendapatkan maklumat ini dari Markas Angkatan Tentera Malaysia, yang meliputi elaun, insentif dan kemudahan.

Berikut ialah elaun jika anda berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tentera.

  • Elaun Pakaian Istiadat bagi Pegawai RM 1500.00 setiap 3 tahun sekali.
  • Elaun Pakaian Tahunan Pegawai RM 500.00 setahun.
  • Tuntutan perjalanan ke tempat kerja.
  • Elaun Bantuan Sara Hidup.
  • Elaun Kepakaran bagi yang layak.
  • Elaun insentif khas ATM RM 200.00 sebulan.

Apakah insentif sebagi Pegawai Tentera?

Berikut ialah elaun jika anda berminat untuk menjadi seorang Pegawai Tentera.

  • Pemberian insentif bagi anak-anak anggota ATM yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM dan tawaran pengajian tinggi.
  • Bonus tahunan (jika ada).
  • Khairat kematian RM3000.00.

Apakah kemudahan yang ada jika menjadi Pegawai Tentera?

Berikut pula ialah kemudahan (juga dipanggil benefit) sebagai Pegawai Tentera.

  • Rawatan Perubatan Percuma termasuk untuk keluarga dan Ibu Bapa.
  • Wad Kelas 1 di Hospital Kerajaan (Ikut Pangkat).
  • Pinjaman Perumahan/ Kenderaan/ Komputer/ Pendidikan.
  • Rumah Keluarga bagi anggota/pegawai yang telah berkahwin.
  • Penginapan serta sajian di Wisma-wisma mengikut pangkat bagi anggota/Pegawai Bujang.
  • Kemudahan membeli-belah di PERNAMA.
  • Rebet 25% Tambang KTMB.
  • Waran perjalanan.
  • Insuran Kelompok ATM.
  • Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma/Ijazah Sarjana Muda/Sarjana/PhD dengan tajaan ATM.
  • Cuti Tahunan dengan bilangan hari mengikut pangkat.
  • Kemudahan dan perbelanjaan perubatan bagi anggota tentera dan tanggungan:
  • Rawatan di Hospital Angkatan tentera dan Rumah Sakit Angkatan
  • Tentera seluruh Malaysia.
  • Rawatan di Institut Jantung Negara.
  • Rawatan penyakit buah pinggang di Pusat dialysis swasta.
  • Rawatan kemandulan primer.
  • Rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta.
  • Rawatan d luar Negara bergantung kepada syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan.
  • Kemudahan perubatan yang tidak dapat dibekalkan/disediakan (ubat, alat, perkhidmatan, perubatan oleh klinik kerajaan)
  • Bantuan perbekalan alatan.
  • Pembekalan lat Ortopedik.
  • Pembekalan kerusi roda.
  • Alatbantu pendengaran.
  • Pembekalan alat-alat lain.
  • Ransum percuma semasa latihan/kursus/bertugas.
  • Latihan Peralihan sebelum Tamat Perkhidmatan.
  • Kemudahan Pinjaman Koperasi Tentera.
  • Keahlian dalam Kelab Rekreasi.
  • Kemudahan Sukan dan Rekreasi.
  • Pinjaman Tabung Pendidikan ATM (TAPAT) dan skim Pinjaman Pendidikan ATM (SPAAT) –Pinjaman Pendidikan Tinggi Tanpa Faedah.
  • Kemudahan Caruman Sukarela Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Di mana dan bagaimana latihan untuk menjadi Pegawai Kadet Graduan?

Bagi calon yang berjaya dan terpilih, mereka akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Lepasan Ijazah untuk menjalani latihan Pegawai Kadet di Akademi Tentera Darat (ATD), Kapal DiRaja Sultan Idris (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Semua calon mesti menjalani latihan Pegawai Kadet selama 9 bulan. Calon akan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan Muda dan setaraf.

Untuk kenaikan pangkat pula, hanya setelah menghadiri kursus-kursus tertentu, lulus peperiksaan kenaikan pangkat, kekosongan jawatan dan disokong oleh pegawai atasan.

Iklan pengambilan Pegawai Kadet Graduan Lepasan Ijazah

Klik gambar di bawah untuk paparan lebih besar

Permohonan Pegawai Kadet Graduan Lepasan Ijazah

Permohonan Pegawai Kadet Graduan Lepasan Ijazah

Bagaimana jika ingin tahu dan bertanya untuk informasi lebih lanjut?

Sebarang pertanyaan berkenaan pengambilan, sila hubungi nombor berikut:

Pengambilan Pegawai Kadet Graduan

Isnin – Jumaat 9.00am – 5.00pm : (03) 2059 8400 ext 4524/2387/4526

Lain-lain pertanyaan:

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat

Isnin – Jumaat 9.00am – 5.00pm : (03) 2059 8400 ext 4696/2969

Pengambilan Laskar Muda Tentera Laut

Isnin – Jumaat 9.00am – 5.00pm : (03) 2071 3303/3177
kecuali Hari Rabu 9.00am – 1.00pm

Pengambilan Perajurit Muda Tentera Udara

Isnin – Jumaat 9.00am – 4.00pm : (03) 2681 2412/2413/2414

Akhir kalam

Kami doakan, untuk sesiapa yang berkelayakan, mudah-mudahan segalanya dipermudahkan dan permohonan anda berjaya. Kami sarankan, jika masih ragu-ragu, boleh bertanyakan kenalan yang ada pengalaman menjadi Pegawai Kadet Graduan.

Semoga berjaya!

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • Gaji atm
  • gaji pegawai kadet atm
  • gaji pegawai tentera lepasan upnhm 2019
  • pangkat dalam askar para
  • pegawai kadet graduan
  • pemeriksaan perubatan pegawai kadet
  • pengambilan pegawai kadet lepasan spm 2018
  • permohoan atm
  • permohonan tdm perempuan
  • skim graduan tentera 2019
  • syarat pegawai kadet graduan 2019
  • SYARAT SYARAT PEGAWAI KADET GRADUAN
  • tangga gaji pegawai kadet graduan
  • tarikh pengambilan askar simpanan
1 Comment

1 Comment

  1. Aidil

    March 21, 2019 at 1:44 AM

    Result spm bahasa inggeris sy lulus atas (D) .itu saja tdak menepati.yg lain smua c+ & b.adakah sy layak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top