Connect with us

Pendidikan

Rayuan Keputusan UPSR 2018. Isi Borang, Buat Semakan Semula.

Published

on

Semakan keputusan UPSR 2018

Pertama sekali, keputusan UPSR sudah keluar. Jangan sesekali tunjukkan rasa kecewa pada anak. Jangan marah anak jika tidak dapat seperti apa yang kita mahu. Mungkin itu sudah rezeki dia.

Namun, jangan berputus asa. Masih lagi boleh membuat rayuan ke kementerian.

Di mana boleh dapatkan borang rayuan keputusan UPSR 2018?

Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A) boleh didapati di sekolah, Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau melayari laman web Lembaga Peperiksaan.

Rujuk contoh Borang Permohonan Penyemakan Semula Permohonan Peperiksaan UPSR 2018 di bawah. Boleh download borang di sini.

Rayuan semakan semula keputusan UPSR 2018

Selain borang, apa lagi yang perlu disertakan?

Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan perlu disertakan dengan perkara berikut:

  1.   Satu (1) salinan pernyataan keputusan peperiksaan UPSR(disahkan oleh Guru Besar / Pegawai Kerajaan Kumpulan A)
  2. Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN
  3. Dua (2) sampul surat beralamat sendiri yang telah dilekatkan setem RM1.00.

Bila tarikh tutup rayuan keputusan UPSR?

Tarikh tutup permohonan ialah tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman keputusan peperiksaan.

Berapa kadar bayaran rayuan keputusan UPSR 2018?

Kadar bayaran penyemakan semula keputusan peperiksaan UPSR ialah RM50.00bagi setiap mata pelajaran. Permohonan penyemakan semula keputusan Kes T tidak dikenakan bayaran.

Sila hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Lembaga Peperiksaan untuk mengisi borang dan membuat pembayaran. Kebiasaannya, kaunter agak penuh kerana ramai yang ingin buat semakan semula keputusan UPSR 2018.

Tempoh untuk membuat rayuan dan semakan semula keputusan UPSR 2018 ialah 30 hari dari keputusan UPSR diumumkan. Apa-apa pun, penjaga dinasihatkan untuk merujuk laman web kementerian jika ada maklumat yang terkini.

Apa kaedah bayaran untuk semakan semula UPSR 2018?

Permohonan melalui pos:

  1. Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Kokotkan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf pada Borang Permohonan Semak Semula / Kes T supaya tidak tercicir.
  2. Cek persendirian tidak diterima.

Permohonan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan:

  1. Pembayaran boleh menggunakan Wang Pos / Kiriman Wang / Bank Draf yang ditulis ditulis atas nama PENGARAH PEPERIKSAAN. Pembayaran menggunakan wang tunai juga diterima.
  2. Cek persendirian tidak diterima.

Mungkinkah rayuan keputusan UPSR 2018 tidak diterima?

Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T (LP/Am 65A). Permohonan yang tidak menggunakan borang ini atau tidak lengkap tidak akan diproses.

Permohonan tidak akan diterima dan diproses sekiranya:

  1. Tidak lengkap
  2. Tidak menggunakan Borang LP/Am 65A
  3. Diterima selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan peperiksaan

Bila keputusan rayuan UPSR 2018 akan keluar?

Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan.

Keputusan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan / Kes T adalah muktamad dan akan dimaklumkan kepada calon melalui surat rasmi.

Diingatkan sekali lagi, keputusan rayuan pula mengambil masa lebih kurang 60 hari.

Pertama sekali, penjaga akan menerima surat penerimaan dan seterusnya jawapan kepada rayuan semakan semula UPSR 2018.

Semoga dipermudahkan semua urusan.

Carian dari Google:

  • ramai upsr 2018 keputusan yang tak memberangsangkan
Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pendidikan

Semakan Keputusan UPSR 2018. ‘Check Result’ Guna SMS & Online.

Published

on

Semakan keputusan UPSR 2018

Berdebar-debar dada semua ibu-bapa. Tertanya-tanya bilakah tarikh keputusan UPSR 2018 akan keluar? Bagaimanalah keputusan anak agaknya nanti.

Kalau tidak sabar, boleh terus ikuti 3 cara mudah untuk buat semakan keputusan UPSR. Tak perlu tunggu sehingga diberitahu oleh cikgu.

Tarikh keputusan UPSR 2018

Rasmi:

Semakan keputusan UPSR 2018 boleh dilakukan pada 29 November 2018.

Semakan keputusan UPSR 2018

Cara 1: Semak keputusan UPSR 2018 secara online

Boleh terus guna sistem SPPAT online untuk buat semakan keputusan UPSR 2018

Klik sini: Sistem Semakan Keputusan UPSR 2018 Online

Buat masa ini, masih belum boleh akses lagi.

Dinasihatkan, bila tiba tarikh pengumuman nanti, sila banyak-banyak bersabar. Ini kerana talian akan jadi perlahan dan lembap ekoran beribu-ribu ibu-bapa cuma dapatkan maklumat keputusan UPSR secara online.

Cara 2: Semak keputusan UPSR 2018 secara SMS

Ini cara yang lebih baik. Cuma ia tidak cukup lengkap. Boleh taip SMS:

UPSR <jarak> ANGKA GILIRAN

Hantarkan SMS untuk buat semakan keputusan UPSR ke 15888. Sila tidak terus hantar SMS pada mula waktu persekolahan iaitu 7.30pm. Sistem SMS untuk semakan keputusan UPSR 2018 hanya boleh diakses pada jam 10 pagi.

Harus diingatkan juga, maklumat keputusan UPSR 2018 juga hanya menunjukkan maklumat ringkas sahaja.

Cara 3: Dapatkan slip UPSR 2018 di sekolah masing-masing

Ini lebih baik kerana keputusan yang kita dapat lebih lengkap. Cuma jika ingin tahu berapa A, berapa B, boleh guna cara 1 dan cara 2 terlebih dahulu.

Sila hadir ke sekolah masing-masing pada awal pagi. Sila pastikan pelajar berpakaian sekolah lengkap untuk menerima slip keputusan UPSR 2018.

Tafsiran Gred UPSR

Rujuk jadual maklumat di bawah untuk tafsiran gred UPSR.

A: Cemerlang

B: Baik

C: Memuaskan

D: Mencapai Tahap Minimum

E: Belum Mencapai Tahap Minimum

Rayuan keputusan UPSR 2018

Pertama sekali, jangan marah anak jika tidak dapat seperti apa yang kita mahu. Mungkin itu sudah rezeki dia. Namun, jangan berputus asa. Masih lagi boleh membuat rayuan ke kementerian.

Caj atau bayaran cuma RM50 bagi satu kertas peperiksaan.

Rujuk contoh Borang Permohonan Penyemakan Semula Permohonan Peperiksaan UPSR 2018 di bawah. Boleh download borang di sini.

Rayuan semakan semula keputusan UPSR 2018

Sila hadir ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Lembaga Peperiksaan untuk mengisi borang dan membuat pembayaran. Kebiasaannya, kaunter agak penuh kerana ramai yang ingin buat semakan semula keputusan UPSR 2018.

Tempoh untuk membuat rayuan dan semakan semula keputusan UPSR 2018 ialah 30 hari dari keputusan UPSR diumumkan. Apa-apa pun, penjaga dinasihatkan untuk merujuk laman web kementerian jika ada maklumat yang terkini.

Keputusan rayuan pula mengambil masa lebih kurang 30 hari juga. Pertama sekali, penjaga akan menerima surat penerimaan dan seterusnya jawapan kepada rayuan semakan semula UPSR 2018.

Carian dari Google:

  • check semula keputusan upsr berapa harga
  • check upsr result abak
  • semak upsr guna online
Continue Reading

Pendidikan

8 Sebab Budak Kelas Belakang Bukan Bodoh, Boleh Berjaya Dalam Hidup

Published

on

Budak kelas belakang

Memang selalu kena panggil bodoh. Sudah biasa.

Tapi itu tidak bermakna budak kelas belakang tidak ada hak untuk berjaya.

Kami kongsikan, kenapa mereka boleh dan mungkin lebih berjaya dalam hidup dari orang lain.

1. Bagi mereka, markah ujian bukan penentu hidup

Budak kelas belakang tidak fikir tentang berapa banyak A yang dia akan dapat. Dia cuma perlu main, main, dan main sambil belajar. Bukannya belajar, belajar, belajar baru main sedikit-sedikit.

Dalam alam pekerjaan, adakah markah 5 bintang dari pelanggan itu penting? Tentu sekali tidak.

Laman Lifehack mengatakan, budak-budak yang kurang pandai ini, yang selalu dapat gred C, selalunya akan lebih berjaya lepas habis sekolah.

2. Tak mengharap pujian cikgu dalam akademik

Untuk lulus pun susah, apatah lagi untuk dapat A dalam mana-mana mata pelajaran. Prestasi budak kelas belakang dalam akademik, memang agak menyedihkan.

Namun, pujian dari cikgu dalam bidang akademik, dan berapa banyak A, bukanlah menjadi motivasi mereka.

Sebaliknya, jika cikgu kata “Terima kasih banyak-banyak. Rajinnya tolong cikgu”. Itu lebih berharga buat mereka.

3. Tak peduli apa orang kata

Biarlah apa orang kata, mereka tetap dengan diri mereka. Budak kelas belakang selalunya buat tidak tahu bila orang-orang sekeliling pandang rendah.

Sudah biasa katanya. Alah bisa, tegal biasa.

4. Kejayaan bagi dia, sesuatu yang berbeza

Yakni kejayaan bagi budak kelas belakang bukanlah kecemerlangan dalam peperiksaan.

Budak kelas belakang, kalau boleh tulis karangan satu muka surat penuh, itu pun mereka sudah bangga.

Budak kelas belakang, jika dapat markah 50% dalam ujian Matematik, ia sudah cukup bagus buat mereka.

Mereka ini lebih terarah kepada perkara-perkara dan tugasan yang menggunakan tangan dan tenaga. Sebab itu golongan kelas belakang ini, lebih berjaya dalam bidang yang melibatkan skil dan hands-on.

5. Hanya belajar apa yang dia suka

Dari sudut pendidikan di sekolah, pasti ini salah. Cuma, dari kapasiti dan kebolehan budak kelas belakang itu sendiri, mungkin agak susah untuk mereka mengikuti pelajaran yang agak berat.

Jadi, mereka lebih suka belajar apa yang mereka suka sahaja. Otak pun tidak berat untuk belajar mata pelajaran yang sukar untuk difahami konsepnya.

Mereka lebih fokus dengan cara begini.

6. Budak kelas belakang, bukan ‘perfectionist’

Mereka ini ‘generalist’. Mereka jenis yang belajar dari kesilapan. Tentu sekali banyak kesilapan dan kesalahan yang mereka telah buat. Cuma budak kelas belakang tidak malu mengaku yang dia buat silap.

Buat silap, betulkan. Buat silap lagi, betulkan lagi.

Tiada ego disitu.

7. Pandai bersosial

Mungkin agak nakal dan tidak dengar kata. Tetapi mereka bukanlah jenis pendiam yang hanya duduk melihat sahaja. Budak kelas belakang selalu budak yang aktif.

Kelas paling bising? Tentulah kelas belakang.

Hidup seimbang, inilah yang akan membantu mereka bila masuk alam pekerjaan nanti.

8. Hormat cikgu dan orang tua

Kebanyakan, bukan semua, murid kelas belakang pandai hormat cikgu dan orang tua. Mereka bukan jenis berlagak. Sejuk hati hati cikgu yang mengajar.

Memanglah tidak pandai mana, tapi rajin membantu tanpa mengharap apa-apa.

Akhir kalam

Jangan rasa rendah diri jika anak kita tidak pandai mana. Itulah rezeki kita, terima seadanya. Banyakkan berdoa pada Allah, jika tidak beri rezeki anak yang pandai dalam akademik, jadikan dia orang yang berakhlak.

Layari The Berkat untuk lebih banyak kisah dan inspirasi.

Continue Reading

Kerjaya

9 Cara Untuk Fasih Berbahasa Inggeris. Tips Yang Mudah dan Ringkas!

Published

on

Cara untuk fasih berbahasa Inggeris

Antara perkara yang selalu digeruni calon yang datang temuduga ialah apabila penemuduga bertanyakan soalan dalam Bahasa Inggeris. Mulalah tergagap-gagap bila penemuduga mula bertanya soalan pertama, “Tell me about yourself”.

Sebenarnya, cara untuk fasih berbahasa Inggeris tidaklah sesukar mana. Cuma jangan berharap bulan dan bintang kerana tidak ada jalan pintas. Tidak ada cara untuk fasih berbahasa Inggeris dengan cepat.

Jika ada, itu penipuan yang jelas lagi nyata. Kalau hajat di hati untuk fasih English itu ada, pasti akan dipermudahkan.

Ikuti tips, rahsia dan petua ini:

1. Buang rasa malu jauh-jauh

Ini yang paling penting sekali. Cuba ubah ‘mindset‘ terlebih dahulu.

Ingin ditekankan sekali lagi, inilah cara untuk fasih berbahasa Inggeris yang paling asas sekali.

Kalau hati jadi lemah bila orang ketawakan kita tak pandai berbahasa Inggeris, kena belajar kuatkan lagi hati. Bagi hati kering. Kena berani dan percaya yang kita boleh berbahasa Inggeris.

Broken English‘ itu biasa. Janji orang faham. Yang penting, mesej itu sampai. Lama-lama, akan jadi fasih juga.

2. Dengar lagu, baca dan hayati lirik

Nampak macam tak logik, tapi inilah yang saya cuba sendiri. Dulu-dulu, cuma ada kaset yang berserta dengan kertas yang ada lirik. Sekarang lagi mudah, Spotify ada. Jika mahu lirik, boleh guna Shazam atau Musixmatch.

Ada yang pertikaikan, dengar lagu melalaikan. Benar, jika dengar lagu sampai tinggal solat, berdosa. Apa salahnya, tukar sedikit pemikiran, dengan lagu untuk ilmu.

Lain dengan baca buku, dengar lagu sambil mengikuti lirik adalah cara yang bukan konvensional. Ia nampak lebih santai dan mudah diterimapakai.

3. Main game banyak-banyak

Barangkali, ramai yang kata, “Lagilah macam tak sesuai!”. Tapi percayalah, ia akan membantu mempercepatkan proses pembelajaran bahasa Inggeris.

Ini kerana dalam game, ada banyak frasa bahasa Inggeris yang jarang kita guna. Bila ia diulang banyak kali, ia lekat dalam otak kita.

Tidak kira samada game di komputer atau telefon bimbit, kedua-duanya akan membantu.

4. Kena tahu banyak vocabulary

Tidaklah sampai perlu rebus kamus Dewan dan minum airnya. Cukup sekadar tahu yang biasa-biasa, yang digunakan selalu dalam percakapan.

Kalau mahu bercakap, kita perlukan vocabulary. Antara sebab kita tidak mahu bercakap bahasa Inggeris ialah kerana kurangnya vocabulary yang kita boleh guna.

5. Praktis cakap, cakap, cakap

Persetankan orang yang cakap kita ‘poyo‘ dan berlagak. Kunci kejayaan ialah praktik, praktis, praktis. Jika tidak cakap Bahasa Inggeris selalu, macam mana mahu fasih?

Jika segan cakap dengan kawan sendiri, rajin-rajinkan pergi ke tempat tumpuan pelancong. Bukannya nak jual apa-apa, sekadar ingin bertegur sapa.

Tengok mana-mana tempat yang ada banyak bas pelancong seperti Bangunan Sultan Abdul Samad dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur.

Peduli apa, belasah sahaja.

6. Dengar radio BFM 89.9

Jangan asyik dengar Era dan Hot FM sahaja. Sesekali tukar IKIM FM untuk kerohanian. Jangan lupa buka BFM 89.9 untuk mendengar bagaimana mereka bercakap dengan Bahasa Inggeris yang sangat sopan dan tersusun.

Bukan mahu kata Hitz atau Mix tidak bagus. Rancangan yang berunsurkan hiburan, tidak sama dengan rancangan bual bisnes.

Percayalah, jika dengar BFM 89.9 selalu, perbendaharaan kata kita dalam Bahasa Inggeris akan bertambah.

7. Baca Quora

Jangan asyik main Facebook sepanjang masa. Kadang-kadang, kita kena larikan diri dari laman yang tidak sudah-sudah ‘troll‘ sana sini.

Cuba buka Quora. Benar, bukan 100% ilmiah kerana ada juga ‘spam‘ yang tidak relevan langsung dengan topik.

Tapi cubalah baca dan sertai sekali dalam menjawab persoalan di sana. Bila kita jawab dengan tatabahasa yang salah, akan ada orang betulkan.

8. Banyakkan tengok movie dengan subtitle

Sedikit-sebanyak akan ada vocabulary yang kita akan dapat belajar. Kalau bukan Astro Movies, Netflix pun ada, dan langganan tidaklah terlalu mahal.

Cuba tonton cerita yang menggunakan American English dan satu lagi, British English. Nampak sama, tapi tak serupa.

9. Pedulikan tentang grammar dulu

Susun ayat itu nombor dua. Banyakkan vocabulary dahulu. Baru sedap mahu berbicara. Biarlah orang nak ketawa, kita tunggang terbalik susun ayat. Janji ada orang faham.

Akhir kalam

Benar, cara untuk fasih berbahasa Inggeris bukanlah sesuatu yang boleh dikecapi dalam masa yang singkat. Lama-kelamaan, secara tidak sedar, kita akan pandai susun ayat. Teruskan berlatih.

Layari The Berkat untuk lebih banyak maklumat tentang pendidikan dan kerjaya.

Continue Reading

Trending