Pendidikan

Semakan Rayuan MRSM Tingkatan 1 (2019) untuk Golongan M40 & T20

Rayuan MRSM online

Adakah anda antara ibu-bapa golongan M40, yang anak-anak lepasan UPSR 2018 yang tidak mendapat tempat di MRSM?

Jangan risau, ada rezeki – adalah. Sambil-sambil itu, semak simpan pautan ini andai nasib menyebelahi.

Ekoran insiden itu, Facebook MARA juga diserang ibu-bapa golongan M40 dan T20 kerana anak-anak mereka yang kecewa. Sehinggakan yang mendapat 6A sekalipun tidak mendapat tempat, hanya kerana ibu-bapa yang bergaji tinggi.

Keputusan Tawaran Kemasukan Ke Tingkatan Satu (1) Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tahun 2019.#mara #kplb #mrsm2019

Posted by MAJLIS AMANAH RAKYAT on Thursday, December 20, 2018

Macam mana nak semak rayuan MRSM?

Cuma klik link seperti di bawah ini. Masukkan angka giliran sahaja.

 

Semakan rayuan MRSM Tingkatan 1 2019

 

Klik sini untuk buat semakan rayuan MRSM secara online.

Kenapa tiada butang ‘di sini’ untuk rayuan MRSM?

Rayuan MRSM Tingkatan 1

Anda cuba merayu tetapi tidak nampak butang apa-apa. Pelik bukan?

Menurut pegawai MARA, jika ini berlaku, ada dua kemungkinan sahaja:

  1. Keputusan UPSR anak memang tidak layak untuk merayu
  2. Ibu-bapa ada hutang dengan MARA. Samada semasa di MRSM dulu, pinjaman pendidikan atau perniagaan. Sila jelaskan dulu bayaran dengan MARA dan maklumkan ketiadaan butang rayuan.

Rayuan MRSM ini, perlu buat sekali atau banyak kali?

Sama seperti rayuan SBP, cukup hanya sekali sahaja. Tidak perlu banyak kali. Anda pun memang tidak akan boleh klik banyak kali.

Rayuan yang sekali ini, akan digunakan untuk pengambilan atau ‘intake‘ yang akan ada kekosongan. Jadi, tidaklah perlu jadi paranoid kerana takut tidak mendapat tempat.

Ada berapa ‘intake‘ untuk rayuan MRSM ini?

Dikhabarkan, akan ada banyak pengambilan untuk tahun 2019. Ini memandangkan golongan B40 mendapat tawaran dari MRSM, SBP dan SMKA. Tentu sekali akan ada yang tolak tawaran.

Dikhabarkan juga, ada banyak lagi ‘intake’ sehingga bulan Ogos 2019 nanti. Semestinya untuk mengisi kekosongan yang ada.

Seterusnya, apa saya perlu buat?

Banyakkan berdoa, minta pada Allah. Andai MRSM itu terbaik untuk anak-anak kita, maka kurniakanlah. Dan sekiranya sekolah harian biasa itu terbaik untuk anak kita, maka kita perlu redha.

Setiap sesuatu yang Allah kurniakan, ada hikmahnya.

Klik The Berkat untuk lebih banyak perkongsian pendidikan.

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • semakan rayuan mrsm
  • semak rayuan mrsm
  • semakan rayuan mrsm 2019
  • keputusan rayuan mrsm
  • rayuan mrsm
3 Comments

3 Comments

  1. Rozilah Binti Radzali

    January 26, 2019 at 1:08 PM

    Boleh nyatakan tarikh sebenar keputusan rayuan MRSM tingkata 4 tahun 2019 keluar.

  2. Salmah bt yusoff

    February 8, 2019 at 3:13 PM

    Kalau xde butang rayuan, blh x buat rayuan secara menghantar surat

    • Elin

      February 12, 2019 at 4:43 PM

      boleh puan, saya dah buat. atau pergi sendiri ke pejabat mara untuk check kenapa tiada butang rayuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top