Pendidikan

Semakan Rayuan SBP Tingkatan 1 (2019) untuk Golongan M40 dan T20

Semakan Rayuan SBP

Tawaran semakan SBP

Adakah anda antara ibu-bapa golongan M40 dan T20, yang anak-anak lepasan UPSR 2018 yang tidak mendapat tempat di SBP? Ya, dasar baru kerajaan baharu yang mahu memberi kelebihan pada golongan B40.

Boleh baca kenyataan media KPM Kembalikan Semula Semangat Sekolah Berasrama Penuh, Membantu Golongan B40 Peroleh Kemudahan Pendidikan Berkualiti itu di sini.

Facebook peribadi Kementerian Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik juga diserang oleh ibu-bapa golongan M40 dan T20 kerana keputusan drastik ini mengecewakan anak-anak mereka yang berusaha bersungguh-sungguh.

Kenyataan Media Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia berkaitan KPM kembalikan semula semangat Sekolah Berasrama Penuh, membantu golongan B40 peroleh kemudahan pendidikan berkualiti.

Posted by Dr Maszlee Malik on Friday, December 21, 2018

Jangan risau, ada rezeki – adalah. Sambil-sambil itu, semak dan simpan pautan ini andai nasib menyebelahi.

Macam mana nak semak rayuan SBP?

Cuma klik link seperti di bawah ini. Masukkan angka giliran sahaja dan klik butang Semakan.

Semakan rayuan SBP Tingkatan 1 2019

 

TERKINI (29 Jan 2019): Klik sini untuk buat semakan rayuan SBP secara online.

Klik sini untuk buat semakan rayuan SBP secara online.

Masukkan IC untuk hantar rayuan SBP

Semakan rayuan SBP Tingkatan 1 2019

Masukkan nombor MyKad untuk teruskan permohonan rayuan SBP.

Rayuan SBP ini, perlu buat sekali atau banyak kali?

Sama seperti rayuan MRSM, cukup hanya sekali sahaja. Anda memang tidak akan boleh klik banyak kali. Ia akan digunakan untuk pengambilan atau ‘intake‘ yang akan ada kekosongan. Tidak perlu terlalu paranoid sehingga takut permohonan kita tidak diterima.

Ada berapa ‘intake‘ untuk rayuan SBP ini?

Dikhabarkan, akan ada banyak pengambilan untuk tahun 2019. Ini memandangkan golongan B40 mendapat tawaran dari MRSM, SBP dan SMKA. Tentu sekali akan ada yang tolak tawaran.

Dikhabarkan juga, ada banyak lagi ‘intake‘ sehingga bulan Ogos 2019 nanti. Semestinya untuk mengisi kekosongan yang ada.

Seterusnya, apa saya perlu buat?

Berbanding MRSM yang tidak terima apa-apa surat, SBP ada sedikit kelainan. Calon boleh pergi ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan yang terletak di Cyberjaya, Selangor. Pegawai-pegawai di sana sedia membantu.

Selain itu, banyakkan berdoa, minta pada Allah. Andai SBP itu terbaik untuk anak-anak kita, maka kurniakanlah. Dan sekiranya sekolah harian biasa itu terbaik untuk anak kita, maka kita perlu redha.

Setiap sesuatu yang Allah kurniakan, ada hikmahnya.

Klik The Berkat untuk lebih banyak perkongsian pendidikan.

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • semakan rayuan sbp
  • semakan sbp tingkatan 1
  • keputusan rayuan sbp 2019
  • rayuan sbp
  • rayuan sbp email
  • surat rayuan kemasukan tingkatan 1
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top