Jika ditanya, kebanyakan ibu-bapa mahu anak mereka masuk ke Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab. Seimbang dunia dan akhirat. Namun, ramai yang tidak tahu, di manakah lokasi Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab yang ada di Malaysia.
Kandungan
Apa istimewa sekolah SBP Ulul Albab?
Di SBP Ulul Albab, pihak sekolah mensasarkan para pelajar untuk menjadi hafiz dalam tempoh 5 tahun persekolahan. Ya, khatam 30 juzuk Al-Quran.
Namun, ibu-bapa dinasihatkan tidak terlalu ghairah untuk menghantar anak-anak ke sini. Ini kerana ada anak-anak yang tidak minat untuk masuk ke sekolah model tahfiz. Mereka lebih minat untuk masuk ke sekolah biasa atau sekolah asrama yang tidak memberatkan ke arah agama.
Apa-apa pun lebih baik bertanya minat anak terlebih dahulu. Bimbang nanti, bila dipaksa, anak akan menghadapi kesukaran pada hari-hari mendatang.
Berikut ialah lokasi Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab:
SBP Ulul Albab #1: SMAP Bentong
- Terletak di Bentong, Pahang
- SMAP Bentong telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2014
SBP Ulul Albab #2: SBPI Rawang
- Terletak di Rawang, Selangor
- SBPI Rawang telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2015
SBP Ulul Albab #3: SBPI Batu Rakit
- Terletak di Batu Rakit, Terengganu
- SBPI Batu Rakit pula telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2016
SBP Ulul Albab #4: SBPI Selandar
- Terletak di Selandar, Melaka
- SBPI Selandar telah mendapat status Tahfiz Model Ulul Albab pada tahun 2017
Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab
Mungkin ada yang ingin tahu, bagaimana cara untuk memohon ke SBP Ulul Albab yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?
Untuk makluman, murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian.
Syarat kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Ulul Albab
Untuk layak dipertimbangkan, murid mestilah memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi. Murid yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan.
Mudah-mudahan, dipermudahkan semuanya.
Carian dari Google:
- Graduan ulul albab
- permohonan tahfiz model ulul albab bentong
- SEKOLAH ASRAMA PENUH ULUL ALBAB
