Senarai Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Mengikut Negeri di Malaysia


Ramai ibu-bapa mahu anak mereka masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP).  Namun, ramai yang tidak tahu, di manakah lokasi SBP yang berdekatan dengan rumah.

Merujuk pada Wikipedia, kami senaraikan senarai Sekolah Berasrama Penuh mengikut negeri. Klik sini untuk melihat senarai Sekolah Berasrama Penuh mengikut kategori seperti Premier, Sekolah Menengah Sains (SMS), Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

1. Sekolah Berasrama Penuh di Selangor

  • Sekolah Seri Puteri
  • SMAP Kajang
  • SMS Kuala Selangor
  • SBPI Rawang
  • SBPI Sabak Bernam
  • SBPI Gombak
  • SMS Banting

2. Sekolah Berasrama Penuh di Kuala Lumpur

  • SMS Alam Shah
  • SMS Seri Puteri
  • SMS Selangor

3. Sekolah Berasrama Penuh di Putrajaya

  • Sekolah Alam Shah

4. Sekolah Berasrama Penuh di Negeri Sembilan

  • Sekolah Dato’ Abful Razak
  • Kolej Tunku Kurshiah
  • SMS Tuanku Munawir
  • SMS Tuanku Jaafar
  • SMAP Labu
  • SBPI Jempol
  • SMS Rembau
  • SMS Perempuan Seremban

5. Sekolah Berasrama Penuh di Melaka

  • SMS Muzaffar Shah
  • SBPI Selandar

6. Sekolah Berasrama Penuh di Johor

  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
  • SMS Johor, Kluang
  • SMS Muar
  • SMS Kota Tinggi
  • SMS Sultan Iskandar, Mersing
  • SMS Sembrong , Kluang
  • SMS Batu Pahat

7. Sekolah Berasrama Penuh di Pahang

  • SBPI Kuantan
  • SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • SMS Tengku Abdullah, Raub
  • Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  • SBPI Temerloh
  • SBPI Tun Abdul Razak, Pekan
  • SMAP Bentong

8. Sekolah Berasrama Penuh di Terengganu

  • SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
  • SMS Dungun
  • SMS Kuala Terengganu
  • SBPI Batu Rakit, Kuala Terengganu
  • SMS Hulu Terengganu, Kuala Berang
  • SMS Setiu

9. Sekolah Berasrama Penuh di Kelantan

  • SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa
  • SMS Machang
  • SMS Jeli
  • SMS Pasir Puteh
  • SBPI Gua Musang

10. Sekolah Berasrama Penuh di Perlis

  • SMS Tuanku Syed Putra

11. Sekolah Berasrama Penuh di Kedah

  • Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra
  • SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani
  • SMS Pokok Sena
  • SMS Kubang Pasu, Jitra

12. Sekolah Berasrama Penuh di Pulau Pinang

  • SMS Tun Syed Sheh Shahabuddin
  • SMS Kepala Batas

13. Sekolah Berasrama Penuh di Perak

  • The Malay College Kuala Kangsar (MCKK)
  • Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh
  • SMS Raja Tuan Azlan Shah, Taiping
  • SMS Teluk Intan
  • SBPI Gopeng
  • SMS Bagan Datoh
  • SMS Tapah

14. Sekolah Berasrama Penuh di Sabah

  • SMS Sabah
  • SMS Lahad Datu

15. Sekolah Berasrama Penuh di Sarawak

  • SMS Miri
  • SMS Kuching
  • SMS Kuching Utara

16. Sekolah Berasrama Penuh di Labuan

  • SMS Labuan

Soalan Lazim Permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP)

Berikut ialah soalan yang biasa orang tanya, ihsan dari JPN Selangor

Bagaimanakah cara untuk memohon ke SBP?

Permohonan kemasukan ke SBP boleh dibuat secara dalam talian sepenuhnya melalui laman sesawang www.moe.gov.my. 

Siapakah yang boleh memohon? 

-Murid Tahun Enam 2018 yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Rendah Agama Negeri (SRAN) atau Sekolah Rendah Agama Rakyat (SRAR) yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja. 

-Murid Tingkatan Tiga 2018 yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. 

Bolehkah murid Tingkatan Dua, Empat dan Lima memohon?

SBP hanya menawarkan kemasukan ke Tingkatan Satu dan Empat sahaja. 

Bilakah permohonan mula dibuka?

Permohonan akan mula dibuka apabila Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) mengeluarkan iklan di portal KPM

Apakah syarat minimum kelayakan untuk memohon SBP? 

Tiada kelayakan minimum untuk permohonan ke SBP. Pemilihan murid adalah berdasarkan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah dan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk masuk ke SBP. 

Bolehkah permohonan dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan?

Permohonan boleh dilakukan sebelum keputusan UPSR/PT3 diumumkan. 

Bagaimana cara untuk akses sistem permohonan?

Murid hanya perlu memasukkan nombor angka giliran/nombor kad pengenalan untuk mengakses sistem.

Sekiranya akses disekat, apa yang perlu dilakukan?

Murid perlu merujuk kepada pihak BPSBPSK jika akses disekat dan membuat semakan di pihak sekolah untuk mengemaskini maklumat dalam APDM.

Apakah syarat pemilihan murid ke SBP?

-Pemilihan Murid Tingkatan 1: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Murid yang berada dalam set toleransi Graf Toleransi UKSBP
  • Murid cemerlang akademik
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Pemilihan Murid Ke Tingkatan 4: 

  • Murid mestilah warganegara Malaysia.
  • Murid bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
  • Murid cemerlang akademik (minimum Gred A bagi 6 mata pelajaran dan sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran yang lain).
  • Murid lulus saringan/temuduga (hanya di KISAS).
  • Murid aktif dalam kokurikulum.

Bagaimana cara untuk memohon ke SBP yang menawarkan Kurikulum Bersepadu Tahfiz (TMUA – Tahfiz Model Ulul Albab)?

Murid masih perlu mengisi permohonan secara dalam talian. 

Apakah syarat untuk terpilih ke SBP KBT (TMUA)?

Murid yang memenuhi syarat-syarat pemilihan ke Tingkatan Satu dan memperoleh Gred A bagi Quran dan Jawi layak dipertimbangkan. Murid yang telah dikenalpasti ini akan dipanggil untuk ditemuduga selepas keputusan UPSR diumumkan. 

Selepas cetakan, beberapa kesalahan maklumat didapati dalam permohonan. Apa yang perlu dilakukan?

Murid masih boleh mengemaskini permohonan sehingga tarikh akhir tutup permohonan. Tiada had dalam proses kemaskini. Hanya cetakan terakhir pemohon yang diperakukan secara atas talian dipertimbangkan sebagai permohonan yang sah.

Adakah murid perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum?

Murid tidak perlu mengemukakan salinan sijil tersebut kepada BPSBPSK kerana maklumat penglibatan murid di dalam aktiviti Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Soalan Lazim – Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)

Berikut juga soalan yang biasa ibu-bapa tanya, ihsan dari JPN Selangor

Apakah yang dimaksudkan dengan Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP)?

UKSBP adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

Apakah kelayakan minimum untuk murid memduduki UKSBP?

Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk memduduki UKSBP.

Apakah kesan UKSBP kepada peluang murid untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang Berjaya dalam UKSBP akan mempunyai peluang cerah untuk SBP.

Dimanakah UKSBP akan dijalankan dan bagaimana untuk menyemak keputusan pusat UKSBP?

UKSBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan melalui sekolah dan portal Jabatan Pendidikan Selangor.

Berapa lamakah jangkamasa UKSBP dijalankan dan berapakah bilangan soalan UKSBP yang perlu dijawab oleh murid?

Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

Bagaimanakah perjalanan UKSBP di pusat ujian yang telah ditetapkan?

UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian. Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian.

Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, bagaimanakah caranya untuk murid mengambil ujian tersebut? 

-Dalam negara 

Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak. 

-Luar negara 

Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. 

Adakah murid yang tidak berjaya/tidak menduduki UKSBP masih berpeluang untuk ditawarkan ke SBP?

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Kemasukan Tingkatan 1

Bagi pelajar tahun 6 yang sudah memohon dan sudah menduduki Ujian Kemasukan SBP, tarikh semakan belum lagi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tunggu sehingga keputusan UPSR dikeluarkan secara rasmi.

Kemasukan Tingkatan 4

Bagi pelajar tingkatan 3 yang berkira-kira untuk masuk SBP, tarikh semakan juga belum lagi dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Tunggu sehingga keputusan PT3 dikeluarkan secara rasmi.

Layari www.moe.gov.my untuk makluman lanjut dan terkini

Carian dari Google:

  • senarai sekolah berasrama penuh
  • jenis-jenis sekolah berasrama
  • sekolah berasrama penuh sabah
  • sekolah asrama penuh di mersing
  • sekolah berasrama penuh di putrajaya
  • sekolah berasrama penuh selangor
  • sekolah sbp negeri 9
  • senarai sekolah kebangsaan negeri kedah

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Berkaitan