Cara Buat Resume Kerja, Guna Microsoft Word. Cantik, Simple & Menarik!

Cara buat resume kerja

Salam sejahtera kepada para pencari kerja, para lepasan universiti dan para pekerja yang ingin tahu cara buat resume kerja sebaik mungkin. Resume secara ringkasnya adalah satu dokumen yang menyimpulkan pengalaman, pendidikan dan latar belakang anda.
Ada yang memiliki satu saja resume dan dikemaskini saban tahun, dan ada juga individu yang lebih gemar ‘menyesuaikan’ resume bagi setiap syarikat dan jawatan yang akan dipohon. Pengalaman dan latar belakang akan cuba dikaitkan dengan deskripsi tugas yang diiklankan.
Secara peribadi, resume yang disesuaikan adalah lebih menarik dan menunjukkan anda sebagai seorang individu yang teliti dalam membuat kerja dan meneliti iklan kerja tersebut.
Secara ringkasnya Microsoft Word memiliki beberapa ciri yang membuatkan ia sesuai sebagai medium untuk menyediakan dokumen resume ini. Antaranya adalah;

  • Dimiliki kebanyakan komputer, mudah diakses dan dikemaskini
  • Boleh menukar format .doc kepada .pdf (kemas dan data sukar disalahguna)
  • ‘Table’ atau jadual yang garisannya boleh disembunyikan supaya susunan ayat didalam setiap baris jadual tersebut kelihatan kemas
  • Tulisan tebal (bold) sebagai tajuk seperti Pengalamanatau Pendidikan
  • Poin bernombor (numbered list) atau tanpa nombor (bullet list) sebagai turutan isi

Kebanyakan syarikat menerima berpuluh malah beratus-ratus resume melalui laman sesawang, mel elektronik dan juga melalui surat. Oleh itu, amat penting memiliki resume yang ringkas, maklumat jelas dan menarik di mata majikan.
Menarik bermakna anda memiliki pengalaman/kesungguhan yang amat diperlukan bagi jawatan yang diiklankan. Kadangkala walau tidak memiliki keputusan pelajaran / pendidikan atau pengalaman kerja yang baik, anda boleh memasukkan ‘Pencapaian’ dimana anda boleh menunjukkan usaha anda memajukan diri sendiri ataupun pencapaian orang lain yang dibantu oleh anda. Penting juga anda meletakkan sekurang-kurangnya dua orang sebagai rujukan kepada bakal majikan. Pastikan orang rujukan tersebut memiliki pekerjaan/pendidikan yang stabil dan boleh dipercayai.
Berikut adalah cadangan stuktur asas bagi cara buat resume kerja yang mantap;

  • Maklumat peribadi
    • nama penuh, alamat, no tel dan emel
    • Pastikan alamat emel menunjukkan kematangan anda
  • Pendidikan
    • Nama sekolah menengah, kolej/universiti dan seterusnya
    • Keputusan peperiksaan penting seperti SPM dan GPA akhir universiti
  • Pengalaman Kerja
    • kerja dan kemahiran samada bersama keluarga/rakan/praktikal/sukarela
    • Jawatan & deskripsi tugas yang ringkas dan padat
  • Pencapaian
    • lima pertandingan/sijil/kursus yang terbaik pernah dihadiri
  • Maklumat Tambahan
    • gaji kini, gaji dipohon, kenderaan/lesen dimiliki, tarikh boleh mula bekerja / tempoh notis berhenti syarikat kini
  • Rujukan & nombor telefon mereka

Anda boleh cari ‘template’ resume melalui laman sesawang, yang memiliki rekaan yang elegan dan menarik. Cara buat resume kerja yang terbaik adalah yang ringkas, jenis tulisan mudah dibaca, maklumat jelas, dan tiada kesalahan ejaan. Sebaiknya cuba pastikan resume anda kurang dari tiga helai kertas demi mengelakkan terlalu banyak maklumat dan membuatkan bakal majikan meluat dan mengenepikan resume anda.
Cara lain yang unik dan boleh dicuba adalah dengan membuat resume menggunakan powerpoint. Masukkan stuktur asas yang sama, dengan satu ‘slide’ untuk setiap satu bahagian bagi Maklumat Peribadi, Pendidikan, Pengalaman Kerja, Pencapaian, Maklumat Tambahan dan akhir sekali Rujukan.
Namun begitu, caranya agak berbeza sekirannya anda perlu melakukan pembentangan resume anda. Cuba kurangkan perkataan bagi setiap ‘slide’ hingga kurang dari 15 patah perkataan. Selebihnya? Gunakan skil bertutur dan gerak tubuh anda untuk mempromosi diri sebaik mungkin.
Sekirannya anda perlu cetak resume melalui Powerpoint tersebut, anda boleh pilih di PrintSettings, Print Layout ditukar sebagai Outline. Ini supaya semua ayat anda adalah tersusun ringkas tanpa ada garisan petak ‘slide’ yang boleh mengelirukan turutan isi resume anda.
Akhir kata, sila gunakan artikel ini sebagai rujukan dan panduan cara buat resume kerja anda. Jangan keberatan untuk berkongsi bersama teman dan ahli keluarga kerana semoga ilmu percuma yang dikongsi ini akan mendatangkan manfaat.
Alternatif: Jika anda kurang selesa dengan Microsoft Word, boleh ikuti cara buat resume online yang kami pernah kongsikan dulu.

Download

Ada sesiapa nak download contoh resume, iaitu template bagi cara buat resume kerja guna Microsoft Word?
Boleh terus ke laman web Microsoft untuk dapatkan template. Sila beritahu kami di The Berkat kalau mahu yang sesuai untuk orang Malaysia.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • cara buat resume
  • cara cara buat resume lengkap
  • buat resume guna microsoftword
  • cara buat re
  • cara buat resume guna microsoft word
  • cara buat resume kerja
  • cara nak buat resume guna microsoft word
  • https://theberkat com/cara-buat-resume-kerja-word/
  • resume guna word

5+ Cara Buat Resume Online (Biar Simple, Menarik & Ringkas)

Cara buat resume online

Pertama sekali, cara buat resume secara online ini, tidak janji boleh dapat kerja. Yang paling penting sekali, kita cuba dan usaha! Yang penting, kena tahu cara buat resume online supaya mudah untuk edit di mana-mana sahaja.

Berikut adalah cara buat resume online yang bukan hanya sesuai untuk fresh graduate, tetapi sesiapa sahaja.

Izinkan kami berkongsi.

Guna Canva untuk buat resume online

Cara buat resume online

Di Canva, ada lebih kurang 980 contoh resume yang kita boleh guna. Dan ia percuma sahaja. Kami ulang sekali lagi, Free!

Terlalu banyak laman yang menawarkan khidmat buat resume online. Namun, bila pilihan terlalu banyak, kita jadi kalut. Tak tahu nak guna yang mana satu.

Ikutlah nasihat kami, gunakan Canva kerana ia mudah digunakan. Namun jika anda ada cadangan laman web lain yang memberikan perkhidmatan buat resume online yang mudah dan menarik, mohon beritahu di ruangan komen.

Boleh edit samada mahu guna Bahasa Inggeris, atau ubah terus dan buat resume dalam Bahasa Melayu. Maaf, kami tidak ada contoh resume dalam Bahasa Melayu.

Perlu diingatkan, bila sudah siap buat resume, jangan “Save” sebagai .jpg pula. Pastikan “Save” dalam bentuk fail .pdf untuk memudahkan menghantar kepada bakal majikan.

Jangan letak gambar ala-Instagram

Seriuslah sedikit. Jangan ingat cari kerja macam cari jodoh. Kami terima banyak resume yang menyertakan gambar tengah selfie, gambar sedang bercuti dengar latar belakang tempat menarik.
Ada juga yang letak gambar belakang mereka. Entah apa motif mereka, kami tidak pasti.

Buat resume online, satu muka sahaja

Ingat orang yang baca resume kita ada masa? Dia pun ada kerja lain juga. Kadang-kadang, sehelai pun jenuh nak cari maklumat yang berterabur. Apatah lagi kalau 4-5 muka surat.

Ingat, pastikan resume yang dibuat secara online itu ringkas, padat dan menarik. Lebih bagus jika pandai buat resume infografik yang hanya satu muka sahaja.

Bagaimana untuk buat resume satu muka sahaja? Lihat penerangan seterusnya.

Gunakan banyak visual

Jangan tulis panjang-panjang tentang pengalaman kerja. Susah otak nak proses. Gunakan lebih banyak visual yang lebih mudah orang dapat tangkap.

Kalau fresh graduate, anda lagi kena guna banyak main visual kerana sah-sah tiada pengalaman. Jangan pula letak pengalaman kerja sebagai ‘cashier’ selepas habis SPM. Tidak relevan.

Contoh visual ialah berapa bintang skil dalam Adobe Photoshop contohnya. Jangan pula letak skil lima bintang dalam Microsoft Excel, Microsoft Word, Microsoft Powerpoint dan seangkatan dengannya.

Sejujurnya, menggunakan aplikasi Microsoft, tidak perlu letak sebagai skil langsung.

Paling penting, jangan guna Microsoft Word

Buat resume guna microsoft word
Nama pun resume online, jadi tak perlulah guna Microsoft Word. Walaupun Microsoft Word dan Microsoft Powerpoint ada yang online, ia tidak mesra alam.

Kenapa jangan guna Microsoft Word dalam format .docx?

Sebabnya, format akan lari. Ia sama sekali tidak sama seperti yang kita tengok dalam komputer sendiri.

Paparan resume dalam Microsoft Word akan berterabur dan tidak jelas dibaca oleh bakal majikan.

Alternatifnya ialah, gunakan format .pdf.

Melainkan mahu cetak resume dan bawa sekali semasa temuduga, itu tidak kisah.

Akhir kalam

Buat resume online cuma satu langkah pertama untuk dapatkan kerja yang kita idamkan. Semestinya ia bergantung kepada keadaan kita semasa proses temuduga nanti.

Fahami konsep rezeki, jika diizinkan Allah, adalah rezeki untuk kita nanti. Jangan putus-putus berdoa dan bersabar. Pasti ada ganjarannya.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • car buat resume yang betul dan menarik
  • cara buat resume guna phone
  • cara buat resume ringkass
  • cara buat resume yang menarik
  • cara mudah buat reaume
  • contoh resume simple 2019 pdf edit
  • macam mana buat resume
  • resume bahasa melayu