8 Cara Mengatasi Stress di Tempat Kerja. Tak Perlu Sampai 'Resign'.

Cara mengatasi stress di tempat kerja

Betul, bila stress, semua kerja tidak jadi. Tugasan yang diberi pun tidak siap. Semua aktiviti terhenti.
Balik-balik, kerana tidak tahan dengan kerja, ramai yang fikir untuk ‘resign’.

Apa punca stress di tempat kerja?

Artikel dari American Psychological Association mengatakan, ini adalah antara penyebab stress di kalangan pekerja:

  • Gaji rendah
  • Kerja yang banyak melampau
  • Tiada peluang untuk berkembang di tempat kerja
  • Kerja yang diberikan tidak menarik
  • Tugasan yang diberikan tidak mencabar
  • Tiada sokongan dan bantuan rakan sekerja
  • Tiada kuasa untuk membuat pilihan terbaik untuk tugasan sendiri
  • Majikan minta buat tugasan yang bukan-bukan
  • KPI atau sasaran prestasi yang tidak masuk akal

Izinkan kami berkongsi, cara mengatasi stress yang cukup mudah ini. Kami bukanlah pakar psikologi, tetapi inilah yang kami selalu buat untuk mengatasi stress dalam diri.

1. Jangan ‘overthinking

Bila kita fikir bukan-bukan, itu yang datang stress. Cuba jangan fikir langsung, teruskan sahaja kerja kita. Baru senang hidup kita.
Bila kita ‘overthinking‘, kita sudah set minda kita yang sesuatu yang buruk itu pasti akan berlalu. Dalam kes sebenar, ia tidaklah sebegitu.

2. Bersemuka dan berhadapan

Contoh kalau ada masalah dengan majikan. Janganlah sampai fikir kita mahu berhenti kerja serta-merta. Tanya kenapa majikan buat kita begini dan begini. Selitkan sekali dengan bukti yang kita ada.
Kalau boss selalu Whatsapp, minta kita standy selepas waktu kerja, tanya dia adakah elaun disediakan? Bukan main terima sahaja, selepas itu meroyan tidak tentu hala.
Gaji tidak setimpal? Jumpa majikan dan cakap berdepan. Bukan jenis cakap belakang.

3. Bertenang dulu

Cara untuk atasi stress
Tarif nafas dalam-dalam. Jika di pejabat, pandang luar tingkap. Tengok pokok dan tumbuh-tumbuhan yang berwarna hijau.
Buat apa nak stress sangat. Fikirkan perkara yang positif sahaja.
Biarkan kerja lambat siap sedikit. Pandai-pandai menjawab, kenapa lewat.

4. Menjerit

Pergi ke tempat parking kereta. Silakan masuk dalam kereta.
Tutup tingkap. Menjerit. Pasti akan dapat melegakan apa yang terbuku dalam hati.

5. Tumbuk dinding

Silakan juga tumbuk dinding. Sebelum itu, alas dulu dengan bantal. Kalau tidak, mahu berdarah tangan kita. Yang penting, rasa lega.

6. Tidur sekejap di pejabat

Ini cuma boleh guna sementara sahaja. Untuk sekali dua. Takkan mahu tidur sepanjang masa? Lebaik baik ambil cuti.
Jika betul-betul tidak larat, beritahu dengan majikan untuk ambil sedikit masa untuk tenangkan fikiran.

7. Telefon mak ayah

Tak perlu cakap yang kita telefon mak ayah sebab kita stress. Cukup sekadar telefon untuk bertanya khabar, itu sudah lega.
Kalau nak bercerita tentang kisah stress kita, silakan. Mungkin mak ayah boleh berikan kata-kata semangat.

8. Baca Al-Quran

Ini adalah cara atasi stress dalam Islam. Maka, untung jadi orang Islam, kita ada panduan. Al-Quran itu penyembuh hati. Tak faham apa isi Al-Quran? Tak apa. Baca sahaja pun sudah rasa tenang.
Akan datang, cari masa lagi untuk faham isi Al-Quran. Maka stress pun tidak akan berani singgah dalam diri kita.

Akhir kalam

Ini bukan cara mengatasi stress di tempat kerja semata-mata. Tidak kira anda stress sebab belajar, stress sebab kerja atau stress semasa mengandung, jangan sampai memudaratkan diri. Ingat, kita ada agama. Kembalilah pada Islam.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • penanangan stress di tempat kerja
  • cara mengatasi stress di tempat kerja
  • cara mengawal stress di tempat kerja
  • cara mengurangi stress ditempat kerja
  • cara tangani stress di tempat kerja
  • cara urus sstress di tempat kerja
  • kerja cara
  • menangani stress di tempat kerja
  • menghormati di tempat kerja
  • stress tempat kerja