Cara Solat Taubat Nasuha Yang Ringkas (Sumpah, Tak Buat Lagi)

Cara solat taubat nasuha

Mungkin ada yang sedang membaca artikel ini pernah terlanjur dan berzina. Mungkin juga ada yang pernah minum arak sehingga mabuk. Dan jangan tidak sangka, mungkin ada yang pernah membunuh seseorang. Dan barangkali sekarang baru terfikir dan dijentik hati oleh Allah untuk bertaubat. Alhamdulillah. Kami mengucapkan tahniah atas perubahan yang ingin dilakukan. Sebelum itu, perlu ada sedikit ilmu dan tahu cara solat taubat nasuha. Ini supaya kita lebih menzahirkan penyesalan dan mendapat ketenangan dengan lebih ikhlas.
 

Apa itu Taubat Nasuha?

Seseorang individu yang telah melakukan dosa dan maksiat perlulah mendirikan solat sunat taubat bagi mendapatkan keampunan daripada Allah S.W.T atas dosa-dosa yang dilakukannya.
Taubat nasuha merupakan sejenis taubat yang sebenar-benarnya taubat dengan janji akan mengulangi lagi segala perbuatan yang salah atau dosa tersebut.
Taubat nasuha mestilah dengan kesungguhan diri untuk memohon ampun kepada Allah SWT. dan berazam tidak akan mengulangi perbuatan yang sama buat kali kedua.
Solat ini memberikan peluang kepada anda untuk kembali kepada Allah setelah melakukan maksiat dan dosa.
Pintu taubat kepada Allah sentiasa terbuka untuk sesiapa yang ingin bertaubat. Jadi, di bawah adalah panduan lengkap bagi melakukan solat sunat taubat seperti yang diterbitkan oleh penerbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Kami juga membuat rujukan dari perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan tentang tatacara solat sunat taubat.
Izinkan kami berkongsi.

Maksud Solat Sunat Taubat

Cara solat taubat nasuha
Solat sunat Taubat bermaksud solat memohon keampunan dan taubat Nasuha daripada Allah S.W.T. Solat ini dilakukan sebanyak dua rakaat dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja.
Waktu yang paling afdhal dilakukan solat sunat taubat adalah ketika anda bangun untuk melakukan ibadah solat malam kerana pada waktu ini, anda akan menjadi lebih dekat dengan Allah S.W.T. Asas atau sebab solat ini didirikan ialah:

  1. Menyesal di atas segala perbuatan dosa yang dilakukan.
  2. Menyucikan diri daripada perbuatan dosa dan berhenti daripada melakukan maksiat serta meminta ampun di atas apa yang telah dilakukan daripada Allah SWT, memohon maaf kepada manusia terhadap dosa yang berkaitan dengan harta benda, maruah dan jiwa. Mengqadhakan segala apa yang telah terluput seperti amalan-amalan solat, puasa dan lain-lain sekadar yang termampu.
  3. Berazam tidak akan melakukan lagi segala perbuatan tersebut serta menjauhkannya.

 
Pengerjaan ibadah ini dapat dilihat daripada sabda Rasulullah S.A.W dimana baginda bersabda:
“Sesiapa yang pernah melakukan perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.”
Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan disitulah tempat mereka selamanya.”
(Riwayat Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi r.a.)
 
 

Fadhilat dan Kelebihan Solat Sunat Taubat

Seperti yang anda tahu, solat sunat taubat didirikan bagi meminta keampunan kepada Allah S.W.T atas segala dosa yang telah anda lakukan. Walaupun anda tidak melakukan dosa-dosa besar, ianya disyorkan juga supaya anda mendirikan solat sunat taubat setiap hari. Antara fadhilat dan kebaikan yang boleh anda dapati daripada pengerjaan solat sunat taubat adalah:

  1. Dosa anda diampunkan oleh Allah S.W.T.
  2. Segala urusan anda akan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
  3. Anda akan berasa lebih ceria dan tenang dalam kehidupan seharian.
  4. Segala tekanan hidup akan dihilangkan oleh Allah S.W.T.
  5. Anda dapat menjauhkan diri daripada dosa dan menghindari daripada sebarang gangguan syaitan dan jin.

 

Cara Mengerjakan Solat Sunat Taubat

Solat Taubat amatlah mudah untuk didirikan dan anda boleh lakukannya sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di bawah adalah tatacara dalam melakukan solat sunat taubat:

  1. Niat

Niat cara solat taubat nasuha
Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua rakaat kerana Allah Taala.”
 

  1. Bacaan Dalam Solat

Rakaat Pertama:
Pada rakaat pertama anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah al-Kafirun
Rakaat pertama solat
Rakaat Kedua:
Pada rakaat kedua anda boleh baca surah al-Fatihah dan disambung dengan surah al-Ikhlas
Rakaat kedua solat
 

  1. Pada sujud terakhir, setelah membaca tasbih sujud, bacalah ayat berikut sebanyak 44 kali:

 
Cara solat taubat nasuha, dengan sujud tasbih terakhir
Maksudnya: “Tiada Tuhan melainkan Engkau, Ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang-orang yang zalim.”
 

  1. Setelah anda memberi salam, amalkan zikir di bawah sebelum meneruskan bacaan doa.

 

  1. Istighfar x70 kali

Istighfar 70 kali 

  1. Membaca wirid di bawah sebanyak x100 kali:

Wirid 100 kali
 

Doa Selepas Solat Taubat Nasuha

Maksudnya: “Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan kecuali Engkau, Engkau telah menciptakan aku dan aku adalah hambaMu, dan hamba pasti menuruti ketentuan-ketentuanMu, janji-janjiMu sesuai kemampuanku. Aku meminta penjagaanMu dari buruknya segala perbuatanku, aku mengakui segala nikmat yang Engkau berikan dan mengakui adanya dosa-dosa yang aku lakukan. Tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali engkau. Aku mohon ampun kepadaMu Allah yang maha Hidup dan berdiri sendiri dan ku bertaubat kepadaNya..”
 

Kalau dah taubat, tapi buat lagi maksiat?

Ada juga pertanyaan tentang seseorang yang sudah bertaubat atas sesuatu maksiat. Kemudian nafsunya kembali menguasai dirinya sehingga dia kembali mengulangi melakukan maksiat. Bagaimana?
Jawapan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang ringkas ialah taubat yang dilakukan dengan berulang-ulang serta istighfar yang dilakukan berulang-ulang adalah diterima selagimana tidak terdapat pengulangan dosa setelah bertaubat dan memenuhi syarat taubat yang disebutkan.
Bermakna, boleh taubat berulang kali. Namun, janganlah ulang lagi dosa itu.
Janganlah lidah memohon ampun kepada Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu.
Taubat nasuha adalah bertekad untuk meninggalkan dosa yang akan datang dan menyesali dosa-dosa yang telah lalu, dan kemudian berazam bersungguh-sungguh untuk tidak mengerjakannya kembali pada masa depan. Kemudian, jika dosa tersebut berkait dengan hak manusia, hendaklah dia kembalikan (hak) apa yang telah dia ambil.
Yang penting, cuba dahulu cara solat taubat nasuha terlebih dahulu. Lama-kelamaan, hati akan menjadi lembut.
 

Akhir kalam

Cara solat sunat taubat nasuha
Kesimpulannya, apabila anda telah terlanjur melakukan dosa dan maksiat seperti berzina, maka bersegeralah dalam melakukan solat sunat taubat bagi meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Cubalah ikuti cara solat taubat nasuha yang ringkas ini.
Yakinlah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Semoga panduan ini membantu anda untuk mendirikan solat sunat taubat dengan lebih istiqomah.
Jika selalu bangun malam, jemput juga baca cara solat tahajjud. Dirikan sekali solat hajat, memohon apa yang kita inginkan di dunia dan di akhirat.
Semoga malam kita semua lebih indah.
Semoga bermanfaat.