Pasangan Tak Romantik? 10+ Sebab Suami Berubah Selepas Kahwin

Pasangan tak romantik, lelaki dan perempuan

Soalan panas yang kerap ditanya oleh kaum wanita bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia adalah kenapa lelaki tak romantik. Atau lebih tepat lagi, kenapa lelaki Melayu tak romantik?
 

Apa itu romantik?

Sebab kenapa lelaki tak romantik
Mengikut Collins Dictionary, romantik ialah terjemahan sifat seseorang yang romantis, dengan melakukan perkara-perkara romantis dengan perkataan. Dan juga melakukan perkara-perkara yang membuat pasanganna seperti isteri, suami, teman wanita, atau teman lelaki rasa sangat istimewa dan disayangi.
Walaupun sesetengah daripada kaum wanita yang menanyakan soalan ini sebenarnya terlalu dibendung oleh drama harian di kaca TV, namun dalam realitinya benar kebanyakan lelaki (bukan semua) tak menunjukkan sifat romantik mereka.
Oleh itu, berikut adalah beberapa sebab yang telah kami senaraikan tentang kenapa lelaki tak romantik. Lihat jenis lelaki ini dan ciri-ciri mereka, yang membuatkan ramai orang tak faham.
Izinkan kami berkongsi.
 

Jenis tak ada perasaan, susah nak tunjuk emosi

Kaum lelaki sememangnya diketahui sebagai kaum yang susah untuk menunjukkan perasaan sedih atau romantik mereka di khalayak ramai. Mereka ini jenis yang susah nak luah perasaan.
Ianya bukan satu penyakit tetapi lebih kepada sifat dalaman lelaki itu sendiri. Ada kalanya kaum lelaki tersebut berasa malu dan kekok untuk tunjukkan perasaan mereka walaupun kepada pasangan mereka sendiri.
Namun begitu, walaupun kaum lelaki tersebut tak menunjukkan apa yang dirasakan mereka kepada orang tersayang dan khalayak ramai, tak semestinya mereka tak rasa sayang kepada pasangan mereka.
Kadangkala kasih sayang atau sifat romantik itu ditunjukkan melalui pengorbanan dan perbuatan seseorang lelaki itu terhadap kebahagiaan pasangan mereka. Dia cuma tidak suka menunjukkan sifat kasih sayang dan kemesraan.
 

Malu depan orang ramai

Bukannya tidak sayang, cuma rasa malu dan agak pelik bila tunjukkan romantik depan orang ramai. Ada juga suami yang rasa malu mahu tunjukkan rasa romantik pada isteri depan anak-anak.
Cuma, janganlah sampai malu di dalam bilik tidur. Kasihan isteri.
 

Sifat ego yang tinggi

Salah satu sifat biasa yang ada pada kaum lelaki adalah sifat ego. Sifat ego atau tidak mahu mengalah ini menyebabkan kaum lelaki sentiasa menyembunyikan perasaan sebenar apabila berada dengan pasangan mereka.
Mereka akan berasa kekok dan malu untuk tunduk kepada perasaan mereka dan oleh itu, menyebabkan mereka dilabel sebagai tak romantik kerana terlalu mengikutkan ego mereka sendiri.
Adakah malu itu juga ego? Bergantung pada keadaan.
 

Romantik itu tidak penting langsung

Bagi lelaki yang mungkin hatinya sedikit keras, dia akan mengatakan buat apa mahu romantik-romantik. Tidak penting semua itu.
Asalkan bertanggungjawab dan memberi nafkah yang sepatutnya, itu sudah lebih dari cukup.
Didoakan agar lelaki yang mempunyai sifat acuh tak acuh begini, agar dilembutkan hatinya.
 

Takut kena keluar modal

Ada lelaki yang beranggapan, jika mahu romantik, banyak modal kena keluarkan. Siap kena beli bunga, makan di tempat yang mahal dan hadiah yang membuatkan pasangan senyum hingga ke telinga.
Hakikatnya, perempuan tidak mahu pun layanan hingga sebegitu.
Namun, jika ada, apa salahnya.
 

Ada kisah silam yang pahit

Kisah silam pahit yang dialami oleh kaum lelaki tersebut seperti ditinggalkan untuk lelaki lain, dicurangi dan lain-lain menyebabkan lelaki tersebut serik dengan hubungannya yang sebelum ini.
Disebabkan oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk membuang sifat romantis mereka kerana takut perkara silam yang berlaku tersebut menghantui mereka semula.
Apa yang anda boleh buat adalah memberi mereka masa untuk sembuh dan memberikan kata-kata semangat dan keyakinan kepada mereka tentang hubungannya sekarang.
 

Penat sangat dengan kerja

Kadangkala kaum lelaki menjadi tak romantik kerana mereka sering dibendung dengan perasaan penat bekerja dalam menyara keluarga tersayang mereka.
Walaupun mereka tak tunjukkan sifat romantis mereka itu, tak semestinya mereka tak sayang kepada pasangan mereka. Disebabkan oleh terlalu penat dan letih, mereka lebih cenderung menyembunyikan kepenatan mereka tanpa luahan perasaan atau emosi daripada mereka sendiri.
Oleh itu, sifat romantis mereka telah disembunyikan di sebalik penat lelah kaum lelaki yang sering bekerja keras untuk mencari rezeki demi keluarga mereka. Hinggakan, pasangannya tertunggu-tunggu kerana lambat balas mesej.
 

Obses dengan hobi

Setiap lelaki pasti ada minat yang tersendiri. Kadang-kadang, dengan hobi itulah yang membuatkan dia renggang dengan pasangan.
Apabila kuat sangat melayan hobi dengan kawan-kawan, pasangannya tidak dilayan. Romantik, jauh sekali. Bila ditegur, merajuk. Sangat susah nak pujuk lelaki merajuk.
Jika terjadinya perkara sebegini, disarankan agar si perempuan itu ikut sekali dengan minat si lelaki itu.
 

Tidak mahu jadi lelaki ‘fake‘, dalam drama

Siaran drama di kaca TV sering meletakkan ‘standard’ atau jangkaan yang tinggi kepada kedua-dua kaum lelaki dan perempuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.
Apabila kaum perempuan menonton siaran drama, mereka akan lebih cenderung untuk mengharapkan reaksi daripada pasangan mereka sendiri iaitu menjadi romantik sama seperti watak dalam drama tersebut.
Itulah yang menyebabkan diri si perempuan itu tergila-gilakan lelaki romantik, yang pandai memujuk.
Oleh itu, jika kaum lelaki tak lakukan perkara yang mereka harapkan, maka disebabkan itu kaum lelaki sering dilabel sebagai tak romantik dan tak menyayangi pasangan mereka.
 

Akhir kalam

Pasangan romantik suami isteri
Kesimpulannya, lelaki sebenarnya bukanlah tak romantik tetapi mereka cuma malas nak tunjuk emosi dan perasaan mereka terhadap orang tersayang. Ia selalunya disebabkan oleh ego mereka yang tinggi dan sukar untuk tunjuk perasaan sayang mereka.
Namun begitu, ia tak semestinya kaum lelaki tersebut tak menyayangi pasangan mereka.

Carian dari Google:

  • tips romantik selepas kahwin