10+ Sebab dan Alasan Untuk Ambil Cuti Tanpa Gaji (Kerajaan, Swasta)

Cuti tanpa gaji

Anda sebenarnya dah penat dan letih. Penat yang sebenarnya, bukan main-main. Sudah lama berlegar dalam kepala, mahu ambil cuti tanpa gaji. Cuma anda masih lagi tak berani nak berhenti kerja.
Anda cuba buat alasan untuk cuti kerja tanpa gaji atas alasan-alasan yang difikirkan logi. Cuma anda blank, tak tahu apa nak tulis dalam surat untuk mohon cuti tanpa gaji.
Makan izinkan kami berkongsi sedikit sebanyak alasan yang boleh digunakan. Kalau anda kerja swasta, mungkin tak sama dengan yang kerja kerajaan. Semak dulu pekeliling, borang, syarat dan sediakan surat permohonan di pejabat masing-masing.
Kami cuma berikan idea sahaja. Anda perlu ubah ikut kesesuaian.
 

Cuti tanpa gaji masalah kesihatan

Anda tak sihat. anda sakit.
Anda tak sedap hati kerana cuti lama, gaji masih jalan. Kawan-kawan sekerja juga sudah mula sosek-sosek. anda rasa bersalah.
Jadi, adalah lebih baik anda hantar surat cuti tanpa gaji. Jangan lupa minta doktor dokumen sokongan.
Jangan pula anda pura-pura jatuh tangga, dan minta MC dari doktor.
 

Cuti tanpa gaji sebab peribadi

Bila sudah masuk bab keluarga dan rumahtangga, ini lebih bersifat peribadi. anda kena terus-terang dengan boss anda.
Suami anda, atau isteri anda main kayu tiga. Curang. anda serabut. anda pening kepala. Hidup anda tak keruan. Kalau sudah sampai tahap datang pejabat dan mengganggu, anda memang patut bercuti. Tak perlu terus berhenti.
Kalau anda bercadang untuk memperbaiki hubungan ini, jumpa andanselor terlebih dahulu. Dapatkan nasihat dari pejabat agama Islam yang berdekatan.
Jika dinasihatkan cuti, cutilah. Jika itu dapat merapatkan kembali hubungan, itu lebih baik.
 

Cuti tanpa gaji sebab berniaga

Benar, sebahagian besar rezeki datangnya dari berniaga. Cuma tak cukup berani untuk terus hantar surat berhetni kerja sebab anda masih belum yakin income ini boleh sustain untuk tampung keluarga anda.
Jadi, lebih baik anda terus terang dengan boss.
Daripada anda sibuk menghadap Facebook dan Instagram dalam waktu kerja, lebih baik anda bercuti. Bimbang anda buat kerja luar semasa dalam waktu pejabat, ia jadi tak berkat.
 

Cuti tanpa gaji sebab mengandung

Anda jangan ingat ini main-main. Penangan mengandung, hanya tuan badan sahaja yang tahu. Badan lemah, otak serabut, fikiran dan emosi tak stabil. Silap-silap, boss pun kena maki.
Kalau dengan sebab mengandung, anda tak boleh tumpukan perhatian pada kerja, lebih baik anda ambil cuti tanpa gaji. Lagi bagus anda sambung sampai anak anda lahir. Itupun kalau boss bagi.
Pandai-pandailah, pujuk dia.
 

Cuti sebab menjaga anak

Kalau anda jenis sikit-sikit meleleh air mata sebab tinggalkan anak pada pengasuh atau nursery, lebih baik anda ambil cuti. Tak tenang anda di tempat kerja. Sikit-sikit anda Whatsapp orang sana, minta update status anak anda.
Daripada kerja anda terganggu, lebih baik anda ambil cuti tanpa gaji.
 

Cuti sebab sambung belajar

Anda tahu, anda perlu upgrade diri anda ke tahap yang lebih tinggi. Cuma, anda sayang jawatan anda sekarang.
Sesuai anda cuti, kalau anda boleh dapat balik (atau naik pangkat lebih tinggi) apabila anda sudah habiskan tempoh belajar.
Tak kira samada anda sambung Degree, Master hatta PhD sekalipun, anda kena faham yang jawatan anda sekarang mungkin akan diisi oleh orang lain. anda kena faham, kerja anda mungkin berbeza nanti.
Kalau anda tak kisah dan sudah fikir masak-masak, teruskan.
 

Cuti kerana mengikut pasangan

Jarang orang minta cuti tanpa gaji sebab ikut pasangan. Ini kerana, lebih baik anda berhenti kerja dan cari kerja di tempat lain.
Melainkan anda cuba untuk selesaikan dulu perkara-perkara peribadi dan keluarga di tempat baru. Selalunya, terjadi pada guru, polis, askar dan jururawat.
Apa-apa pun, cuba tanya pendapat boss dan bincang dengan pasangan.
 

Cuti kerana menjaga ayah / mak yang sakit

Tahniah! anda memang anak yang baik. Mudah-mudahan syurga untuk anda.
Mungkin ada kes, adik beradik anda semua tak mahu jaga. Alasannya, jauh. Dan anda rasa, anda perlu mengalah.
Kalau pasangan anda boleh bantu untuk teruskan kerja, dan hulur duit sedikit, itu sudah baik. Bincang elok-elok dengan pasangan masing-masing.
Anda jangan risau urusan dunia. Kalau anda terus jaga mak ayah anda sehingga hujung nyawa, besar ganjaran untuk anda. Kalau tidak di dunia, di akhirat pasti ada.
 

Akhir kalam

Cuti tanpa gaji itu, bukan bermakna anda tak mahu kerja lagi. Tujuannya adalah untuk anda berehat sebentar.
Kalau anda rasa anda boleh survive, dan pasangan boleh bantu dari segi kewangan, berhentilah. Berhentilah kerja jika ia baik untuk anda, pasangan, anak-anak dan keluarga.
Yang terbaik, lakukan solat istikharah, minta petunjuk dari Allah.
Semoga dapat memberikan manfaat.

Carian dari Google:

  • alasan cuti kerja
  • alasan cuti tanpa gaji
  • Alasan untuk cuti
  • surat cuti tanpa gaji
  • contoh surat cuti tanpa gaji
  • alasan yang kukuh untuk cuti
  • apa alasan untuk extend tempoh belajar PHD
  • Apakah syarat untuk memohon cuti tanpa gaji
  • tanpa gaji
  • buat cuti tanpa gaji