5+ Cara Hilangkan Double Chin (Nampak Jawline, Pipi Tirus)

Cara hilangkan double chin dagu berlapis

Dagu berlapis atau double chin merupakan satu keadaan dimana bahagian kulit di bawah dagu anda menampakkan seolah-olah terdapat dua lapisan lemak yang menjadikan anda nampak lebih berisi. Bagi seseorang yang sering menjaga bentuk badan dan penampilan mereka, dagu berlapis merupakan satu masalah yang sering dialami oleh mereka. Akan ada masalah confident tentang penampilan Pasti akan tercari-cari cara hilangkan double chin.
Hinggakan ada yang mahu nampak jawline dan mencari pula cara meniruskan pipi. Kalau mahu cantik, ramai yang sanggup buat apa sahaja.

Kenapa double chin?

Faktor utama yang memainkan peranan terhadap kewujudan double chin ini adalah kerana gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat. Sekiranya anda jarang bersenam dan tidak mengawal pemakanan dengan betul, risiko dan kemungkinan untuk mendapatkan dagu berlapis ini agak tinggi.
 

Cara hilangkan double chin

Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang mengalami penyakit dagu berlapis ini disebabkan oleh genetik. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh cuba untuk menghilangkan dagu berlapis ini. Oleh itu, di bawah kami senaraikan 5 cara yang anda boleh cuba untuk hilangkan dagu berlapis anda.
 

Lakukan senaman muka

Hampir setiap senaman jia dilakukan dengan betul, mampu memberikan bentuk muka dan badan yang anda ingini. Dalam situasi ini, senaman wajah merupakan salah satu senaman yang sangat berguna dan berkesan terutamanya untuk menghilangkan dagu berlapis anda.
Ia sememangnya tiada jalan pintas sekiranya anda betul-betul mahu hilangkan lapisan lemak pada dagu anda itu. Anda boleh cuba untuk mengurut dan menyebut a,e,i,o,u selama 40 kali dalam sehari bagi menghilangkan dagu berlapis anda tersebut. Lakukanlah senaman ini secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang pantas.
Untuk lebih lagi senaman sebagai cara hilangkan double chin, boleh rujuk LittleThings di sini.
 

Kunyah gula-gula getah (chewing gum)

Gula-gula getah yang dikunyah nampak seperti satu perkara biasa namun ramai yang tak tahu bahawa dengan menguyah gula-gula getah secara kerap, dapat membantu menghilangkan dagu berlapis atau double chin anda.
Ianya dapat mengetatkan kawasan di bawah dagu melalui kerja keras otot di bawah kawasan dagu dan rahang yang seterusnya menjadikan kawasan tersebut lebih ketat dan anjal. Anda juga boleh memilih untuk mengunyah gula-gula getah tanpa gula jika anda risau akan kandungan kalori dalam badan anda.
 

Jaga pemakanan seharian

Gaya pemakanan yang seimbang sangatlah membantu dalam pembentukan badan anda. Kalau anda tak jaga pemakanan anda dengan baik, anda sangatlah berisiko untuk mendapatkan double chin terutamanya apabila anda mengambil makanan yang berlemak secara berlebihan, memakan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi, bergantung kepada makanan ringan dan makanan segera serta lain-lain.
Amalkan pengambilan sayur-sayuran hijau yang berlebihan apabila anda makan dan kurangkan penggantungan terhadap makanan ringan, makanan segera serta yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi untuk mengelakkan anda daripada mendapatkan double chin.
 

Amalkan gaya hidup sihat

Ini cara hilangkan double chin yang paling sukar sekali.
Gaya hidup yang sihat tak semestinya anda perlu bersenam sepanjang masa.
Jauhkan daripada tidur sejurus selepas anda makan, banyakkan bergerak dan elakkan daripada hanya duduk setempat sahaja. Aktiviti harian anda memainkan peranan dalam pembentukan lemak pada tubuh badan anda.
Lebih sihat gaya hidup anda, lebih mudah untuk anda hilangkan dan elakkan double chin anda.
 

Lakukan urutan muka

Urutan kecil pada wajah anda mampu melancarkan peredaran darah pada wajah anda di samping menguatkan dan mengetatkan otot pada bahagian bawah wajah anda.
Amalkan urutan kecil ini siang dan malam sebagai langkah permulaan untuk menghilangkan double chin anda.

Akhir kalam

Kesimpulannya, kehadiran double chin atau dagu berlapis agak menjejaskan penampilan diri anda. Namun, terdapat pelbagai cara yang dianjurkan yang boleh anda cuba bagi menghilangkan double chin tersebut.
Jangan terlupa, ini mungkin tandanya anda perlu kuruskan badan. Barulah double chin akan ikut hilang.
Pesan kami, kalau boleh elakkan produk atau krim hilangkan double chin yang ada di pasaran. Cuba petua-petua ini terlebih dahulu. Untuk mendapatkan konsultasi yang lebih, jumpa doktor dan dapatkan rawatan dari yang pakar. Itu lebih baik.
Ingat, tiada cara hilangkan double chin dengan cepat. Namun, janganlah berputus asa dan jaga pemakanan dan gaya hidup anda supaya dapat mengelakkan dan menghilangkan terus double chin anda.
Semoga bermanfaat!

Carian dari Google:

  • cara hilangkan double chin
  • adakah kunyah chewing gum boleh hilangkan dagu berlapis?
  • cara kecik double chin
  • cara menghilangkan double chin dan meniruskan pipi
  • Krim terkini 2019 buang lemak bawah dagu
  • petua hilangkan double chin