Kebaikan Aloe Vera (Lidah Buaya) Untuk Kecantikan & Kesihatan

Kebaikan aloe vera

Ingin tampil cantik secara semula jadi? Jadikan aloe vera sebagai salah satu bahan utama dalam penjagaan diri anda. Kaya dengan khasiat, aloe vera yang juga dikenali sebagai lidah buaya dalam kalangan komuniti Melayu, telah digunakan secara domestik dan dieksport oleh pedagang Arab sejak 400 SM lagi. Terlalu banyak kebaikan aloe vera yang mungkin kita sendiri tidak tahu.
 

Kecantikan & kesihatan semulajadi

Melangkah ke zaman moden, khasiat aloe vera terus diiktiraf dan dijadikan bahan utama dalam pelbagai produk kesihatan mahupun kecantikan. Kebaikan kandungan gel aloe vera adalah ia bersifat antibiotic, antikulat, tidak berwarna, tidak berbau dan dapat menghalang tindakan mikro organisma penyebab penyakit bawaan makanan.
Kajian ini diperluaskan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol sekali gus menguatkan lagi peranan aloe vera sebagai bahan rawatan dan agen penyembuhan kecantikan serta kesihatan secara semula jadi.
Boleh baca lanjut tentang kegunaan aloe vera dalam terma yang dipanggil kosmetologi di NCBI.

Apa itu gel aloe vera?

Kebaikan aloe vera gel
Gel aloe vera yang sering digunakan dalam produk kecantikan adalah rahsia keajaiban tumbuhan tersebut. Mengandungi hampir 100 peratus air, setiap daun aloe vera penuh dengan gel atau tisu licin yang menyimpan banyak air sehingga bentuknya menjadi tebal.
Bahagian luar daun aloe vera yang keras dan tebal secara semula jadi itu memerangkap dan menyimpan air yang kemudiannya berubah menjadi gel yang sangat berkhasiat. Keadaan itu dapat dilihat pada sifat semula jadi gel yang bertindak membaluti dan melindungi bahagian daun yang terdedah selepas beberapa jam dikerat. Bahagian dalam gel yang terdedah akan terlindung daripada serangan bakteria. Sifat perlindungan semula jadi itu akan terhasil apabila gel digunakan untuk memelihara kulit manusia.
Untuk mendapatkan gel berkualiti, pilih aloe vera yang berisi tebal. Kupas kulitnya sedikit tebal sehingga terlihat isinya yang berwarna putih lutsinar. Potong isi tersebut menjadi bentuk lebih kecil. Kemudian, rendamkannya di dalam air yang telah ditambah dengan 0.025% garam dan 0.025% asam sitrat. Biarkan selama 2 jam, cuci bersih dan tus airnya.
Selain itu, anda juga boleh mencuci dan meramas potongan isi aloe vera di dalam air garam usai mengupas kulitnya.Setelah lendirnya hilang, rendam aloe vera dalam air kapur sirih atau tawas agar untuk memperoleh tekstur gel yang lebih kenyal dan berkualiti. Cuci bersih dan gel siap digunakan.
Walaupun khasiat gel aloe vera ini boleh dinikmati oleh kaum wanita mahupun lelaki. Namun kanak-kanak yang berusia kurang daripada 15 tahun tidak digalakkan untuk menggunakannya. Ini kerana zat kimia yang terdapat dalam gel tersebut lebih sesuai untuk struktur kulit dewasa.
 
Kenapa aloe vera bagus untuk kecantikan?
Aloe vera sangat berkhasiat untuk kecantikan kerana terdapat 200 komponen mineral aktif yang terkandung di dalamnya.
Pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6 dan vitamin B12 adalah antara kandungan mineral aktif tersebut. Gel lidah buaya juga mengandungi kadar antioksida yang tergolong dalam keluarga polyphenolselain kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium, zat besi, enzim dan asid amino.

Kebaikan aloe vera

Komponen terbaik aloe vera yang mempunyai sifat membersih dan antiseptik, bertindak kuat terhadap bakteria, virus dan kulat memberikan ‘kuasa’ kepada tumbuhan tersebut untuk merawat kulit. Justeru, ia memiliki khasiat kecantikan tersendiri yang boleh diaplikasikan sebagai rutin penjagaan kecantikan harian iaitu:
 

Melambatkan proses penuaan

Memiliki kandungan air yang tinggi, aloe vera berupaya melambatkan proses penuaan dengan menghapuskan sel kulit mati dari dalam dan meningkatkan penghasilan kolagen.
Kajian ke atas 30 wanita berusia 45 tahun ke atas yang menyapu gel aloe vera pada wajah mereka dengan kerap selama 90 hari mendapati kulit mereka semakin anjal. Bukan itu sahaja, aloe vera juga boleh mengurangkan erythema atau kesan merah pada kulit. Malah kandungan air yang tinggi membuatkan aloe vera berupaya untuk menyegarkan, melembabkan dan membantu memulihkan kulit kering dan rosak.
Kini, anda boleh awet muda dengan aloe vera.

Menghilangkan bintik hitam

Cara paling selamat untuk mencerah dan menghilangkan bintik hitam pada wajah adalah dengan menyapu gel aloe vera pada wajah secara konsisten selepas muka dibersihkan menggunakan facial foam pada waktu pagi dan juga malam. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya dua kali sehari secara berturut-turut  selama 30 minit bagi setiap sesi rawatan. Selepas itu, keringkan wajah dengan air bersih dan keringkan. Rutin ini juga dapat membuang sel kulit mati sekali gus mencerahkan kulit wajah.
 

Menghilangkan jerawat

Anda berjerawat? Usah gusar!
Gunakan lidah buaya sebagai bahan rawatan. Kandungan giberelin dan auxins di dalamnya membuatkan aloe vera berupaya mengurangkan pertumbuhan jerawat pada kulit. Jerawat batu atau jerawat biasa, semuanya dapat dirawat menerusi aloe vera.
Anda hanya perlu ambil gel aloe vera dan sapukan pada bahagian wajah yang berjerawat. Biarkan selama 10 hingga 15 minit dan bilas dengan air suam. Hasilnya, jerawat akan mengecut dan lama-kelamaan akan hilang.
 

Kurangkan rasa regangan pada kulit

Kesan regangan atau stretch marks yang berlaku pada kulit akibat kehamilan, penuaan atau penurunan berat badan boleh dikurangkan dengan penggunaan aloe vera. Hanya dengan menyapukan gel lidah buaya pada bahagian kulit yang mengalami regangan secara konsisten sebanyak dua atau tiga kali dalam sehari. Hasilnya,kesan tersebut akan pudar secara perlahan-lahan.
 

Merawat dan melindungi kulit

Tentu sekali semua orang tahu bahawa kebaikan aloe vera yang paling diketahui ramai ialah untuk melindungi kulit. Jika anda sering mengalami masalah kulit, tanamlah aloe vera di rumah.
Sifat anti alergi pada lidah buaya sangat berkesan dalam merawat semua jenis masalah kulit. Antaranya, kegatalan dan kemerahan, benjolan, psoriasis dan sebagainya.
Selain itu, gel aloe vera turut berupaya untuk melindungi kulit daripada kerosakan selepas melakukan terapi radiasi. Penelitian University of Naples, Itali, yang diterbitkan dalam Journal Radiation Oncology ke atas penghidap kanser payudara yang menjalani terapi radiasi mendapati bahawa sapuan gel aloe vera pada kulit mereka dapat mengurangkan kesan sampingan dan kerosakan ke atas kulit.
 

Mencantikkan bulu mata

Bagi anda yang sering memakai maskara, aloe vera sangat bagus untuk membebaskannya daripada bahan kimia akibat penggunaan peralatan mekap. Selain itu, ia juga dapat menguatkan akar bulu mata, cucilah bulu mata sebelum tidur setiap hari supaya bebas daripada bahan kimia.
Ambil gel aloe vera, sapu perlahan-lahan dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, cuci dengan air biasa hingga bersih. Amalkan secara konsisten, bulu mata pasti tidak mudah gugur dan tebal.
 

Mengilatkan kuku

Hanya dengan menyapukan aloe vera pada kuku secara konsisten, kuku anda akan tampak lebih cantik dan berkilat. Amalan ini turut berkesan untuk mengurangkan kerapuhan kuku dan mengelakkan kuku daripada patah.
 

Jaga kesihatan mulut

Kajian terbitan General Dentistry menyatakan bahawa aloe vera efektif dalam memerangi kaviti. Para penyelidik menjelaskan keberkesanan itu berpunca daripada kandungan anthraquinones dalam aloe vera yang dikenal pasti dapat merawat dan mengurangkan kesakitan menerusi efek anti inflamatori yang dimilikinya.
Kajian-kajian lain juga mendapati gel aloe vera boleh membunuh bakteria Streptococcus dan yis Candida Albicanspenyebab plak gigi. Sakit gusi dan radang gusi juga dapat dirawat memandangkan aloe vera bersifat antibakteria hanya dengan menyapualoe vera di sekeliling gusi yang sakit. Untuk menjaga kecantikan gigi dan kesegaran mulut pula, kumur jus aloe vera dan bilas dengan kumuran biasa setiap hari.
 

Merawat luka

Percaya atau tidak aloe vera dapat merawat luka dan parut pada wajah. Kajian mendapati bahawa aloe vera mampu merawat kesan kulit terbakar 9 kali lebih cepat berbanding ubat yang terdapat di pasaran.
Luka akibat bisul pada wajah, luka kerana gigitan serangga, parut chicken pox, luka terbakar, parut jerawat dan gatal-gatal dapat disembuhkan jika anda konsisten merawat wajah pada waktu pagi dan malam menggunakan gel aloe vera.
 

Mengatasi masalah rambut

Kebaikan aloe vera yag lain ialah untuk mengatasi masalah rambut. Rambut bermasalah seperti kering, gugur, terlalu berminyak, kusam, bercabang, kelemumur dan kasar juga boleh dirawat dengan aloe vera.
Hanya dengan menggosok gel lidah buaya pada kulit kepala yang telah dicuci dan membalutkannya selama semalaman sebelum dibasuh pada keesokan harinya, rambut akan menjadi lembut, lebat, mudah diurus dan bebas masalah. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, lakukan rawatan ini sebanyak dua atau tiga kali seminggu.
 

Boleh minum jus aloe vera?

Ramai yang tidak tahu, kita boleh minum jus aloe vera untuk kecantikan juga. Tonton video di bawah untuk membuat jus sendiri.

 

Senarai produk aloe vera

Buat yang ingin mencuba khasiat lidah buaya, usah risau. Tidak sukar untuk mendapatkan produk berasaskan aloe vera di negara kita. Kesemua produk yang ini boleh diperoleh di farmasi, pasar raya mahupun online dengan mudah pada harga berpatutan.
Antara produk gel lidah buaya yang mudah didapati di Malaysia ialah seperti berikut:

  1. 92% Aloe Vera Soothing Gel (Nature Republic)
  2. Jeju Aloe Fresh 99% Soothing Moisture Gel (The Face Shop)
  3. HERBION NATURALS Anti Hairfall Aloe Vera Shampoo
  4. Sutra A’Vera Feminine Care
  5. Sutra A’Vera Purify + Hydrates Antioxidant Facial Cleanser
  6. Aloe Vera 100% Gel (Fruit of Earth)
  7. Aloe Vera Gel (Guardian)
  8. Aloe 99% Soothing Gel (Holika Holika)
  9. FOREVER LIVING Authentic Aloe Vera Jojoba Shampoo
  10. ORGANIA 95% Aloe Vera Hair Shampoo
  11. SAFI Bio-Nutrix Shampoo with Aloe Vera
  12. Maida Muslimah Aloe Vera Shampoo
  13. Franch Bouncy Aloe Vera for Intensive Moisture Shampoo
  14. FOREVER LIVING Aloe Vera Gel

 

Akhir kalam

Kebaikan lidah buaya
Jadi, apa tunggu lagi, tukarlah produk penjagaan kulit dan rutin penjagaan harian anda kepada aloe vera hari ini dan nikmati keberkesanannya.
Jangan hanya mahu kulit cantik. Jemput baca cara putihkan gigi kuning juga.
Semoga bermanfaat.