7 Sebab Kenapa Perempuan Kuat Marah (Kadang-kadang, Dia Pun Tak Sedar)

Kenapa perempuan kuat marah

Kalau kau perempuan, kau kena mengaku perkara ini. Memang selalu, tiba-tiba dari mulut kau yang comel dan mungil itu, keluar suara petir; dan laju macam peluru.
Ya, mungkin kau tak sengaja marah pasangan kau. Jangan risau, orang lelaki memang sudah maklum dan faham tentang perkara ini.
Kalau kau lelaki, apa lagi kau boleh buat? Lawan?
Lebih baik jangan. Kau tadah sahaja telinga. Mohon izin untuk kongsikan sebab kenapa perempuan kuat  marah. Semoga ada sedikit pencerahan.
Sila teruskan membaca tentang kenapa perempuan kuat marah, iaitu ‘angry‘ dalam Bahasa Inggeris.
 

Perempuan marah sebab sayang

Kalau tak sayang, dia akan buat tak peduli. Ikut sukalah mahu buat apa.
Kalau dia betul-betul sayang, dia akan ambil berat tentang diri kau. Selalunya sebab kau tak pandai jaga diri kau. Perempuan bukanlah spesis yang mementingkan diri (ada juga yang pentingkan diri, tapi tak semua).
Perempuan akan pastikan pasangan dia menjalani kehidupan yang terbaik. Ingatlah, dia marah, itu tandanya dia sayang.
 

Perempuan marah sebab mengandung

Asyik marah, marah, marah. Macam tak ada benda lain. Ya, memang begitulah kalau hamil.
Lebih-lebih lagi pada trimester pertama. Artikel dari BabyCenter pun cakap tentang perkara yang sama. Mood memang tidak stabil.
Si suami, jangan terlalu ambil hati bila isteri jadi begini. Layankan dulu, bukankah dia mengandungkan anak kita bersama?
 

Perempuan marah sebab ‘period’

Hormon tak stabil? Mungkin.
Mood swing memang lain macam, susah mahu kawal. Mula-mula nampak elok, tapi tiba-tiba marah. Kau rasa?
Ini namanya PMS, iaitu Premenstrual syndrome. Memang normal. Seorang pakar sakit puan, dan felo dari American College of Obstetricians and Gynecologists, Carol Livoti, MD berkata “Kamu akan tahu, emosi turun naik ini adalah disebabkan oleh PMS jika ia bermula seminggu hingga ke dua minggu sebelum datang haid; dan rasa marah-marah dan emosi itu berhenti sejurus selepas habis haid; iaitu pada hari pertama atau kedua”.
Kini, kau sudah tahu jawapannya.
 

Perempuan marah sebab penat

Yang masih bujang, sila hadam ini baik-baik.
Kalau dah berkahwin, bekerja dan ada anak-anak, cuba kau bayangkan betapa penatnya hidup sebagai seorang perempuan, isteri dan ibu. Bangun awal, siapkan sarapan, siapkan anak-anak, buat kerja di pejabat, balik jalan sesak dan sampai rumah kena masak lagi.
Malam mahu buat kerja-kerja rumah, layan anak-anak, layan suami lagi.
Kalau dia marah, itu logik. Kau jangan ambil hati.
 

Perempuan marah sebab suami tak tolong

Lagi sekali, bagi yang bakal mendirikan rumahtangga, baca ini baik-baik.
Seperti penerangan sebelum ini, perempuan marah sebab penat. Tapi sebenarnya, itu hanya salah satu dari sebab musabab dia marah.
Lagi dia marah ialah apabila suami tidak mahu tolong. Buat tidak tahu.
Sudahlah penat, buat kerja rumah bersendirian – sedangkan si suami sedang hore-hore main telefon.
 

Geram dengan suami, marahkan anak

Ini selalu berlaku akibat pendam terlalu lama. Anak-anak yang jadi mangsa. Siap ada yang kena cubit dan kena pukul. Sampai merah-merah anggota badan anak.
Ramai lelaki tak dapat tangkap perkara ini. Bila perempuan sudah mula tinggi suara pada anak (walaupun selalunya dia tidak begitu); itu tandanya dia sedang marah suami.
Pandai-pandailah berdiplomasi.
 

Sindir menantu, marahkan anak sendiri

Ini selalu selalu terjadi pada menantu perempuan. Mak mertua memang selalu ada kes dengan menantu perempuan.
Selalunya ia berlaku apabila kes menantu perempuan dikatakan menghasut. Jadi, si ibu kandung (mak si suami) akan marah anak lelaki dia.
Jadi, apa penyelesaian?
Kalau kau seorang menantu perempuan, kau kena bagi hint ini pada suami kau. Kau kena beritahu suami kau, supaya jaga hati mak dia. Jelaskan perkara sebenar. Jangan sampai bergaduh besar.
 

Akhir kalam

Sekarang, sudah ada sedikit idea kenapa perempuan kuat marah?
Ingat, hati-hati bila perempuan penat. Mula-mula dia akan membebel penat. Lama-lama, bila sudah terlalu penat, dia akan tawar hati dengan pasangan. Dalam hidupnya, semua kerja dia akan mula buat sendiri.
Penat? Hadap sahajalah.
Bila marah, berpada-padalah. Jangan marah tak bertempat, sampai menggigil dan sampai menjelir lidah macam kerasukan syaitan. Lebih afdal, ambil wuduk untuk redakan kemarahan.
Marahlah untuk kebaikan, dan bukan marah untuk menutupi kesalahan.
Layari The Berkat untuk lebih perkongsian tentang kehidupan.
 
[yasr_overall_rating size=”medium”]