Sakit Pinggang: Ini Penyebab dan Cara Mengatasi Sakit Kiri & Kanan

Penyebab sakit pinggang

Jika anda duduk terlalu lama, ia boleh menyebabkan munculnya rasa sakit pinggang. Keadaan ini pastinya mendatangkan ketidakselesaan kepada individu yang mengalami masalah ini. Jadi apakah penyebab sakit pinggang dan bagaimana untuk mengatasi sakit pinggang yang kadang-kadang menyusahkan kita untuk bergerak ke sana sini?

Apa itu sakit pinggang?

Sakit pinggang adalah satu masalah biasa yang sering dihadapi oleh kebanyakan individu. Dalam Bahasa Inggeris, ia dipanggil hip pain. Jarang orang panggil hip ache. Ada yang rasa sakit sebelah kiri, dan ada juga yang rasa sakit sebelah kanan. Tidak kurang juga, ada yang sakit pinggang di bahagian belakang.

Secara umumnya, terdapat serangkaian otot dan ligamen pada belakang badan anda yang memegang tulang-tulang belakang supaya ia berada dalam keadaan betul. Anda boleh mencederakan otot-otot ini apabila meregangkannya secara berlebihan. Keadaan ini boleh menyebabkan koyakan pada tisu otot.

Akibat kecederaan tersebut, otot kemudiannya menjadi lemah, oleh itu, ia mungkin tidak dapat memegang tulang-tulang belakang anda di tempat dengan betul. Tulang belakang menjadi kurang stabil dan akan mengakibatkan sakit pinggang.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh baca di WebMD.

Penyebab Sakit Pinggang

Terdapat beberapa punca dan penyebab yang menyebabkan wujudnya masalah sakit pinggang. Ia mungkin disebabkan oleh masalah pada bahagian tulang, otot, organ-organ pada bahagian tersebut, kecederaan ataupun masalah berkaitan saraf.

Masalah tulang

Sakit pinggang yang berlaku disebabkan oleh masalah tulang selalunya terjadi pada tengah-tengah bahagian belakang. Antara penyebab masalah ini adalah patah tulang belakang (Spondilolisis), patah tulang rusuk, kebengkokkan tulang belakang sebelah tepi (Scoliosis), kebengkokkan tulang belakang ke bawah (Kyphosis), degenerasi cakera intervertebral (Spondilosis), kemampatan cakera intervertebral dan kegelongsoran tulang belakang (Spondilolithesis)

Masalah otot

Sakit pinggang yang disebabkan oleh masalah otot dipanggil ‘Lumbago’. Antara penyebabnya adalah oleh otot belakang yang terseliuh dan ketegangan otot belakang.

Masalah organ

Rasa sakit pinggang yang disebabkan oleh masalah organ di bahagian tersebut dibezakan mengikut lokasi sakit pinggang tersebut, sama ada di bahagian sebelah kanan atau di bahagian sebelah kiri.

  • Sakit pinggang belakang sebelah kanan boleh terjadi disebabkan masalah hempedu seperti infeksi, ataupun obstruksi ke asid hempedu. Ia juga boleh berlaku disebabkan masalah buah pinggang seperti jangkitan, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya.
  • Sakit pinggang belakang sebelah kiri boleh dialami jika mengalami masalah buah pinggang seperti infeksi, batu karang, autoimun, barah buah pinggang dan sebagainya.

Bagi individu wanita yang mengalami rasa sakit pinggang, ia boleh disebabkan oleh masalah berkaitan rahim dan juga ovari. Masalah seperti fibroid juga boleh menyebabkan sakit pinggang.

Trauma

Sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh trauma ke bahagian belakang yang boleh mencederakan mana-mana organ, tulang ataupun otot. Trauma dalam kes ini adalah disebabkan dimaksudkan oleh kejadian seperti kemalangan atau terjatuh.

Rasa sakit pinggang juga boleh berlaku disebabkan oleh masalah saraf seperti ‘sciatica’ .

Tanda sakit pinggang

Antara simptom yang mungkin akan anda lalui apabila anda mengalami sakit pinggang adalah seperti masalah tidur, rasa sakit pinggang mungkin akan menjalar ke bahagian kaki, paha, punggung dan juga ke perut, anda mungkin tidak dapat membengkokkan badan dan tidak dapat meregangkan badan.

Selain itu, anda juga cenderung untuk berasa sakit apabila berdiri dengan tegak, kemerahan kulit di bahagian belakang, bengkak di bahagian belakang dan masalah kelengkungan tulang belakang.

Rasa sakit yang anda alami ini mungkin akan berterusan selama 10 hingga 14 hari. Tetapi terdapat kemungkinan wujud gejala atau simptom yang mungkin mewujudkan kebimbangan kepada anda, anda di nasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.

Cara mengatasi sakit pinggang

Rawatan untuk mengatasi masalah sakit pinggang adalah berdasarkan puncanya.

Rehat secukupnya

Umumnya, rawatan yang disyorkan untuk masalah sakit pinggang adalah untuk berehat secukupnya. Ini kerana badan anda memerlukan masa untuk merawat dirinya sendiri. Dengan mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya, masalah kesakitan pada bahagian pinggang anda boleh dikurangkan dengan drastik.

Ubat tahan sakit

Seandainya masalah sakit pinggang anda menjadi semakin serius dan kronik, anda amatlah disarankan untuk mendapatkan rawatan doktor untuk diberikan ubat tahan sakit yang bersesuaian dengan keadaan anda. Terdapat beberapa pilihan ubat seperti Ibuprofen, Naproxen, dan asid Mephenamic. Malah Paracetamol juga berkesan untuk merawat sakit pinggang.

Guna ais

Pemampat atau tekanan ais dan panas boleh digunakan untuk mengurangkan rasa sakit pinggang. Pemampat ais akan mengurangkan penghantaran impuls sakit dan mampatan panas boleh mengurangkan rasa sengal pada otot-otot pada belakang badan. Tekanan panas atau ais ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Tukar tilam

Jika anda mengalami rasa sakit yang disebabkan oleh masalah otot, anda mungkin boleh mengurangkan rasa sakit tersebut dengan menukar tilam anda. Gunakan tilam yang tebal dan rata. Ia dipercayai boleh mengurangkan rasa sakit pinggang dan juga sakit punggung. Malah terdapat juga tilam yang direka khusus untuk mengurangkan rasa sakit belakang.

Tukar kasut

Pemilihan kasut juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan rasa sakit belakang. Sebaiknya pakailah kasut yang mempunyai lapisan yang tebal pada tumit untuk mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan mengurangkan kesakitan.

Tukar gaya hidup

Perubahan gaya hidup dengan melakukan aktiviti fizikal dan bersenam secara tetap juga dapat menguatkan otot-otot belakang dan dalam masa yang sama dipercayai dapat membantu memperbaiki posisi otot belakang. Selain itu, senaman juga dapat menguatkan tulang punggung anda.

Urut badan (atau chiropractor)

Urutan tradisional ataupun kiropraktor boleh membantu meluruskan dan memulihkan sebarang bahagian yang terseliuh. Dikatakan akupuntur juga dapat menolong untuk merawat masalah sakit pinggang dan sakit punggung.

Terdapat masalah sakit pinggang mungkin berpunca daripada masalah tulang seperti tulang patah mungkin memerlukan pembedahan dan perlu memakai acuan plaster.

Akhir kalam

Untuk makluman, semua cadangan rawatan adalah berdasarkan penyebab sakit pinggang tersebut. Untuk mendapatkan rawatan yang lebih tepat, sebaiknya anda perlu mendapatkan perbincangan dan rawatan daripada doktor bagi kepastian rawatan yang sesuai dengan anda.

Sakit pinggang adalah satu masalah normal yang mungkin dihadapi oleh setiap individu tanpa mengira usia. Orang tua, lelaki dan wanita adalah golongan yang selalu mengalami masalah ini. Namun, tak semestinya yang muda juga tidak kena. Satu lagi kes ialah, orang hamil atau mengandung juga mengalami masalah sakit pinggang ini.

Yang penting, jangan memandang remeh kesakitan yang dihadapi, kerana ia mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih serius.

Jemput juga baca tentang pantang larang gout yang mungkin ada antara anda yang mengalaminya.

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • salahlaku tidak hadir kerja sprm
  • contoh sijil untuk pelajar praktikal
  • doa panjang selepas sholat
  • contoh caver tebaik
  • CONTOH SURAT MANASIK HAJI

5+ Punca Kencing Tak Lawas (Untuk Lelaki, Bukan Ibu Hamil)

Punca kencing tak lawas

Anda terasa ingin membuang air kecil walaupun baru beberapa minit melakukannya? Atau anda sering berulang-alik ke tandas, gara-gara sentiasa berasa ingin kencing? Adakah ini satu penyakit? Atau mungkinkah ini adalah salah satu punca kencing tak lawas yang membahayakan?
Untuk yang tidak tahu, dalam terma perubatan (medical term) dan dalam Bahasa Inggeris, kencing tak lawas dipanggil Urinary Symptom. Juga dipanggil Urinary Tract Infection (UTI), seperti dalam MedicalNewsToday; dan Bladder Infection, seperti yang digunakan oleh MayoClinic.
Sememangnya, jika anda memang jenis yang selalu berulang-alik ke tandas, anda sebenarnya sedang mengalami masalah kencing tak lawas di mana seseorang itu merasakan air kencingnya masih ada walaupun baru seketika membuang air kecil. 
Malah ada kalanya terdapat air kencing yang meleleh keluar meskipun pesakit tidak berada di dalam tandas kerana mereka tidak mampu mengawal pengeluarannya.
Mengapa?
 

Punca kencing tak lawas

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya masalah kencing tak lawas dalam kalangan masyarakat kita.
Yang paling selalu mengalami masalah ini ialah lelaki. Biasanya, ia akan berlanjutan sehingga boleh kena sakit gout. Namun, ibu hamil juga mungkin mengalami kencing tak lawas.
Antara tanda dan penyebab kencing tak lawas (kecuali ibu hamil) ialah:
 

Ada sakit batu karang

Batu karang yang berlaku di pundi kencing akan menyebabkan pesakit mengalami kesakitan ketika buang air kencing selain air kencing berdarah.
Malah pesakit juga akan mengalami kencing tak lawas kerana kewujudan batu tersebut akan merangsang reseptor di dalam pundi kencing dan membuatkan mereka sering berasa seolah-olah masih terdapat air kencing dalam pundi kencing sedangkan yang ada hanyalah batu sahaja.
Ramai orang tak tahu yang dia sebenarnya menghidapi penyakit batu karang, yang memerlukan pembedahan. Cepat-cepat jumpa doktor untuk mengesahkan perkara ini.

 

Menghidapi kanser prostat (kanser pundi kencing)

Saiz prostat akan membesar dan menghimpit saluran air kencing akibat kanser prostat. Keadaan tersebut bukan sahaja akan menyebabkan pesakit sukar untuk membuang air kencing tetapi turut menyebabkan rasa tidak puas walaupun telah membuang air kencing.
Manakala penghidap kanser pada pundi kencing pula akan mengalami pendarahan dalam pundi kencing. Darah yang terlalu banyak akan membeku di dalam pundi kencing dan mengakibatkan penyumbatan pada saluran air kencing.

 

Menghidapi Benign Prostatic Hyperplasia

Benign Prostatic Hyperplasia berlaku apabila struktur prostat di bahagian saluran air kencing membesar dan menghimpit saluran air kencing.
Prostat yang berfungsi untuk merembeskan semen ke dalam air mani boleh membengkak apabila umur seseorang lelaki kian meningkat.
Pembengkakan yang terlalu besar akan menghimpit saluran air kencing sehingga menyebabkan air kencing sukar untuk dibuang. Kondisi tersebut memaksa pesakit untuk meneran bagi mengeluarkan air kencing.
 

Penyakit kencing manis

Penghasilan air kencing semakin meningkat dalam kalangan pesakit kencing manis yang memiliki          gula tidak terkawal.
Gula yang berlebihan akan masuk ke dalam air kencing dan menyebabkan ia pekat.
Kepekatan air kencing akan menarik air dalam tubuh untuk masuk ke dalam air kencing sehingga membuatkan pesakit kencing lebih kerap kerana isipadu air kencing yang dihasilkan adalah lebih banyak dan menyebabkan perasan kencing tidak lawas oleh pesakit.
 

Masalah saraf

Masalah saraf seperti slipped disc, multiple sclerosis, sindrom cauda equine dan kecederaan pada tulang belakang boleh mengganggu fungsi kawalan air kencing.
 

Masalah kencing kotor

Manakala kencing kotor yang berpunca daripada jangkitan kuman pada tempat buang air kencing pula akan menyebabkan rangsangan pada pundi kencing dan saluran air kencing.
Situasi itu akan menyebabkan pesakit rasa seolah-olah masih terdapat air kencing lagi di dalam pundi kencing. Hakikatnya apa yang dirasai oleh pesakit hanyalah rangsangan akibat jangkitan kuman.
 

Cara mengatasi kencing tak lawas

Kaedah paling berkesan untuk mengatasi masalah kencing tak lawas adalah dengan mengenalpasti punca sebenar berlakunya penyakit tersebut. Proses penyembuhan akan berlangsung dengan lebih lancar jika rawatan yang diambil bertepatan dengan punca yang mengakibatkannya. 
Ada juga yang menggunakan supplement seperti Shaklee dan lain-lain. Namun, kami tidak akan komen tentang keberkesanannya kerana kami tidak pernah mencuba.
Berikut ialah antara cara mengatasi kencing tak lawas.
 

Rawatan batu karang

Batu karang bersaiz kecil boleh dipecahkan dengan menggunakan potassium citrate. Ubat tersebut berupaya untuk mengalkalikan air kencing dan menjadikan struktur batu karang lebih rapuh dan mudah pecah.
Usah gusar, jika batu karang tidak boleh dirawat menggunakan potassium citrate. Anda boleh menghancurkannya menerusi laser khas. Bagi batu karang bersaiz besar pula pembedahan akan dilakukan bagi mengeluarkannya.
 

Merawat prostat

Masalah bengkak kelenjar prostat atau Benign Prostatic Hyperplasia boleh diatasi menerusi penggunaan beberapa jenis ubat.
Ubat-ubatan ini terbukti dapat mengecilkan atau mengecutkan saiz prostat. Ia boleh diperolehi daripada bahagian pembedahan (surgical department) di hospital dan pengambilannya perlu dipantau oleh doktor memandangkan ia mungkin mendatangkan kesan sampingan ke atas pesakit.
Namun, jika saiz prostat terlalu besar, biopsi akan dilakukan kerana dikhuatiri mengalami kanser. Pembedahan membuang prostat perlu dilakukan jika terbukti ia dijangkiti kanser bagimengelakkannya merebak ke bahagian tubuh yang lain.
 

Antibiotik

Pengambilan antibiotik diperlukan bagi mengatasi masalah jangkitan kuman pada saluran kencing.
Doktor akan memberikan ubat bagi mengalkalikan air kencing untuk menghalang pembiakan bakteria memandangkan kebanyakan bakteria tidak dapat membiak dalam kawasan yang beralkali.
 

Petua tradisional

Selain rawatan perubatan, kencing tak lawas juga boleh diatasi menerusi kaedah dan petua tradisional yang diakui berkesan sejak turun temurun.
Antaranya, dengan menggunakan daun sirih. Pesakit perlu merebus beberapa helai daun sirih sehingga mendidih dan meminumnya sebanyak dua kali sekali.
Pesakit juga boleh meminum air rebusan barli bagi melegakan kesakitan yang dialami akibat kencing tidak lawas.
 

 Akhir kalam

Kencing tak lawas
Jika terdapat tanda-tanda awal yang kencing anda tak lawas, cepat-cepatlah berjumpa doktor. Jangan selalu sangat menahan kencing kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Bimbang akan jadi penyakit yang lain  pula.
Kami doakan anda yang sedang membaca artikel ini, sihat walafiat sentiasa. Sekiranya sudah bebas dari sakit kencing tak lawas, mudah-mudahan mudah untuk menunaikan solat dan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • doa kencing tak kawad
  • ubat yang berkesan untuk kencing tak lawas