10+ Tips Pilih Insurans Takaful Yang Bagus (Terbaik & Ada Medical Card)

Insurans takaful yang bagus

Etiqa, Great Eastern, Prudential BSN, Zurich, Takaful Malaysia, Takaful Ikhlas atau AIA? Mana satu pelan perlindungan  insurans takaful terbaik? Persoalan ini pastinya pernah berlegar di fikiran sehingga menyukarkan anda untuk membuat pilihan. Lebih teruk lagi, ada yang memilih untuk tidak mengambilnya kerana tidak tahu pelan apa yang terbaik dan mengapa ia begitu penting buat mereka. Maka, izinkan kami untuk berkongsi tips pilih insurans takaful yang bagus, dan ada yang mempunyai medical card sekali.
 

Perlukah insurans takaful?

Insurans takaful yang bagus
Sebelum itu, apa pun yang berlegar di fikiran, singkirkan semua alasan itu. Pelan perlindungan insurans wajib anda miliki demi kesenangan dan keselesaan masa depan.
Justeru, adalah penting untuk anda memilih pelan insurans takaful dan medical card yang benar-benar bersesuaian dengan keperluan anda. Pelan terbaik adalah pelan yang melindungi manfaat dan risiko yang diingini dalam jumlah perlindungan mengikut keperluan individu pada harga yang mampu bayar.
Siapa penentu dalam memilih insurans takaful?
Ini adalah kajian oleh Mohamed Sherif dan Nor Azlina Shaairi, pada tahun 2013 dalam jurnal yang bertajuk “Determinants of demand on family Takaful in Malaysia“, yang diterbitkan dalam Journal of Islamic Accounting and Business Research.
Hasil kajian ini mendapati bahawa pendapatan, pembangunan perbankan Islam, pendidikan, nisbah kebergantungan dan faktor penduduk Islam adalah berkait rapat secara positif berkaitan permintaan takaful. Sebaliknya, inflasi, kadar faedah sebenar, pembangunan kewangan dan jangkaan jangka hayat menjadi faktor penting yang mempengaruhi penggunaan keseluruhan penggunaan Takaful keluarga.
 

Panduan pilih insurans takaful yang bagus

Dengan mengetahui panduan yang betul, anda akan menikmati penjimatan berganda walaupun membuat komitmen baru dengan syarikat yang menawarkan pelan insurans terbaik buat anda.

Ketahui keperluan

Setiap orang mempunyai keperluan jumlah pelindungan yang berbeza. Persatuan Insurans Hayat Malaysia menyatakan jumlah perlindungan yang disarankan untuk setiap individu adalah 10 kali ganda daripada pendapatan tahunan mereka.
Dengan jumlah itu, jumlah pampasan yang diterima dapat menampung perbelanjaan untuk tempoh 10 tahun. Jadi untuk mendapatkan produk perlindungan insurans takaful terbaik, kira jumlah perlindungan yang diperlukan dan berbincanglah dengan ejen insurans takaful nanti.
 

Pilih manfaat

Pilih pelan yang dapat melindungi kesemua manfaat asas walaupun tiada satu pelan pun yang mampu melindungi kesemua manfaat asas secara serentak dalam satu pelan.
Sebagai contoh, untuk melindungi aset, anda perlu mengambil pelan insurans takaful am. Untuk manfaat kematian atau, kecacatan atau kesihatan pula, anda perlu mengambil pelan insurans takaful hayat atau keluarga.
Bukan satu masalah untuk mengambil pelan insurans takaful yang berlainan asalkan kesemua manfaat asas dilindungi. Tetapi, pada masa yang sama, jangan sampai berlebih-lebihan sehingga terlebih perlindungan (over-insured) dan melebihi kemampuan diri untuk membayar.
 

Fahami ciri-ciri pelan

Syarikat takaful di Malaysia menawarkan pelbagai pelan perlindungan insurans. Kebanyakan pelan mempunyai asas yang sama dengan sedikit perbezaan bagi menonjolkan pelan mereka.
Justeru, fahami setiap pelan yang ditawarkan bagi memudahkan anda memilih pelan perlindungan insurans takaful terbaik.
 

Jumlah bayaran

Jumlah bayaran dipengaruhi oleh umur, jumlah perlindungan, manfaat yang dilindungi dan status kesihatan. Jumlah perlindungan yang tinggi dengan kepelbagaian manfaat memerlukan bayaran yang tinggi.
Jadi adalah penting untuk anda mengenalpasti keperluan diri dan menyesuaikannya dengan bajet. Paling penting, jangan sampai membebankan diri.
 

Buat perbandingan

Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan untuk memilih perlindungan insurans yang terbaik untuk anda dan keluarga.
Terdapat pelbagai pilihan pelan perlindungan insurans takaful, teliti  dan buat perbandingan kadar premium serta manfaat insurans  daripada beberapa syarikat insurans. Pastikan anda membuat perbandingan di antara polisi yang sama kerana tidak semua polisi memiliki faedah yang serupa.
 

Tanya ejen insurans takaful

Sebaik-baiknya, dapatkan bantuan ejen yang boleh bertindak sebagai penasihat kewangan bukannya jurujual semata-mata.
Usaha untuk mendapatkan pelan perlindungan insurans takaful terbaik bergantung kepada bantuan ejen insurans takaful pilihan anda.
Jangan pilih ejen ‘Chipsmore’ yang hanya muncul ketika ingin anda mengambil pelan yang mereka tawarkan dan hilang semasa anda memerlukan pendapat serta nasihat mereka.
Paling penting, pastikan anda mendapatkan khidmat rundingan daripada ejen yang sah.
 

Fahami terma & syarat

Amatlah penting untuk anda membaca dan memahami keseluruhan skop perlindungan, terma dan syarat yang tertulis dalam perjanjian perlindungan insurans.
Pastikan anda memahami semua peruntukan dalam polisi yang ingin anda beli. Jangan hanya membuat pembayaran tetapi keliru dan tidak tahu dengan kandungan pelan pelindungan insurans takaful yang diambil. Situasi itu bukan hanya akan merugikan faedah yang bakal anda perolehi tetapi ia juga mempengaruhi perancangan kewangan anda.
 

Baca polisi

Anda mempunyai masa selama 15 hari untuk membaca dan meneliti kandungan polisi selepas menerimanya.
Oleh itu, gunakan peluang tersebut untuk memahami seluruh kandungan polisi dan memastikan ia benar-benar bersesuaian dengan anda. Selain itu, semak tarikh insurans anda mula berkuat kuasa. Tarikh tersebut mungkin berbeza daripada tarikh polisi itu dikeluarkan oleh syarikat insurans.
 

Senarai medical card takaful yang terbaik

Kami tidak jual apa-apa. Kami hanya senaraikan sahaja pelan takaful berserta medical card yang terbaik untuk orang Malaysia.
Sila cari dan hubungi syarikat atau ejen terlebih dahulu, sebelum membuat keputusan. Jangan buat keputusan terburu-buru.
 

AIA: A-Life Medik Famili

A-Life Medik Famili adalah kad perubatan yang berpatutan dengan perlindungan komprehensif dan tiada had seumur hidup. Dengan RM150 sahaja, anda boleh melindungi diri sendiri dan orang tersayang anda sehingga berumur 100 tahun.
 

Takaful Malaysia: myClick MediCare

Anda boleh dapatkan perlindungan perubatan terbaik dengan mudah, apabila anda mempunyai pelan perlindungan Takaful Malaysia, yang permohonannya boleh dibuat secara talian ini.
Takaful myClick MediCare menawarkan manfaat perubatan yang komprehensif di hujung jari anda. Bukan sahaja boleh membuat permohonan atas talian, anda juga boleh uruskan pelan perubatan anda secara online bila-bila masa; dan di mana-mana sahaja.
 

Takaful Malaysia: myHealth Protector

Anda boleh terima liputan menyeluruh dengan pilihan sehingga 8 pelan perubatan yang berpatutan untuk dipilih. Tiada ‘co-takaful’ dan boleh dapatkan kembali wang tunai sebanyak 15% pada premium anda.
Bagi yang tidak tahu, ‘co-insuran’ atau ‘co-takaful’ adalah bermaksud perkongsian kerugian bersama antara pemegang polisi dan syarikat takaful. Setiap syarikat takaful yang menyediakan medical card mempunyai pelbagai jenis ‘co-takaful’ atau ‘co-payment insurance’.
Contohnya, anda dikehendaki membayar 10% dari kos rawatan dan selebihnya akan ditanggung oleh syarikat takaful.
 

Takaful Ikhlas: Individual Medical Secure Takaful Rider

Plean ini akan membayar balik semua perbelanjaan kemasukan ke hospital, pembedahan dan rawatan kepada peserta Takaful.
 

Zurich: Takaful Medica2015

Dapatkan pakej yang mempunyai liputan dan manfaat yang lebih baik. Selain itu, jangan terlalu risau anda tidak dilindungi.
Terdapat pelbagai pelan dalam produk ini yang membolehkan anda memilih premium dan perlindungan yang sesuai dengan anda tanpa berbelanja besar setiap bulan.
 

Prudential BSN: Takaful HealthEnrich Vital

Anda boleh nikmati hidup sihat dengan perlindungan perubatan di 70 hospital panel seluruh Malaysia. Apabila gaji semakin tingi, dan gaya hidup anda berubah, anda akan diberi kelonggaran untuk mengubah dasar takaful anda untuk memenuhi semua keperluan anda.
Ada juga pelan lain seperti Prudential BSN Takaful HealthEnrich Select, Prudential BSN Takaful HealthEnrich Advanced dan Prudential BSN Takaful HealthEnrich Premium. Setiap satu mempunya pelan dan harga yang berlainan.
 

Etiqa Elite Takaful Medic Rider

Takaful ini mahu anda sihat semula anda bukannya bil hospital yang tinggi, yang anda perlu bayar.
Etiqa akan uruskan segala benda yang leceh, dari kemasukan dan ‘discharge‘ dari hospital, sehingga anda sembuh sepenuhnya.
 

Great Eastern: i-Great Harapan Plus

Masih belum terlambat untuk dapatkan perlindungan. Anda boleh dapatkan peluang untuk melindungi diri anda daripada yang tidak dijangka dan membantu meringankan beban kewangan orang tersayang anda dengan proses permohonan yang mudah.
Mohon sahaja i-Great Harapan Plus, dijamin akan diterima. Now Everyone Can Get Coverage!
 

Akhir kalam

Medical card yang terbaik
Hidup manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai risiko seperti kematian, kemalangan dan penyakit. Ketiadaan insurans akan menyukarkan anda dan keluarga untuk meneruskan kehidupan jika berhadapan dengan situasi tersebut. Pastikan baca betul-betul dalam mencari medical card takaful yang terbaik untuk diri sendiri, pasangan dan anak-anak.
Pelan perlindungan insurans takaful menyediakan bantuan kewangan yang dapat menggantikan sumber pendapatan yang terjejas.
Buatlah pilihan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing. Semoga dipermudahkan urusan untuk memilih dan membeli insurans takaful. Kalau anda ada kenderaan, baca juga tips dapatkan insurans kereta yang murah dan terbaik.
Semoga bermanfaat..
 

Carian dari Google:

  • INSURANS TERBAIK
  • insurans yang bagus
  • insurans terbaik untuk anak
  • kad insurans yang bagus
  • polisi insurans terbaik di malaysia
  • syarikat insurans motosikal takaful
  • tips ambil insurans