5+ Cara Cepat Naik Pangkat (Tanpa Sailang Kawan & Bodek Boss)

Cara cepat naik pangkat

Naik pangkat, biasanya akan naik gaji. Dan lagi, ‘power‘ akan bertambah. Ramai orang akan lebih hormat kita. Tapi tidaklah semudah yang disangka. Tak perlu sampai aniaya atau sailang orang lain. Tak perlu sampai kipas dan bodek boss untuk naik pangkat. Ini namanya strategi. Tak perlu buat guna tiket ‘time based’, asyik buat semakan naik pangkat atau tunggu pekeliling, sebab kita layak dan boleh berdiri atas kebolehan diri sendiri. Bukan naik pangkat sebab umur, bukan sebab telah beberapa tahun berkhidmat. Maka, izinkan kami berkongsi cara cepat naik pangkat yang betul-betul suci.
Mari baca cara cepat naik pangkat yang mudah ini:

Buat kerja tanpa boss suruh

Buat dia teruja. Biar sampai dia kata dalam hati, “Bagus budak ni, aku tak suruh lagi pun dia dah buat”. Kena ingat, siapa lagi yang berkuasa untuk naikkan pangkat kita kalau bukan boss kita?
Perkongsian dari The Muse, kita mesti mudahkan kerja-kerja boss kita. Sehingga, sampai satu tahap, boss itu ada atau tidak, ia tidak lagi jadi isu. Tidak relevan, kerana kita boleh buat kerja-kerja dia.
Mesti pandai main permainan ini, tahu cara mengambil hati boss tanpa nampak berpura-pura.
 

Buat baik dengan boss kita punya boss

Tentu sekali boss kita ada boss juga. Dia pun ada KPI dia juga. Bila kita buat baik dengan boss kita punya boss, secara tak langsung, rekomendasi akan hadir tanpa dipinta.
 

Jika boleh, pilih boss

Kalau kita diberikan pilihan, pilihkan ketua yang kita yakin dia bagus. Pemimpin yang bagus akan memberikan peluang pada anak buahnya. Selalunya, anak buah akan ‘grow’ dalan karier jika disokong oleh boss yang begini.
Bukan jenis boss yang suka memaki hamun dan jenis tidak mahu kita pergi jauh. Elakkan selagi boleh.
 

Tolong rakan sekerja

Ini bukanlah cara cepat naik pangkat yang betul-betul cepat. Ia ambil masa. Tolong pula bukan kerana mahukan balasan.
Dan perlu diingatkan, bukan tolong kawan yang asyik nak pergunakan kita. Tolong kawan yang betul-betul tidak tahu macam mana nak buat tugasan yang diberi. Ingat masa kita belajar di sekolah dan universiti dulu? Lagi banyak kita ajar orang, lagi banyak ilmu kita dapat.
Sama konsepnya semasa kita bekerja. Lagi banyak kita tolong orang buat kerja, lagi banyak kita bantu, lagi banyak rezeki akan datang pada kita.
 

Buat kerja yang orang lain tak mahu buat

Gila? Kerja dah banyak, lagi mahu tambah lagi kerja?
Relaks, anggap ini satu ‘challenge‘. pasti ada perkara yang boss ada beritahu secara rambang, tetapi semua buat muka tidak tahu. Malas mahu ambil peduli. Biarlah, boss pandai-pandai selesaikan sendiri.
Ini mentaliti primitif. Hanya fikirkan diri sendiri.
Benar, kerja kita jadi banyak. Hidup kita tidak terurus kerana sibuk buat perkara yang baru dan kita sendiri tidak pernah tahu.
Namun, di sebalik keberanian ini, akan hadir satu pengalaman dan secara tidak langsung penghormatan dari banyak pihak.
 

Naik pangkat dengan tanpa politik pejabat dan gossip

Tak perlu join makcik dan pakcik bawang yang ada di pejabat. Fokus pada kerja kita sahaja. Biarlah orang kata kita kera sumbang. Kita tahu, kita ada tugas yang penting dan mahukan yang terbaik untuk syarikat kita.
 

Berdoa dimurahkan rezeki, naik pangkat

Jangan ambil ringan. Kerja-kerja juga, solat jangan lupa. Agama jangan tinggal.
Setiap kali selepas solat, selitkan doa agar kita sentiasa dimurahkan rezeki. Agar sentiasa kerja-kerja kita dianggap sebagai ibadah dan diredhai Allah.
Jika ada kesempatan, solat Dhuha jangan tinggalkan. Jadikan ia amalan. Sebelum mulakan kerja, singgah surau pejabat sebentar untuk 2 rakaat solat Dhuha.
 

Tiada beza, kerajaan atau swasta

Tidak kisah anda kerja di sektor kerajaan atau swasta, tips ini boleh digunakan. Contohnya, jika kita seorang cikgu di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), seorang jururawat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM), atau sekadar kerani di syarikat swasta, pemilihan boss itu sangat penting.
Lihat semula butiran nombor 1-3 di atas. Perlu diingatkan, janganlah pula selalu ambil cuti palsu, tapi masih berharap untuk naik pangkat. Ubahlah dulu sikap.

Berbalik pada diri sendiri

Ya, proses kenaikan pangkat atas tiket ‘time based‘ itu masih ada di sektor kerajaan. Itu ‘by default‘. Namun di sektor swasta, jarang yang ada kelebihan begini. Masih lagi terletak pada sikap dan pembawaan diri sendiri.
Tidak ada beza. Untuk ‘get promoted’ iaitu istilah naik pangkat dalam Bahasa Inggeris, kita mesti ada kelainan dari rakan sekerja yang lain. Paling penting, jangan buat sesuatu yang buruk, sebagai satu cara cepat naik pangkat. Memburukkan orang lain tidak akan menjadikan kita lebih baik.
Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.