10+ Cara Putihkan Gigi Kuning (Guna Petua Tradisional & Kaedah Moden)

Cara putihkan gigi kuning

Senyuman menjadi satu persona setiap insan. Bonus untuk anda jika mempunyai baris gigi yang cantik dan putih berseri. Sebab itulah ramai orang cari cara putihkan gigi yang tidak berapa nak putih. Ada pula yang sanggup berbelanja besar dengan membeli produk putihkan gigi. Hanya supaya tiada lagi gigi kuning dan nampak berharap agar nampak putih berseri-seri.
Gigi mempunyai liang seperti kulit atau span. Apa-apa sahaja benda berwarna yang anda masukkan dalam mulut akan diserap ke liang ini.
Kopi, teh, beri hitam dan tabiat merokok merupakan ejen penting yang mengaktifkan kekotoran pada gigi.
Lama-kelamaan, warna asli gigi bertukar menjadi kekuningan kesan kotoran langsung tersebut. Ia tidak akan hilang kecuali anda rajin menghilangkannya.

Cara putihkan gigi (Guna petua tradisional, secara semulajadi)

Berikut kami senaraikan apa yang boleh anda lakukan untuk dapatkan gigi yang putih berseri!

Guna arang

Satu rahsia orang lama mengilat dan memutihkan gigi ialah dengan menggunakan arang. Buktinya, pada masa kini, bahan tersebut turut digunakan dalam pembuatan ubat gigi kerana kandungan kalium hidroksidanya yang membersih.
Caranya, ambil arang atau kayu arang, tumbuk halus dan simpan dalam bekas bersih. Gosokkan pada gigi setiap pagi selama 2-3 minit. Tetapi anda juga perlu berhati-hati kerana penggunaan arang boleh merosakkan gigi.

Guna kayu sugi

Cara ini sudah lama digunakan umat Islam terdahulu serta menjadi sunnah Rasulullah SAW.  Kayu sugi juga mampu memperkuatkan gigi, menghilangkan kotoran yang melekat pada gigi sekali gus menjadikan gigi putih bersinar.
Bonus jika menggunakan cara ini, ia senang dibawa ke mana saja.

Biji asam

Sama seperti arang, petua menggunakan biji asam popular kalangan nenek moyang kita. Caranya ambil biji asam dan sangai (goreng tanpa minyak) hingga kehitaman.
Setelah sejuk, tumbuk halus dan serbuknya kita sapu pada gigi. Amalkan sekerap mungkin.

Lemon dan garam

Dua bahan ini agak terkenal dengan fungsinya yang pelbagai. Juga bermanfaat untuk mencerah dan memutihkan gigi, kesegaran pada lemon dan kuasa garam yang ‘membersih’ juga dapat mengawal bau nafas.
Campurkan jus lemon ke dalam garam dan kacau hingga larut. Jadikannya seperti ubat gigi dan gosok seperti biasa. Namun diingatkan, jangan amal selalu kerana ia boleh menghakis enamel gigi. Anda juga boleh menggantikan lemon dengan limau nipis.

Kulit limau atau kulit oren

Siapa sangka, sisa buangan dapur ini juga berkesan merawat masalah gigi kuning. Gosok kulit limau secara teratur pada setiap hari. Bagaimanapun, diingatkan, kepada anda yang menghidapi masalah gigi sensitif agar berwaspda kerana ia boleh memudaratkan gigi kerana kandungan vitamin C yang tinggi pada kulit limau.

Guna strawberi

Si kecil molek ini juga tidak kurang hebatnya menjadikan gigi anda putih bersinar. Kisar buah ini dan jadikannya seperti pes dan gosok pada gigi anda. Atau paling mudah, makan saja buah ini lebih kerap! Tidak hanya strawberi, epal dan saderi juga berkesan memutihkan gigi.

Soda bikarbonat

Bahan ini boleh menghilangkan plak dan memutihkan gigi. Ambil satu sudu soda bikarbonat dan campur dengan ubat gigi anda. Gosok dan bilas seperti biasa. Awas, jangan amalkan selalu kerana ia boleh menghakis enamel gigi.

Cara putihkan gigi (Rawatan alternatif, guna kaedah moden)

Rawatan alternatif ini sedikit-sebanyak boleh membantu, sebagai salah satu cara putihkan gigi. Terutama sekali pada orang yang mempunyai duit lebih, dan mahukan kesan yang cepat.

Rawatan laser

Paling pantas berkuasa memutihkan gigi! Bahan kimia untuk pemutihan gigi akan bertindak balas dengan laser yang dipancar mengeluarkan radikal oksigen bebas bagi memutihkan gigi setelah pigmen di dalam permukaan gigi dileraikan.
Namun kos penggunaan laser dalam rawatan rutin adalah lebih tinggi berbanding rawatan pergigian konvensional. Namun, apa salahnya laburkan sedikit wang untuk hasil yang luar biasa.

Jalur pemutihan

Jalur pemutihan komersial yang anda beli sama ada di klinik pergigian atau farmasi adalah usaha awal memulakan proses pemutihan gigi jika anda tidak mempunyai wang ketika mempertimbangkan rawatan ditawarkan doktor gigi anda.
Kaedah ini berkesan dan berfungsi dengan pantas, bergantung pada jenis jalur yang anda beli.  Jalur dilekatkan pada gigi atas dan bawah dan dikeluarkan selepas bahan kimia pelunturannya beroperasi.

Gel tray

Gel tray yang mengandungi karbamid peroksida juga beroperasi dengan cara sama seperti jalur pemutihan kecuali ia dipasang terus mengikut acuan gigi.
Ia dipakai untuk tempoh masa, biasanya dari beberapa jam sehari setiap hari pada waktu malam sehingga empat minggu dan lebih lama (bergantung kepada tahap perubahan warna dan tahap pemutihan yang diingini).
Ingat, jika tidak pasti, dapatkan konsultasi dari doktor gigi terlebih dahulu.

Gunakan ubat gigi khas

Kalau kurang rajin, gunakan ubat gigi!
Semua ubat gigi membantu menghilangkan kotoran permukaan. Sesetengah ubat gigi pemutihan mengandungi penggilap lembut atau agen kimia yang memberikan keberkesanan penyingkiran kotoran tambahan.
Bagaimanapun, kaedah ini hanya  boleh membantu menghilangkan kotoran permukaan sahaja dan tidak mengandungi peluntur. Jadi masa yang diambil untuk melihat hasilnya adalah agak lama.

Akhir kalam

Anda mahu guna cara putihkan gigi dengan petua tradisional atau rawatan alternatif, tepuk dada tanya poket.  Pilihan semestinya di tangan anda.
Terpulang kepada tekad anda untuk kelihatan cantik. Pendek kata, jangan malas! Namun, jika anda berduit, terpulang samada sangup berbelanja semata-mata untuk putihkan gigi.
Akhir sekali, bagi yang rajin baca dalam Bahasa Inggeris, boleh baca rahsia putihkan gigi di WebMD. Jika mahukan lagi petua, boleh baca petua hilangkan bau ketiak pula.
Semoga bermanfaat.