5 Cara Pujuk Perempuan Merajuk (Dan Tawar Hati, Tapi Tak Janji Menjadi)

Cara pujuk perempuan merajuk

Ternyata memahami karakter dan pemikiran perempuan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Namun, untuk para lelaki di luar sana, usah bimbang dan keliru tentang cara-cara menambat hati pasangan yang merajuk.
Izinkan kami di The Berkat kongsikan cara-cara yang awesome dijamin mampu melenyapkan rajuk si dia kesayangan hati anda tu!
Kalau perempuan merajuk, boleh cuba cara pujuk perempuan merajuk yang di bawah ini. Cuma kalau perempuan tawar hati, kami tak janji, tak gerenti ia menjadi. Boleh cuba dulu.

Perempuan suka kena puji

Kadangkala bila pasangan mula bermasam muka, mungkin ada terdetik di hati anda “Dia ni asyik merajuk jee”. Namun, jangan begitu; tepis dan elakkan perasaan negatif sebegitu ya!
Jangan disebabkan perkara kecil seperti rajukan si dia membuatkan anda terlupa segala kebaikan yang dimilikinya.
Sebaliknya, pujuklah pasangan anda dengan cara memberi pujian tentang apa jua yang anda suka padanya. Ingatlah kembali kenapa anda suka pada pasangan di awal perkenalan dahulu.
Berikan pujian seperti pandai memasak, mempunyai senyuman manis atau apa-apa sahaja yang ikhlas dari hati anda, dan percayalah si dia pasti akan tersenyum ceria.
 

Perempuan suka lelaki yang ambil berat

Tunjuk empati anda dan cuba selami perasaan pasangan anda, dengan cara bertanyakan apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu.
Bercakap dan berbincanglah dalam nada lembut agar tidak mewujudkan pergaduhan baru pula. Jika anda ada sebarang teguran, simpan dahulu apa yang ingin dilontarkan.
Buang terus perasaan untuk menang. Mengalah tidak bermaksud kalah. Tenang dan dengarlah apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
 

Perempuan suka ‘surprise’

Apa kata sekali-sekala buatlah kejutan kepada orang yang tersayang. Bawalah si dia ke tempat istimewa, lakukan aktiviti yang disukainya atau apa-apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakannya.
Mungkin pada mulanya, si dia akan menolak atau masih bermasam muka dek kerana ego yang menggunung. Namun, percayalah rajuk pasangan anda akan sedikit demi sedikit berkurangan apabila anda menunjukkan kesungguhan untuk menambat hatinya.
 

Perempuan suka makan sedap-sedap

Kalau sudah berkahwin, janganlah asyik makan di rumah sahaja. Bawalah dia makan di luar sekali-sekala. Perempuan juga mahukan kelainan, tidaklah terlalu stereotaip.
Kalau sudah selalu dengan KFC atau Mc Donalds, sesekali pergilah Nandos atau Kenny Rogers pula.
 

Perempuan suka lelaki yang kelakar

Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan pasangan tertawa kan?
Jadi apa kata, ketika pasangan diam seribu bahasa dan mula menarik muka masam, cuba anda buatkan si dia tertawa dengan gurauan dan usikan manja.
Mana tahu, gurau senda anda mampu menceriakan suasana dan membuatkan si dia tersenyum?
 

Akhir kalam

Cubalah cara pujuk perempuan yang kami kongsikan ini. Buatlah apa sahaja yang boleh buat si perempuan kembali ceria seperti sediakala. Jangan biarkan dia terus tawar hati dan menangis kerana lelaki.
Dua-dua ceria, hidup pun lebih tenang!

Carian dari Google:

  • ayat nak pujuk perempuan tawar hati
  • cara pujuk perempuan yang tawar hati
  • cara nak pujuk orang dah tawar hati
  • memujuk wanita tawar hati
  • ayat pujuk kekasih merajuk english
  • cara cara nak mengambil orang yang dah tawar hati
  • cara memujuk perempuan yang sedang marah
  • cara nak ambil hati perempuan yang dah tawar hati
  • cara nak pujuk perempuan merajuk
  • cara nak pujuk perempuan yang marah