6 Contoh Surat Perletakan Jawatan dalam Bahasa Melayu (Terkini 2019)

Contoh surat perletakan jawatan

Jangan keliru. Surat perletakan jawatan boleh melibatkan dua situasi:
1 – Surat letak jawatan yang berkaitan dengan kerja (yang ada gaji).
Contohnya seperti ingin meletakkan jawatan sebagai pengawal keselamatan, guru / cikgu, penjawat awam, cashier, cleaner dan lain-lain lagi.
Secara amnya, surat letak jawatan yang bergaji, juga dipanggil surat berhenti kerja atau surat resign kerja. Boleh klik di pautan untuk template dan contoh yang simple.
Kedua-dua versi ada, dalam surat berhenti kerja dalam Bahasa Melayu dan juga surat berhenti kerja dalam Bahasa Inggeris.
Kami akan senaraikan juga beberapa contoh di bawah ini.
2 – Surat letak jawatan yang berkaitan dengan tugas (yang tiada gaji).
Contohnya seperti ingin meletakkan jawatan sebagai pengawas sekolah, penolong kanan sekolah, pengerusi persatuan.
Contoh lain seperti ahli jawatankuasa persatuan penduduk, setiausaha, AJK kelab, AJK surau, AJK masjid, warden asrama, ahli UMNO dan lain-lain lagi.
Jadi, dalam perkongsian ini, kami akan kongsikan juga, beberapa contoh surat perletakan jawatan yang tidak bergaji di bawah ini.

Contoh surat perletakan jawatan (ADA GAJI)

Contoh surat perletakan jawatan (Notis sebulan)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis sebulan atau 30 hari.
Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adakah notis sebulan dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
 
Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
 
Tuan/Puan,
PERLETAKAN JAWATAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>
 

  1.    Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru di tempat lain.

 

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.

 

  1.     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak syarikat.

Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>
 

Contoh surat perletakan jawatan (Notis 2 bulan)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis 2 bulan.
Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adakah notis 2 bulan dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti. Jika tidak pasti, rujuk dulu dengan pihak HR.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
 
Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
 
Tuan/Puan,
PERLETAKAN JAWATAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>
 

  1.    Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru di tempat lain.

 

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.

 

  1.     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak syarikat.

Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Contoh surat perletakan jawatan (Notis 24 jam)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis 24 jam.
Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adakah notis 24 jam dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
 
Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
 
Tuan/Puan,
PERLETAKAN JAWATAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>
 

  1.    Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru di tempat lain.

 

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.

 

  1.     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak syarikat kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan pihak syarikat.

Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>
 

Contoh surat perletakan jawatan (Serta merta)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja serta merta. Mungkin anda sudah tidak tahan sangat dengan karenah ofis dan perangai boss yang selalu Whatsapp tidak kira masa.
Jika tiada lagi jalan penyelesaian, boleh gunakan contoh ini. Tidak perlu guna ayat bombastic untuk menyatakan alasan. Cukup sekadar menyatakan notis ingin berhenti kerja serta-merta.
Tulis dengan ringkas, padat dan simple.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
 
Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
 
Tuan/Puan,
PERLETAKAN JAWATAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  serta merta.
 

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.

 

  1.     Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>
 

Contoh surat perletakan jawatan (TIADA GAJI)

Contoh surat perletakan jawatan pengawas

 
<Nama Pelajar>
<Alamat Rumah>
 
Tarikh :  <Tarikh>
 
<Nama Guru Pengawas>
<Alamat Sekolah>
 
Tuan / Puan,
PERLETAKAN JAWATAN PENGAWAS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pelajar> dari kelas <Nama Kelas> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya sebagai seorang pengawas berkuatkuasa <Tarikh akhir bertugas>
 

  1.    Untuk makluman pihak Tuan, perletakan jawatan ini disebabkan saya tidak mampu untuk memikul tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan sempurna.

 

  1. Oleh kerana saya juga tidak mampu menjalankan tanggungjawab seperti yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah, saya bimbang ia akan mencemarkan nama sekolah dan organisasi pengawas khususnya.

 

  1.     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan di atas peluang ini.

Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
……………………………………………
<Nama Pelajar>
<Nama Kelas>

 

Contoh surat perletakan jawatan pengerusi JKKK

 
<Nama Pengerusi>
<Alamat Rumah>
 
Tarikh :  <Tarikh>
 
<Nama Ketua Kampung>
<Alamat Pejabat JKKK>
 
Tuan,
PERLETAKAN JAWATAN PENGERUSI

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pengerusi> , nombor kad pengenalan <Nombor IC> dari <Alamat Rumah> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya sebagai seorang pengawas berkuatkuasa <Tarikh akhir bertugas>
 

  1.    Untuk makluman pihak Tuan, perletakan jawatan ini disebabkan . . . . <alasan yang munasabah> faktor usia dan kesibukan saya menjalankan perniagaan runcit. 

 

  1. Saya bimbang tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya. Dalam masa yang sama, saya juga berpendapat kita perlu memberi peluang kepada golongan muda yang lebih aktif, bertenaga, berwawasan dan mempunyai lebih banyak idea.

 

  1.     Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tuan di atas peluang ini.

Sekian, terima kasih.
 
Yang benar,
 
……………………………………………
<Nama Pengerusi>
<Alamat Rumah>

 

Akhir kalam

Walau apa-pun alasan kita, letaklah jawatan dengan cara baik. Jangan keluar begitu sahaja kerana ia akan menjejaskan reputasi kita.
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • surat perletakan jawatan
  • contoh surat perletakan jawatan
  • surat letak jawatan
  • contoh surat perletakan jawatan kerja
  • surat perletakan jawatan pengawas sekolah
  • contoh surat letak jawatan PIBG
  • contoh surat letak jawatan
  • SURAT PENARIKAN LETAK JAWATAN
  • surat perletakan jawatan contoh
  • surat letak ajawatan warden asrama