10+ Tanda Lelaki Sayang Kita Dalam Diam (Tapi Tetap Ego, Tak Mengaku)

Tanda lelaki sayang kita dalam diam

Tentu ada yang ada pengalaman macam ini. Si suami sayang pada isteri, tapi tak pernah nak beritahu. Berat sangat mulut dia, macam ada emas.
Walaupun begitu, jauh di sudut hati seorang lelaki, dia memang sayang.
Apakah antara tanda lelaki sayang kita dalam diam? Agak sukar juga persoalan ini kerana selalunya lelaki sayang tapi tak tunjuk. Masih menebal lagi egonya, dan tetap tidak mahu kata “I love you”tetapi tetap setia.
Untuk yang sudah berkahwin, tengok semula pada suami, masih ada lagi tak perangai ini. Yang belum lagi berkahwin, cuba cari-cari sifat ini.
Izinkan kami berkongsi.

Bila bersama kita, dia selalu senyum

Setiap saat bersama si perempuan bertuah, itulah saat yang menggembirakan dia. Rasa seronok bila berada di samping kita, dan kita pun rasa begitu juga.
 

Dia hormat keluarga mertua (atau bakal mertua)

Kalau berkahwin dengan si perempuan, itu maknanya si lelaki perlu berkahwin dengan keluarganya sekali. Mana boleh ambil anak sahaja, dan tinggalkan keluarga.
Namun, tidak bagi lelaki yang sayang kita. Dia selesa dengan keluarganya dan keluarga kita.
 

Dia kenalkan semua kawan baik dia

Ini jenis lelaki yang tidak berselindung. Dia suka perkenalkan teman rapat dia pada kita tanpa segan silu. Dia mahu semua orang kenal siapa kita. Jika ada apa-apa masalah, kita boleh sahaja berurusan dengan kawan-kawan dia.
 

Dia mendengar setiap bicara kita

Bukan setakat mendengar sahaja. Si lelaki ini mendengar dengan penuh minat dan semangat. Segala apa yang keluar dari mulut kita, adalah halwa telinga dia.
Ini petanda dia ambil berat tentang kita.
 

Dia suka bercerita tentang masa depan

Bukan masa depan politik negara kita. Namun ia lebih kepada masa depan dia bersama kita. Walaupun cuma angan-angan, dia merancang dengan penuh semangat.
Lelaki yang sayang kita tidak akan menjanjikan bulan dan bintang. Dia akan betul-betul berusaha untuk menggapai impian itu.
 

Dia suka buat kita ketawa

Pada lelaki ini, kegembiraan kita adalah kegembiraan dia juga. Dia suka dengar kita gelak sebab ia boleh menceriakan hari dia. Senyuman kita pada dia, adalah hadiah terindah untuk bekalan dia di tempat kerja.
 

Dia selalu puji kita

Lumrah bagi seorang wanita, mereka suka dipuji. Si lelaki ini memang tidak lekang di mulut dia, sentiasa positif dan memberikan kita kata-kata perangsang setiap hari.
Cuma, jangan nampak sampai pujian itu berlebihan. Ia akan jelas nampak seperti dibuat-buat.
 

Dia mesej kita tak kira masa

Memang ada jenis lelaki yang suka ignore perempuan dan jenis lambat balas mesej. Sebaliknya, masih wujud lagi spesis satu lagi yang asyik ingin melaporkan aktiviti harian dia dengan kita.
Lelaki yang sayang kita akan nampak macam angau dengan kita. Harap-harap, itu bukanlah hanya permulaan perkenalan sahaja. Semoga berterusan.
 

Dia selalu nasihatkan kita

Kawan yang baik ialah kawan yang sentiasa berterus terang dengan kita. Jika lelaki ini (atau apabila sudah berkahwin, naik taraf jadi suami), selalu peduli tentang kita dan nasihatkan kita tentang akhirat, bersyukurlah.
Bukan mudah untuk mencari lelaki yang sanggup mengingatkan kita tentang hal-hal dunia dan akhirat.
Cuma hati-hati, ada jenis penunggang agama yang hanya berlagak baik hanya untuk mengambil kesempatan.
 

Dia cemburu

Perlu diingat, ini bukanlah cemburu yang lebih-lebih. Sekadar cemburu untuk mengambil perhatian.
Jika kadang-kadang, ini masih lagi comel. Jika selalu, ia akan nampak annoying.
 

Dia beri kita ruang

Ini bermakna, lelaki yang begini ialah bukan lelaki yang memaksa. Dia memahami apa yang si perempuan ini mahu. Dia tahu, bila selalu sangat berjumpa, akan timbul rasa bosan.
Bimbang bila sudah rasa bosan, akan mula cari gaduh tentang hal yang entah apa-apa.
Lelaki ini juga jenis yang berikan kebebasan pada si perempuan, asalkan tidak melanggar batas.
 

Berusaha untuk halalkan hubungan

Sebenarnya, inilah yang sepatutnya jika kedua-duanya bujang dan dara. Buat apa sayang-sayang yang hanya akan membawa ke lembah maksiat. Lebih elok jika si lelaki ini berusaha gigih siang malam, semata-mata hanya mahu halalkan hubungan. Dia bukan jenis buang masa dengan hobi mahal dan membuat aktiviti tidak berfaedah.
 

Berusaha untuk kekalkan hubungan

Bagi lelaki yang sudah menjadi suami, dia jenis yang akan sentiasa beralah dengan isteri, demi mengekalkan hubungan harmoni. Mungkin ada sedikit rasa tawar hati, tapi dia abaikan sahaja. Dia tahu, hubungan rumah tangga, memang akan ada pasang surutnya.
Usahlah terlalu ambil hati, kelak akan merana diri.
 

Akhir kalam

Kini, anda sudah tahu beberapa tanda lelaki sayang kita dalam diam.
Apa yang boleh disimpulkan, sayang itu cukup subjektif. Ada jenis yang tidak meluahkan dengan kata-kata, tetapi lebih kepada dengan perbuatan. Ini bukannya salah, cuma ada jenis lelaki yang dibesarkan dengan suasana begini.
Dia bukan jenis lelaki merajuk yang ambil pendekatan diam membisu jika ada masalah dengan perempuan. Cuma dia tidak biasa untuk meluahkan rasa kasih sayang, walaupun sudah berkeluarga. Bukannya ego.
Satu sahaja, jangan terlalu ambil hati. Bersyukurlah jika ada pasangan yang ambil berat tentang kita.
 

Carian dari Google:

  • tanda lelaki juga suka kita
  • Tanda lelaki cinta tapi ego

10+ Tanda Lelaki Setia dan Jujur (Jenis Tak Curang, Tak Cemburu)

Tanda lelaki setia dan jujur

Orang kata, zaman sekarang cukup susah nak cari lelaki yang setia. Benarkah?
Kami kongsikan tanda lelaki setia yang anda boleh nilaikan sendiri.
 

Selalu mesej bertanya khabar

Dia teringatkan orang di sana. Dia risaukan anda yang jauh dari dia. Kalau suami, sampai-sampai pejabat sahaja, terus Whatsapp isteri kata sudah sampai. Begitu juga dengan isteri. Saling update diri masing-masing.
Cuma janganlah sweet masa mula-mula sahaja. Mula-mula sahaja beria, lepas itu buat tak tahu.
 

Handphone tiada password

Dia rela berkongsi telefon bimbit dia dengan anda. Nak tengok apa sahaja mesej, gambar malahan email, dia benarkan. Tak ada yang dia mahu sembunyikan.
Cuma janganlah buat dia pissed-off bila asyik ganggu mahu check telefon bimbit semasa dia mahu guna.
 

Dia bercerita tentang anda depan kawan-kawan

Bangga bila bercerita tentang anda depan kawan-kawan, tanpa rasa malu. Dia seronok dapat bersama-sama mengharungi kehidupan dengan anda.
Walaupun ada jenis kawan yang selalu usik jenis takut bini, dia cuma sengih dan ketawa.
 

Kawan-kawan dia, kita kenal

Bukanlah jenis mahu mengongkong, cuma kita kenal perangai dan sikap kawan-kawan dia. Tentu sekali kita boleh lihat latarbelakang kawan-kawan dia dari tutur bicara dan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
Jika kawan-kawan dia baik-baik, biarlah. Dia perlu masa bersama golongan dia juga.
 

Dia ‘happy’ berada di rumah

Pada suami, rumah itu adalah syurga bagi dia. Bukan di luar bersama kawan-kawan. Bukan di gelanggang futsal, bukan di kedai mamak dan bukan di tempat-tempat yang kita tak tahu elok atau tidak untuk yang sudah berstatus suami.
Jika keluar pun, hanya ke surau dan masjid.
Untung kalau dapat jenis begini. Sayang dia ketat-ketat.
Maaf yang masih bujang. Cuba jenguk-jenguk surau dan masjid pada waktu Subuh. Yang datang berjemaah, itulah calon terbaik.
Cuma jangan sampai tersambar suami orang.
 

Dia sanggup buat apa sahaja untuk anda

Mintalah apa sahaja, dia akan tunaikan. Cuma kata penyanyi Yuna dalam bait-bait lagu Terukir di Bintang, janganlah minta intan permata. Mahal, tak mampu.
Semuanya indah masa ini.
Tengok bila dah lama bersama; dan sudah beranak pinak.
 

Selalu tanya, “Nak makan apa?”

Ini tandanya dia caring dan concern tentang anda. Mula-mula akan nampak annoying sebab asyik tanya nak makan apa.
Buat isteri, ini tandanya suami seorang yang bertanggungjawab. Dia tak mahu menyusahkan isteri. Dia tidak mahu mood isteri bertukar mejadi Hulk apabila penat kerja, mahu masak lagi. Belum masuk lagi bab dapur yang perlu dibersihkan.
Sesekali, raikan masa bersama untuk makan di luar bersama-sama.
 

Si lelaki cerita semua rahsia dia

Tanda lelaki setia yang seterusnya ialah, dia tak kisah ceritakan rahsia diri dia.
Ada kisah silam dia yang berat untuk diceritakan pada orang yang tidak rapat. Sebaliknya dengan anda, tanpa selindung satu pun, dia sangat selesa bercerita.
Biasanya, kisah-kisah ini adalah yang memalukan dia. Kalau cerita pada orang lain, mesti diketawakan.
Cuma anda kenalah pandai-pandai buat simpati. Jangan ketawakan dia pula. Bimbang kecil hati.
 

Dia cerita tentang keluarga dia

Kisah adik-beradik dia, kisah mak ayah dia masa muda; dan kisah kucing dia pun dia cerita. Seronok dia berkongsi dengan anda. Ini mungkin salah satu tanda lelaki setia yang ramai orang tak perasan.
Orang yang hidup dalam keluarga yang harmoni, akan memimpin keluarga harmoni juga. Beruntung dalam seseorang yang nilai kekeluargaannya kuat.
Namun, tak semua lelaki begini. Ada yang hidup dalam depresi dan penuh dengan kisah hitam. Selalunya, dia tak ceritakan. Namun, bukan bermakna dia tak setia. Cuma belum masanya lagi.
Jangan merajuk bila si lelaki lebihkan keluarga dia. Bukankah itu lebih baik?
 

Makin lama, makin dekat dengan Allah

Inilah tahap tertinggi dalam sesuatu perhubungan. Jika ini berlaku, maka pilihan anda adalah pilihan yang terbaik. Barulah tanda lelaki sayang yang sebenar-benarnya.
Benar, kita bukanlah jenis suci yang tak pernah ada dosa. Namun tidak bermakna kita tidak boleh berkehendak untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.
Jika hubungan ini diperbaiki dan sama-sama dituntun ke jalan yang suci, pasti berakhir di jannah.
 

Akhir kalam

Setia itu adalah persepsi individu. Apa yang dia buat mungkin tak mengatakan dia seorang yang setia atau jujur. Tapi percayalah, jauh di sudut hati, ini adalah ciri-ciri lelaki yang baik.
Tanda lelaki setia anda sudah tahu. Mahu kami tambah pula tentang tanda lelaki sayang perempuan? Atau mahu tanda lelaki curang pula?
Kami rasa, tidak perlu lagi buat masa ini. Cukup untuk tanda lelaki setia dahulu buat masa ini.
Cuma perlu diingat, setia lelaki, janganlah kita percaya 100%. Simpanlah sedikit rasa curiga, bimbang-bimbang dia buat hal. Paling tidak, kita bersedia.
Kita tak akan pernah jangka, apa yang mungkin dan bakal berlaku.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian hati dan perhubungan.
[yasr_overall_rating size=”medium”]