Tips Melupakan Seseorang Yang Kita Sayang (Dengan Cepat & Mudah)

Tips melupakan seseorang

Mungkin ada yang sudah berkahwin, tetapi jodoh tidak lama. Bercerai dan bawa diri masing-masing. Malangnya masih belum dapat melupakan momen indah yang dicipta bersama. Maka pada kali ini, izinkan kami berkongsi tips melupakan seseorang yang kita sayang.

Selain itu juga, menjalinkan hubungan cinta atau berkasih sayang merupakan satu keinginan bagi setiap individu yang bergelar insan.

Pasti perempuan yang ramai hadapi perkara ini. Kerana apa? Selalunya kerana lelaki tak pandai luah perasaan.

Malah bagi setiap pasangan yang bercinta, pastinya mengharapkan hubungan tersebut akan berakhir ke ikatan perkahwinan dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Walau bagaimanapun, panas yang diharapkan sehingga ke petang, rupanya dilanda hujan di tengah hari.

 

Kisah cinta

Begitu juga dengan kisah percintaan yang indah sebelum berkahwin. Bukan semua kisah akan menerima penamat yang bahagia dan menggembirakan. Ada kisah yang berakhir dengan duka dan air mata.

Tetapi walau apa pun yang berlaku, kita sebagai seorang manusia, harus perlu terus melangkah untuk memulakan hidup baru. Jadi apakah cara yang perlu dilakukan bagi melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita?

Jika anda sedang mencari tips melupakan seseorang, mungkin anda boleh kuti perkongsian tip berikut. Kami tak kata ia mudah, cepat dan berkesan untuk semua orang. Ia bergantung kepada tahap kesedihan yang keupayaan untuk move on.

Apa-apa pun, cuba dulu.

 

Hadkan komunikasi dan pertemuan

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah untuk membuang nombor telefon, ‘block’ si dia di Facebook atau apa sahaja platform media sosial yang boleh membuatkan anda menghubungi si dia atau mengambil tahu sebarang perkembangan terbaru mengenai dirinya. Tabahkan diri anda supaya tidak kembali menghubungi si dia.

Ia bukanlah bermakna anda langsung tidak boleh berhubung dengan si dia. Cuma untuk tempoh-tempoh awal perpisahan, sebaiknya jarak dan hadkan interaksi antara anda berdua sehinggalah anda benar-benar yakin anda sudah berjaya ‘move on’. Seandainya si dia mencari anda, mungkin anda boleh katakan padanya yang anda memerlukan waktu untuk sendirian.

Jika anda bekerja satu tempat yang sama dengan si dia, pastinya keadaan akan menjadi lebih sukar. Jangan pula disebabkan perpisahan yang berlaku, anda ingin berhenti bekerja. Bukan senang untuk mencari pekerjaan baru pada masa sekarang. Sebab itulah sebenarnya kurang digalakkan untuk bercinta satu tempat kerja.

Namun, soal hati dan perasaan, siapalah kita untuk menghalangnya. Walau apa pun, cuba untuk bersikap profesional. Ia tidak mudah dan mungkin akan mengundang kesedihan setiap kali bertembung dengan si dia sama ada di ‘pantry’ mahupun ketika di dalam bilik mesyuarat. Tetapi anda harus kuat dan percaya pada diri anda boleh hadapinya.

 

Luangkan masa bersama keluarga, rakan dan diri sendiri

Setiap pasangan yang bercinta pastinya akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa bersama-sama. Tetapi sedarkah anda, ketika anda hangat bercinta itu, anda mungkin telah mengenepikan keluarga dan rakan baik anda yang selama ini sentiasa dengan anda? Malahan anda mungkin juga langsung tidak mempedulikan tentang keinginan diri anda untuk melakukan apa yang anda sukai dan gemari?

Jadi anggaplah perpisahan ini, walaupun menyedihkan, sebagai satu peluang untuk anda menebus kembali masa-masa yang anda tinggalkan untuk bersama keluarga dan rakan baik anda. Ajaklah keluarga anda untuk bercuti ke pusat peranginan atau sekadar meluangkan masa untuk makan beramai-ramai di restoran kegemaran anda sekeluarga. Anda mungkin boleh mengajak rakan baik anda untuk menonton wayang, bermain boling atau berkaraoke. Tidak kira apa yang anda ingin lakukan, sama ada bersama keluarga atau rakan baik anda, yang penting, anda hiburkan hati anda.

Atau mungkin anda boleh mencuba untuk melakukan sesuatu yang tidak pernah anda buat sebelum ini seperti panjat gunung ke, ‘scuba diving’ atau apa sahaja aktiviti yang boleh dilakukan secara berkumpulan dan boleh membuatkan anda menjadi sibuk serta tidak mempunyai masa untuk duduk termenung sambil fikiran teringat kisah lalu.

Kalau anda merasakan anda perlukan masa untuk bersendirian, anda mungkin boleh pergi bercuti untuk menenangkan fikiran tetapi ia tidaklah digalakkan jika anda berseorangan apatah lagi jika anda seorang wanita. Bahaya ada di mana-mana. Jadi sekiranya anda masih inginkan bersendirian untuk melupakan seseorang, mungkin anda boleh merehatkan fikiran dengan melakukan rawatan spa, memanjakan diri anda sendiri.

 

Dermakan hadiah dan pemberian

Tips melupakan seseorang yang penting ialah jauhkan pandangan dari segala barang dan benda yang ada kaitan dengan dia.

Pastinya sepanjang anda menjalinkan hubungan, anda menerima pelbagai hadiah dan pemberian daripada si dia. Agak mustahil jika anda tidak menerima sebarang pemberian selama anda bersama dengan si dia, waima sekeping kad ucapan sempena hari lahir anda.

Setiap pemberian yang diterima sudah tentu menjadi kesayangan anda, bukan? Tetapi sebaiknya, sebagai tip melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup anda, berikan hadiah dan pemberian daripada si dia kepada rakan. Elakkan memberi kepada ahli keluarga anda, kerana kebarangkalian anda untuk melihat hadiah itu kembali, adalah sangat tinggi dan semestinya ia hanya mengundang memori lama.

Seandainya anda terlalu sayang akan pemberian si dia, mungkin anda boleh untuk mengumpul segala pemberian tersebut di dalam sebuah kotak dan sorokkan ia di tempat yang jauh dari pandangan anda. Buat masa ini, ia adalah perkara yang paling perlu anda elakkan sehingga anda benar-benar yakin bahawa anda sudah ‘move on’.

 

Luahkan apa yang dirasai

Semakin anda pendam apa yang anda rasakan, semakin sukar untuk anda ‘melepaskan’ si dia. Jika anda sedang dalam ikhtiar untuk melupakan seseorang, dapatkan rakan baik atau ahli keluarga yang rapat dengan anda yang anda percayai dan luahkan kepada mereka tentang apa yang anda rasai.

Semestinya meluahkan dan berkongsi kepada individu yang anda percaya adalah lebih baik daripada anda berkongsi secara umum di sebarang platform media sosial. Elakkan dari membuat sebarang status di media sosial mengenai perpisahan yang anda lalui.

Jika anda merasakan perlu untuk menangis, menangislah. Tidak perlu menahan emosi anda. Air mata yang mengalir itu bukanlah lambang kelemahan tetapi ia adalah satu petanda anda sedang berusaha untuk kembali bangun.

 

Menjaga diri

Anda mungkin merasakan tip di atas kedengaran tidak munasabah. Tetapi tahukah anda kesihatan sebenarnya memainkan peranan penting untuk anda meneruskan kehidupan dan membantu anda melupakan seseorang?

Bayangkan seandainya anda tidak mengambil peduli mengenai kesihatan anda, pemakanan dan penjagaan diri, anda berisiko untuk sakit. Dan apabila anda berada dalam keadaan yang tidak stabil dari segi emosi, kesihatan dan fizikal, ia sebenarnya secara tidak langsung akan menyukarkan lagi situasi semasa anda yang sedang dalam usaha untuk melupakan si dia.

Jadi pastikan anda tetap menjaga tahap kesihatan diri anda fizikal dan mental serta tidak memandang remeh aspek pemakanan anda. Anda kekal sihat!

 

Menerima kenyataan

Move on lah. Buat apa masih tertunggu-tunggu.

Sudah tentu ini bukanlah satu tips melupakan seseorang yang mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sekali pun. Ia sememangnya lebih mudah untuk melafazkan daripada melakukannya. Tetapi walau bagaimanapun, anda perlu berusaha untuk menerima hakikat tentang apa yang telah berlaku walaupun ia sesuatu yang memeritkan.

Terimalah hakikat bahawa antara anda dan si dia mungkin tidak dijodohkan untuk bersama dan perpisahan adalah yang terbaik untuk anda berdua. Bina dan bawalah haluan baru. Tidak perlu dikenangkan sesuatu yang sudah berlalu.

Dalam Islam, kenala terima qada’ dan qadar yang telah ditetapkan.

 

Kuat dan yakin pada diri

Sesesungguhnya untuk melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan. Pastinya akan ada yang berkata, bercakap adalah lebih mudah daripada melaksanakannya. Tetapi seandainya anda tidak mencuba sekarang, sampai bila anda ingin membiarkan hidup anda terus diselubungi kesedihan akibat perpisahan yang berlaku?

 

Akhir kalam

Tips move on

Perpisahan sememangnya menyakitkan, sama ada bagi pihak yang meminta perpisahan atau pihak yang menerima perpisahan. Namun, percayalah, hujan tidak akan selamanya menimpa bumi.

Dan selepas hujan, pastinya akan muncul sinar baru yang akan membahagiakan diri anda. Setiap apa yang berlaku pastinya tersembunyi hikmah. Sentiasa berduka dan bersedih akan membuatkan anda tidak nampak kebahagiaan yang sedang menanti. Bersabar dan kuatkan diri anda untuk bangun kembali.

Andai anda pasangan suami isteri dan pasangan tak romantik, berusahalah untuk perbaiki hubungan. Kalau tidak lagi boleh bersama, anggaplah itu takdir. Cuma bacalah tentang cara untuk terus move on dari PsychologyToday jika masih lagi mengingati dia.

Yakin anda mampu melakukannya!

Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • cara untuk move on dengan crush