10+ Fakta Menarik Tentang Motor Ysuku V2 2019 (Yamaha Y15ZR)

Yamaha Y15ZR Ysuku

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai motosikal kapcai Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Yamaha Ysuku milik pelawak terkenal Shuib Sepahtu telah di ‘make over’ oleh isterinya yang juga merupakan seorang penyanyi, Siti Sarah Raisuddin. Nampak jelas di situ, Shuib memang ada ciri-ciri suami yang baik, sehinggakan isterinya sanggup buat apa sahaja.

Malu Apa Bossku

Tidak cukup dengan kisah viral artis, nama Yamaha Ysuku ini juga mula melonjak naik apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beraksi dengan dengan motosikal Y15ZR keluaran Yamaha, dengan slogan dipopularkan beliau, ‘Malu Apa Bossku’.
Mungkin ada yang kurang ambil tahu tentang Yamaha Ysuku ini. Berikut adalah beberapa fakta yang menarik tentang motosikal keluaran Yamaha ini.
 

Versi pertama, Ysuku V1

Versi pertama motosikal kapcai keluaran Yamaha ini dilancarkan untuk pasaran Malaysia sekitar tahun 2015.
 

Ada banyak edisi

Hadir dalam pelbagai jenis edisi, antaranya pada sekitar September 2015, Yamaha Y15ZR Edisi GP dilancarkan.
 

Sudah ada Ysuku V2

Manakala Yamaha Y15ZR V2 pula mula memasuki pasaran pada bulan Mac 2019.
 

Ada 4 warna menarik

Yamaha Y15ZR Warna Biru Yamaha Y15ZR Warna Cyan Yamaha Y15ZR Warna Kuning Yamaha Y15ZR Warna Merah
 
Versi kedua ini hadir dalam empat pilihan warna seperti Striking Cyan, Blazing Red, Storm Blue dan Dynamic Grey.
 

Untuk peminat Ultraman

Yamaha Y15ZR Edisi Ultraman dilancarkan pada Jun 2019 pada harga RM12,688.
 

Ada edisi terhad Movistar modified

Untuk nampak lain dari yang lain, edisi terhad ini tidak ada banyak beza dari segi enjin. Ia cuma dipakaikan dengan coverset baharu. Ada yang keluar tahun 2017 dan 2018.
 

Masih kategori kapcai

Merupakan motosikal kapcai kategori 150cc.
 

Gaya moden

Yamaha Y15ZR banyak menggunakan gaya moden dan mewarisi konsep rekaan model sports mereka yang lebih besar seperti R25 dan R1.
 

Tempat duduk rata

Yamaha Ysuku mempunyai tempat duduk yang lebih rata, tidak seperti kapcai biasa. Maka penunggang tidak perlu menahan kaki untuk mengelakkan dari menggelungsur ke hadapan.
 

Tempat duduk lebih selesa

Duduk di atas Y15ZR menjanjikan keselesaan bagi kedua-dua penunggang dan penumpang.
 

Ada 5 gear

Menawarkan transmisi 5-kelajuan dan enjin satu silinder 150cc SOHC (Single Over Head Cam).
 

Alternatif kepada Yamaha Ysuku

Bercerita mengenai motosikal kapcai ini, pastinya ia mempunyai saingan dalam kelompoknya yang tersendiri. Yamaha Y15ZR ini mempunyai saingan hebat dari tiga jenama motosikal besar yang lain.
Antara motosikal yang dikatakan seteru bagi Ysuku ini adalah seperti motosikal Honda RS150R, Benelli RFS150i dan SYM VF3i. di mana semua motosikal kapcai ini menggunakan ini yang berkapasiti 150cc kecuali SYM dengan enjin bersaiz 183cc.
 

Kenapa patut beli Ysuku?

Bagi yang masih lagi tercari-cari motor kapcai, anda harus tahu bahawa Ysuku tawar kuasa maksimum untuk sebuah jentera kecil.
Motosikal Ysuku mempunyai gaya yang tersendiri, di mana ia banyak menampilkan aspek rekaan gaya bersama sentuhan moden untuk menarik pembelinya.
 

Apa menarik dengan Ysuku V2?

Untuk versi kedua, Ysuku mendapat sentuhan yang berbeza khususnya pada bahagian lampu hadapan, yang menggunakan rekaan baru dan nyalaan LED. pada bahagian meternya pula, ia kini tampil dengan paparan LCD, yang membolehkan penunggang membaca maklumat tunggangan dengan lebih mudah dan jelas.
Bagi aspek mekanikal pula, Y15ZR V2, masih dengan SOHC penyejukan cecair 150 cc berkuasa 15.4 PS dan tork 13.8 Nm yang ditampilkan dengan transmisi 5-kelajuan.
 

Apa spec Ysuku V2?

Panjang pula jika mahu tulis di sini. Adalah lebih baik untuk rujuk di laman web Yamaha Motor yang rasmi di sini.
 

Review motor Ysuku di YouTube

Apa beza V2 dengan V1? Tonton video ini dari Rizz Studio

 

Berapa harga motor Ysuku?

Bagi Ysuku V2 ini, yang boleh dimiliki pada harga RM8,168, tidak termasuk cukai jalan dan yuran pendaftaran, pastinya merupakan satu yang masih mampu untuk dimiliki oleh mana-mana individu yang sedang mencari motosikal untuk kegunaan harian.
 

Ysuku sesuai untuk keluarga atau tidak?

Mengapa Ysuku dikatakan sesuai untuk keluarga?
Sebagai motosikal yang berkuasa 150cc, seperti yang dinyatakan di atas, ia sebuah motosikal yang sesuai untuk kegunaan harian.
Oleh kerana itu ia pastinya sesuai untuk kegunaan mereka yang berkeluarga, yang perlu menghantar dan mengambil anak dari sekolah, untuk kegunaan pergi kerja dan bersantai bersama keluarga.
Dengan tangki bersaiz 4.2 liter, ia bukan sahaja menjanjikan penjimatan daripada aspek penggunaan bahan api, tetapi ia juga pastinya amat ideal untuk digunakan dalam bandar yang seperti kita ketahui, tidak pernah dapat lari daripada kesesakan lalu lintas.
Keistimewaan Ysuku V2 ini, ia dilengkapi dengan ciri Answer Lock Key. Seringkali kita sering meletakkan motosikal di ruangan parkir yang sesak dengan motosikal lain dan ada masa kita terlupa di mana kita meletakkannya.
 

Akhir kalam

Jadi dengan ciri yang ditawarkan ini, anda hanya tekan sahaja butang dan alat penggeranya akan berbunyi. anda boleh mengetahui lokasi motosikal dengan lebih cepat.

Carian dari Google:

  • ysuku
  • motor ysuku
  • ysuku v2
  • yamaha ysuku
  • y15zr v2
  • yahama ysuku
  • foto - motor Yamaha ysuku dan harga com
  • ysuku motor
  • motosikal Ysuku
  • motor Y15ZR ysuku