10+ Tanda Lelaki Curang Dalam Diam (Skandal Dengan Perempuan Lain)


Duduk serumah, mahupun cinta jarak jauh, kalau mahu curang, curang juga. Tak banyak yang boleh kita buat.
Cuma sebelum itu, kita lihat dahulu, apakah antara tanda lelaki curang dalam diam yang boleh dikesan awal?
Macam mana mahu tahu dia ada perempuan simpanan? Adakah kerana perempuan cepat bosan dengan lelaki, maka dia curang?
Teruskan membaca.
 
 

Telefon ada password

Dia sudah mula berahsia. Dulu tak ada password, sekarang sudah ada. Whatsapp pun dia letak password juga.
Di sini, kita boleh lihat yang dia tidak percayakan kita. Sesekali, jika benar mahu menguji, cuba ambil dan buka sendiri.
Tengok dia menggelabah atau tidak.
 

Masuk tandas lama-lama

Kadang-kadang masuk lebih setengah jam. Macam tidak logik pula. Adakah sedang berak batu?
Atau dakah dia sedang bermesej dengan skandal? Atau sekadar main PUBG atau Mobile Legend?
Kalau mahu kepastian, cuba ketuk pintu tanda selang 30 saat. Mungkin dia akan respon.
 

Ada 2 kad sim

Satu untuk dia guna bersama kita, dan satu lagi untuk skandal yang dia ada affair.
Kita tak akan pernah tahu yang dia ada 2 sim card, melainkan kita nampak dia ada guna telefon lain yang kita tak kenal.
 

Simpan nama perempuan sebagai nama lelaki

Ini adalah cara untuk dia mengelakkan dari kita tahu identiti perempuan ketiga itu. Kalau letak nama lelaki, tentulah kita tidak akan tanya banyak. Lebih-lebih lagi kalau nama lelaki itu ialah kawan dia yang kita kenal.
Sesekali, cubalah baca mesej dari nama kawan lelaki itu.
 

Senyum dan tersengih sendirian semasa Whatsapp

Dengan kita susah betul mahu senyum. Sebaliknya, semasa bermesej bukan main lebar senyuman dia.
Bila perasan kita tengok dia, cepat-cepat tarik semula senyuman itu.
Sesekali, cuba jenguk telefon dia. Sergah dari belakang.
 

Kurang ‘bersama’

Hanya untuk suami isteri sahaja. Jika si suami sudah kurang mendatangi isteri, mungkin dia curang dan makan luar.
Tapi jangan cepat menduga. Tanya terlebih dahulu. Mungkin juga dia rasa malu kerana tidak lagi bertenaga seperti dulu. Mungkin suami tidak mahu bersama, itu tanda suami setia kerana tidak mahu melukakan hati isteri sendiri?
 

Kurang bersembang

Kalau bercakap pun, hanya tentang perkara-perkara penting. Bila masuk bab hati dan perasaan, dia akan cuba elak.
Kalau tanya, “Sayang saya lagi tak?”, dia akan tetap jawab “Sayang”. Cuma intonasinya sedikit berbeza.
 

Bercakap, tak mahu pandang mata kita

Inilah sifat orang bersalah. Dia tak mahu kita perasan akan kesalahan dia. Dia sedaya-upaya akan cuba melarikan diri dari kita.
Kalau berani, cuba tanya dia, sambil pandang tepat pada mata dia.
 

Tiba-tiba penampilan jadi smart

Dulu selekeh bukan main. Tak mahu pakai kemeja. Sekarang, kemeja pun siap gosok sendiri. Bila ditanya kenapa, dia jawab “Amboi, nak smart untuk awak pun tak boleh ke?”
 

Tiba-tiba sayang kita lebih-lebih

Ini sebenarnya satu cara untuk dia cover rasa bersalah. Apabila dia curang dan sayang orang lain, akan timbul rasa tidak selesa dan bersalah. Maka, dia akan buat perkara yang sama.
Semacam tidak percaya, dulu selalu ignore kita, tiba-tiba baik bukan main.
Ingin jaga hati katanya.
 

Deria keenam tidak pernah salah

Perempuan adalah gifted. Dia dapat rasa satu kelainan, tanpa perlu diberitahu.
Bila hati rasa tak sedap, tidak senang duduk, mungkin ada satu perkara yang tidak kena.
Inilah sixth sense. Percayalah, ia tidak pernah salah.
 

Akhir kalam

Kini anda sudah tahu beberapa tanda lelaki curang dalam diam. Walau bagaimanapun, tidak semua yang ditulis di atas adalah benar-benar menunjukkan dia seorang yang curang dengan pasangan.
Walaupun ada lelaki yang ego, asih banyak lelaki yang jujur dan setia di luar sana.
Jalan terbaik ialah berkomunikasi. Tanya. Barulah hidup bahagia.
Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang perhubungan.
 
[yasr_overall_rating size=”medium”]

Carian dari Google:

  • tanda lelaki curang
  • tanda lelaki curang cinta jarak jauh
  • cara nak tahu lelaki curang semasa jarak jauh
Sebarkan kebaikan
  • 618
    Shares

Leave a Comment