Kesihatan

5+ Tanda Tanda Awal Mengandung (Hamil Anak Lelaki atau Perempuan?)

Tanda tanda awal mengandung

Bagi para isteri yang baru saja mendirikan rumah tangga, anda mungkin tertanya-tanya akan tanda tanda awal mengandung dan kehamilan yang anda akan rasakan sekiranya anda hamil. Bagi yang belum lagi mengandung, mungkin perlu tahu cara kira waktu subur.

Bagi sesetengah wanita pula, tanda yang paling awal akan muncul ialah seawal beberapa minggu setelah persenyawaan pertama. Tanda-tanda yang disenaraikan bukanlah satu ujian muktamad bagi mengetahui samada anda mengandung atau tidak.

 

Tanda tanda awal mengandung

Jadi, di bawah kami senaraikan beberapa tanda awal kehamilan yang mungkin dialami dan dirasai oleh anda sebagai seorang ibu mengandung.

 

Tanda hamil #1: Lewat ‘period’

Berapa hari sepatutnya anda perlu tunggu? Sebenarnya, bergantung pada keadaan.

Banyak tanda-tanda awal kehamilan yang anda akan alami sewaktu sekitar masa haid anda. Sekiranya waktu haid anda lewat dalam masa 3 atau 4 hari, anda tidak perlu risau kerana ianya sangat normal.

Namun apabila kelewatan telah mencapai sehingga melebihi satu minggu, anda mungkin perlu menjalani ujian mengandung menggunakan alat atau melalui ujian di klinik.

Namun begitu, bukan semua kelewatan dalam haid menunjukkan bahawa anda mengandung kerana ianya bergantung kepada tahap perubahan berat, hormon dan tekanan dalam badan anda. Jalankan ujian mengandung bagi mendapatkan keputusan yang betul dan tepat.

Seperti kata MayoClinic, ini adalah salah satu tanda tanda awal mengandung yang klasik.

 

Tanda mengandung #2: Perubahan payudara

Anda mungkin sudah menjangkakan perubahan payudara anda semasa mengandung, dan bagi sesetengah wanita ini adalah salah satu daripada tanda-tanda awal kehamilan mereka. Tahap hormon anda berubah dan tidak menentu sepanjang kehamilan anda dan ini menyebabkan banyak perubahan dalam badan anda, termasuk ke atas saiz payudara anda.

Anda mungkin perasan bahawa payudara anda mungkin:

  • Bengkak
  • Menyakitkan
  • Sensitif
  • Berat
  • Kawasan areola menjadi gelap (kawasan sekitar puting)

Kesakitan payudara atau ketidakselesaan ini boleh menjadi satu masalah pada peringkat awal kehamilan, tetapi apabila hormon anda mula stabil, anda sudah boleh harapkan bahawa sebahagian besar daripada tanda-tanda ini akan berkurangan.

 

Tanda kehamilan #3: Pening dan mabuk

Tanda-tanda biasa yang sering dialami oleh wanita dalam menentukan kehamilan mereka adalah pening dan mabuk. Kebanyakan wanita akan kerap muntah dan hilang selera makan pada minggu awal kehamilan mereka. Namun begitu, pening dan mabuk tersebut akan hilang dengan sendirinya setelah hormon anda sudah stabil.

 

Tanda hamil #4: Mengidam pelik-pelik

Mengidam merupakan tanda kehamilan terkenal di seluruh dunia. Tak kiralah dimana, hampir setiap wanita hamil akan merasai situasi mengidam ini apabila mereka hamil.

Tanda ini bukanlah satu petanda tetap bagi semua wanita hamil. Ada yang merasainya lebih awal iaitu sekitar minggu awal kehamilan dan ada juga yang alaminya pada akhir-akhir minggu kehamilan. Ia bergantung kepada tahap perubahan hormon dalam badan anda.

Tanda hamil #5: Kerap ke tandas

Antara tanda kehamilan yang lain ialah seseorang itu akan selalu ke tandas untuk membuang air kecil. Apabila sudah masuk tandas, kadang-kadang tidak kencing pula.

Ini berlaku kerana dikatakan janin dalam kandungan “sedang menekan” pundi kencing ibu. Ini juga boleh berlaku disebabkan perubahan hormon.

 

Tanda tanda hamil mengikut jantina

Adakah tanda-tanda spesifik berkenaan dengan jantina bayi dalam kandungan anda?

Seiring dengan kemajuan teknologi, wanita yang hamil boleh mengetahui jantina bayi yang berada dalam kandungan mereka setelah beberapa bulan mengandung.

Sebelum ini, ramai wanita yang hamil kerap membuat andaian berkenaan jantina bayi mereka melalui tanda-tanda fizikal yang dialami oleh wanita yang hamil tersebut.

 

Tanda hamil anak lelaki

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Garis di Perut

Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis tersebut panjang ke bawah, anda akan mendapat anak lelaki.

  • Perubahan Personaliti

Sekiranya wanita tersebut berkelakuan kasar, mereka dikatakan akan mendapat bayi lelaki oleh kerana peningkatan tahap testosteron dalam badan mereka.

  • Mengidam Makanan Masam

Apabila anda sedang mengandungkan seorang anak lelaki, anda akan mengidam makanan yang masam yang masin sepanjang kehamilan anda.

 

Tanda hamil anak perempuan

Antara tanda-tandanya adalah:

  • Garis di Perut

Bagi wanita hamil, satu garis berwarna gelap akan muncul pada permukaan perut anda. Ianya dikatakan sekiranya garis itu pendek, anda akan mendapat anak perempuan.

  • Perubahan Personaliti

Sekiranya wanita tersebut berkelakuan lembut, mereka dikatakan akan mendapat bayi perempuan.

  • Mengidam Makanan Masam

Apabila anda sedang mengandungkan seorang anak perempuan, anda tidak akan mengidam makanan yang masam yang masin sepanjang kehamilan anda.

 

 

Akhir kalam

Kesimpulannya, walaupun hanya beberapa tanda yang telah disenaraikan di atas, terdapat banyak lagi tanda-tanda atau petua tradisional yang diikuti bagi mengetahui jantina bayi anda.

Namun begitu, petanda-petanda di atas tidak lah tetap dan jangan mengharapkannya semata-mata. Anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital bagi mengetahui jantina sebenar anak anda.

 

 

 

5+ Tanda Tanda Awal Mengandung (Hamil Anak Lelaki atau Perempuan?)
4.3 (85%) 4 votes

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top