10+ Tempat Menarik di Johor Yang Percuma (Percutian Bajet 2019)


Wujudkah tempat menarik di Johor yang percuma?
Jawapannya, ya. Masih banyak tempat percutian yang menarik di Johor yang sesuai untuk keluarga.
Jika anda bukanlah orang yang terlalu kaya hingga boleh masuk Legoland setiap cuti sekolah, boleh berkunjung ke tempat-tempat ini.
 

Tempat menarik di Johor yang percuma

Ada yang masih terfikir destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia? Apa kata anda singgah ke negeri Johor sebab di sana terdapat banyak sangat tempat menarik yang boleh dilawati.
Bukan sahaja menarik, malah ia juga PERCUMA! Izinkan kami berkongsi.

Tan Hiok Nee Heritage Street, Johor Bahru

Tempat menarik di Johor yang percuma - Tan Hiok Nee
Foto: youtube.com

Tempat menarik di Johor yang percuma yang tak ramai orang Melayu tahu ialah Tan Hiok Nee Heritage Street.
Di kawasan Tan Hiok Nee Heritage Street ini, ia menempatkan bangunan lama yang sangat terkenal iaitu Red House Building.
Pada mulanya, Red House Building yang sangat menarik perhatian pelancong dengan warnanya yang terang ini, dimiliki oleh sebuah keluarga berbangsa India.
Ia merupakan sebuah rumah kedai yang didirikan sebelum zaman peperangan lagi. Jadi, ia telah berdiri teguh selama beratus tahun dan  mempunyai sejarah yang sangat panjang.
Apabila jalan yang menempatkan bangunan ini dijadikan jalan bersejarah, bangunan lama ini telah dicat semula dengan warna merah dan putih dan dijadikan sebagai salah sebuah bangunan warisan di sepanjang jalan tersebut.
Perabot di dalam bangunan ini juga menarik perhatian ramai menjadikannya menjadi tempat pilihan bagi mengadakan pelbagai majlis keramaian dan kebudayaan.
Bagi sesiapa yang mempunyai Instagram, tempat ini sangat sesuai untuk dijadikan latar belakang.
 

Desaru Fruit Farm, Kota Tinggi

Tempat menarik di Johor yang percuma ini, iaitu Desaru Fruit Farm terletak di Kota Tinggi, Johor. Tidaklah terlalu jauh, kira-kira 40km dari Johor Bahru.
Ia menempatkan lebih 100 pokok tropika dan sayur-sayuran. Inilah yang membuatkan para pengunjung tak henti-henti berkunjung ke sini untuk menikmati sendiri kesegaran buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di sini .
Bagi peminat tegar buah-buahan, food fiesta dan seafood buffet adalah masa yang dinanti-nantikan untuk berkunjung ke sini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah lawatan harian, kemudahan perkhidmatan feri dan lawatan waktu malam.
 

Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru

Tempat menarik di Johor yang percuma
Foto: Wikipedia

Masjid Abu Bakar dibina oleh Bapa Pembangunan Moden Johor iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar. Masjid yang tersergam indah ini siap dibina sepenuhnya pada tahun 1900 selepas 8 tahun proses pembinaannya dijalankan.
Ia boleh menempatkan 2000 jemaah pada satu-satu masa. Gaya Victoria menjadi inspirasi dalam seni bina masjid ini. Walaubagaimanapun, kita boleh melihat percampuran pelbagai gaya pada struktur binaannya.
Pada hari ini, Masjid Sultan Abu Bakar tersenarai sebagai tempat bersejarah di bawah penyeliaan Jabatan Muzium dan Antikuiti.
 

Pasar Karat, Johor Bahru

Pasar Karat yang terletak di Johor Bahru merupakan sebuah pasar malam yang menawarkan pelbagai jenis barangan termasuk koleksi antik serta produk terkini seperti pakaian, makanan, beg, kasut serta aksesori gajet.
Ramai pengunjung dari dalam dan luar negara memilih untuk berkunjung ke Pasar Karat pada setiap malam kerana kedudukannya di tengah-tengah bandar memudahkan mereka untuk ke sana.
Tambahan lagi, pasar malam ini dibuka seawal pukul 6 petang hingga pukul 2 pagi.  Pengunjung tidak putus-putus meluangkan masa di sini untuk mencari barang keperluan walaupun pada hari minggu, apatah lagi pada hujung minggu.
 

Puteri Harbour, Johor Bahru

Tempat menarik di Johor yang percuma
Foto: Legoland.com.my

Puteri Harbour mendapat jolokan sebagai permata Iskandar Puteri apabila mendapat anugerah sebagai destinasi pelancongan yang bertaraf dunia.
Suasananya sangat romantik, sesuai menjadi tempat untuk berehat dan bersantai seisi keluarga. Puteri Harbour juga menempatkan taman tema terkenal seperti Sanrio Hello Kitty Town dan Thomas Town yang menjadi kegilaan anak-anak.
Cuma dua tempat ini berbayar. Jika tidak masuk dan berlegar-legar di sekeliling kawasan Puteri Harbour, percuma sahaja.
Terdapat juga banyak tempat makan sepanjang Marina Walk. Lokasinya juga sangat strategik kerana terletak berhampiran dengan Legoland Malaysia, Johor Premium Outlet dan Mall of Medini.
 

Taman Botani Johor, Batu Pahat

Taman Botani Johor pula terletak di Batu Pahat, Johor. Kedudukannya terletak di kawasan bekas tapak pelombongan bauksit yang membentuk Tasik Sri Medan.
Taman rekreasi ini menjadi tarikan kerana suasananya yang cantik dan bersih. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin meluangkan masa untuk menenangkan fikiran.
Sekarang, Taman Botani Johor semakin popular sehingga menjadi tempat tumpuan para jurugambar untuk mengadakan sesi fotografi termasuklah fotografi perkahwinan. Tempat ini juga pernah menjadi tempat penggambaran filem terkenal iaitu Puteri Gunung Ledang.
 

Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar

Tempat menarik di Batu Pahat, Johor, yang percuma
Foto: Harian Metro

Galeri Darurat Bukit Kepong terletak di daerah Muar. Bangunan yang dijadikan galeri ini berasal dari bangunan balai polis baru yang dibina setelah balai polis yang lama dikepung dan dibakar oleh lebih kurang 180 orang pengganas komunis.
Seramai 17 polis yang mati dibunuh dalam kejadian pada 23 Februari 1950 itu. Bukan itu sahaja, pengganas komunis turut membakar kediaman polis dan 2 orang wanita dan kanak-kanak antara mangsa dalam tragedi tersebut.
 

Tanjung Emas, Muar, Johor

Tempat menarik di Muar, Johor, yang percuma
Foto: Tourism Johor

Percutian menarik untuk yang tidak biasa di Johor ialah Tanjung Emas.
Tanjung Emas adalah tarikan utama pengunjung yang berkunjung ke Muar, Johor. Kawasan ini dijaga dengan sangat rapi dan dilengkapi dengan landskap yang sangat cantik.
Ia mengelilingi sebuah padang golf yang luar. Pada waktu pagi dan petang, Tanjung Emas yang bersambung dengan Tanjung Ketapang dipenuhi oleh orang ramai yang berjogging dan bersenam di trek larian yang disediakan.
Kawasan perairannya menjadi tempat pilihan orang ramai untuk melihat pemandangan matahari terbenam. Ada ketikanya, terdapat banyak program dan ekspo diadakan di kawasan dataran di situ.
Jangan terkejut jika anda nampak ada orang bersarapan pagi dengan sate di sini. Normal bagi orang Muar.
 

Danga Bay, Johor Bahru

Tempat menarik di Johor Bahru, Danga Bay
Foto: tunehotels.com

Tempat menarik di Johor yang seterusnya ialah Danga Bay. Rasanya, tidak lengkap jika ke Johor Bahru jika tidak singgah ke sini. Jika tidak singgah sekalipun di tempat-tempat sekitar sini, menjejakkan kaki sahaja sudah cukup.
Danga Bay berasal daripada Pantai Lido yang terletak di tepi selat, yang menawarkan pemandangan yang sangat cantik dan menarik untuk santapan para pengunjung.
Sepanjang kawasan Danga Bay, terdapat banyak restoran dan kedai menjual kerepek dan asam yang membolehkan para pengunjung makan-makan dan sambil menikmati udara tepi pantai di situ. Yang menarik lagi, terdapat juga taman permainan ala-ala taman tema untuk orang dewasa dan kanak-kanak di Danga Bay ini.
 

Kolam Air Panas Sungai Gersik, Muar

Kolam Air Panas Gersik Muar, Parit Jawa
Foto: bharian.com.my

Tempat menarik di Johor yang percuma, yang berada di luar Johor Bahru ialah Kolam Air Panas Sungai Gersik.
Agak sukar juga untuk beritahu, samada tempat ini berada dalam daerah Muar atau Batu Pahat.
Jarak dari bandar Muar ialah 30km.
Sebaliknya, Kolam Air Panas Sungai Gersik yang terletak di daerah Muar ini pula, berdekatan dengan Pekan Parit Jawa, dalam daerah Batu Pahat, yang jaraknya lebih kurang 15km.
Apa-apapun, abaikan sahaja. Yang penting, dapat beristirehat bersama keluarga.
Airnya yang bersuh 60-70 darjah selsius dikatakan baik untuk kesihatan. Di sini terdapat beberapa buah kolam air panas yang boleh dikunjungi secara percuma oleh orang ramai menyebabkannya sentiasa didatangi  oleh pengunjung terutamanya pada hujung minggu.
Selain itu, di sini juga terdapat dewan untuk mengadakan program seperti seminar dan juga kawasan untuk program perkhemahan.
 

Akhir kalam

Percutian yang menarik tidak semestinya memerlukan modal yang tinggi. Masa berkualiti bersama keluarga atau kawan-kawan adalah sesuatu yang lebih bermakna.
Sebenarnya ada banyak lagi pulau, pantai, hotel, makanan sedap dan best di Johor. Kami akan kongsikan pada masa akan datang.
Bila sudah sampai ke Johor, jemput singgah ke tempat menarik di Melaka yang percuma pula.
Semoga perkongsian tentang tempat percutian menarik ini dapat memberikan anda idea untuk merancang cuti yang akan datang.
Semoga bermanfaat.

Carian dari Google:

  • tempat menarik di johor 2019
  • tempat percutian menarik di johor 2019
Sebarkan kebaikan

Leave a Comment