Travel

10+ Tempat Menarik di Melaka Yang Percuma (Untuk Percutian 2019)

Tempat menarik di Melaka yang percuma (A' Famosa)

Kalau anda peminat subjek sejarah terutamanya sejarah negara Malaysia ini, negeri yang paling sesuai anda lawati semestinya Melaka. Kena sangatlah dengan jolokan namanya; Melaka, bandar bersejarah.

Tak kiralah kalau anda cikgu sejarah ke, pelajar sejarah ke, atau sedang merancang lawatan untuk pelajar ke, Melaka merupakan negeri yang terbaik untuk anda meluangkan masa melihat sendiri dengan mata bangunan-bangunan dan artifak-artifak yang kita selalu lihat dalam buku sejarah.

 

Dan tidak kira juga, samada musim cuti sekolah atau tidak, Melaka sentiasa menawarkan tempat-tempat menarik dan bersejarah.

 

Tempat menarik di Melaka yang percuma

Apa yang paling penting, banyak tempat menarik di Melaka yang boleh dilawati secara percuma! Bak kata orang zaman sekarang, ‘buat apa bayar kalau benda boleh dapat percuma?

Betul tak?

Maka, izinkan kami berkongsi.

Kubu Pertahanan A Famosa

Ini tempat yang wajib dilawati. Tak lengkap perjalanan ke Melaka kalau tidak singgah di sini.

Bangunan kubu A Famosa semestinya menduduki tempat pertama dalam carta ini kerana sejarah yang ada padanya. Sisa runtuhan bangunan A Famosa terletak di tengah-tengah bandar bersejarah Melaka yang diwartakan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.

Pada zaman kegemilangannya, kawasan kubu ini meliputi kawasan yang sangat luas dan besar. Ia dipenuhi dengan banyak bangunan kerajaan, gereja dan hospital. Pada abad ke-16, kubu Portugis ini hampir musnah sepenuhnya.

Jonker Walk / Jonker Street

Jonker Walk / Jonker Street Melaka

Foto: Wikipedia

Jonker Walk atau turut dikenali dengan nama Jonker Street pula adalah sebuah tempat yang sangat terkenal sebagai tempat yang menjadi pilihan pada pengunjung dari dalam dan luar negara untuk membeli belah.

Jonker Walk yang juga sebahagian daripada tapak warisan dunia yang diiktiraf oleh UNESCO mengambil masa dari 30 hingga 45 miniti untuk diterokai.

Sepanjang berjalan di sini, kita boleh tengok bangunan-bangunan yang lain dari yang lain dengan graffiti yang sangat menarik. Tempat yang selalu dipenuhi oleh orang ramai ini menyediakan pelbagai jenis barangan cenderamata dan makanan tempatan yang sangat menyelerakan. Senang cerita, semua orang akan gembira di sini.

 

Orang Utan House

Orang Utan House Melaka

Foto: Wikipedia

Orang Utan House pula tempat yang tepat untuk pengunjung yang sukakan lukisan graffiti; lukisan pada dinding. Ia terletak berdekatan dengan Muzium Sejarah Cheng Ho.

Di sini, para pengunjung boleh memilih dan mendapatkan tshirt dengan pelbagai jenis lukisan yang dilukis oleh pelukis tempatan. Yang pasti, tshirt mereka sangat unik dan menarik. Sangat sesuai untuk dibawa pulang sebagai cenderahati kepada orang tersayang.

Bukan setakat unik, lukisan pada tshirt mereka juga membawa mesej yang mendalam dan tersendiri.

 

Pantai Pasir Klebang

Pantai Klebang Melaka

Foto: tourism.gov.my

Pantai Klebang juga antara tempat yang tidak boleh kalau tidak singgah kalau anda bercuti atau sekadar meluangkan masa di Melaka.

Pantai ini menjadi tarikan ramai kerana keunikannya yang mempunyai timbunan pasir yang membentuk bukit-bukit kecil yang jarang terdapat di pantai lain di Malaysia.

Pantai Klebang adalah syurga, iaitu tempat menarik di Melaka untuk makan-makan. Ia sentiasa dikunjungi ramai orang tambah-tambah lagi dengan apabila adanya deretan kedai yang menjual pelbagai makanan dan minuman di sepanjang pantai tersebut.

Minuman yang paling terkenal mestilah coconutnya. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai pengalaman menunggang kuda dan menaiki kereka kuda di sini. Pantai Klebang juga terletak berdekatan dengan Muzium Kapal Selam.

 

Menara Jam Melaka (Tan Beng Hee Clock Tower)

Menara Jam Melaka, Tan Beng Hee Red Clock Tower

Foto: Wikipedia

Menara Jam Melaka atau juga dikenali dengan nama Tan Beng Hee Clock Tower boleh dikatakan sebagai bangunan yang paling menyerlah dalam kawasan Red Square.

Warna merah pada bangunan yang dibina pada tahun 1886 ini sememangnya menarik perhatian setiap yang melihatnya. Bangunan ini tidaklah setinggi menara jam di tempat lain tetapi masih menjadi monument yang cantik dan menarik untuk diabadikan dalam koleksi gambar percutian anda.

Namun begitu, hati-hati apabila bersiar-siar dan melintas jalan di kawasan ini kerana ia sentiasa sibuk dan dipenuhi dengan kenderaan.

 

AEON Bandaraya Melaka

AEON Melaka Mall, Tempat menarik di Melaka yang Percuma

Foto: canshareplace.blogspot.com

Untuk mereka yang ingin membeli belah dalam suasana yang lebih tenang dan sejuk, anda boleh memilih untuk ke AEON Bandaraya Melaka.

AEON Bandaraya Melaka sesuai untuk aktiviti membeli belah keluarga kerana hampir semua barang keperluan boleh didapati di bawah satu bumbung. Bukan itu sahaja, restoran dan kedai makanan juga sangat banyak untuk dipilih oleh para pelanggan.

Ruang parkir yang luas turut disediakan, tetapi ia boleh jadi penuh juga pada musim cuti. Jadi, kalau ingin singgah ke sini, sila datang lebih awal.

 

Medan Ikan Bakar Terapung Umbai

Medan Ikan Bakar Umbai Melaka

Foto: herneenazir.com

Medan Ikan Bakar Terapung Umbai merupakan sebuah kawasan menjamu selera yang sangat unik. Ia bukan sekadar tempat makan biasa kerana tempat ini dibina di atas permukaan air.

Tempat makannya lebih kepada konsep terbuka. Sambil makan, pengunjung akan merasai angin pantai sepoi-sepoi bahasa. Ada juga terdapat kedai-kedai yang menjual barang mainan dan cenderamata yang lain.

Bagi peminat makanan laut yang ingin merasai pengalaman berbeza menikmati hidangan ikan bakar dan pelbagai jenis hidupan laut yang lain, sila singgah ke Medan Ikan Bakar Umbai.

 

Freeport A’ Famosa Outlet

Freeport A Famosa Melaka

Foto: freeportafamosa.com

Sesungguhnya, tempat menarik di Melaka ini sesuai untuk membeli-belah. Untuk letak kereta, semestinya percuma, tanpa bayaran. Cuma bila beli barang berjenama, kenalah bayar.

Freeport A’Famosa Outlet adalah tempatnya kalau anda ingin merasai pengalaman membeli-belah yang lain dari yang lain! Lain sangat sampai ada juga yang menamakannya Freeport A’Famosa Village kerana di dalamnya bagaikan ada sebuah perkampungan. Menarik kan?

Tengok sahaja bangunannya, sangat unik. Apabila melangkah ke pintu masuk, kita dapat melihat rekaan hiasan dalaman yang sangat menarik dan berbeza dengan adanya tasik dan sebuah kincir angin. Jadi, setiap pengunjung bukan sahaja dapat membeli belah, anda juga boleh bergambar sakan dengan berlatar belakangkan suasana yang sangat menarik dan cantik.

Oh lupa, macam-macam barang daripada pelbagai jenama terkenal ada dijual di sini dan kebanyakannya adalah lebih murah daripada tempat lain. Memang terbaik!

 

Galeri Lebah Melaka

Galeri Lebah Melaka Tempat Menarik

Foto: Facebook Galeri Lebah Melaka

Galeri Lebah Melaka dulunya dikenali sebagai Muzium Lebah Dunia. Ia beroperasi di bawah Giant B yang diiktiraf sebagai jenama pengeluar madu lebah terbesar di Malaysia pada tahun 1978. Lebah-lebah dipelihari di belakang cermin kaca yang membolehkan para pengunjung melihat lebah-lebh dengan lebih dekat tapi selamat.

Para pengunjung boleh mendapatkan pelbagai info mengenai lebah dan penghasilan madu lebah di sini. Bagi peminat madu yang terkenal tinggi dengan khasiat yang baik untuk kesihatan, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis produk daripada madu lebah di sini.

Bukan itu sahaja, di sini terdapat auditorium untuk mereka yang ingin belajar tentang lebah. Terdapat juga aksi bee-man di sini pada waktu tertentu. Menakutkan tapi menarik!

 

Masjid Kampung Hulu

Masjid Kampung Hulu, Melaka

Foto: Wikipedia

Yang terakhir, tempat menarik di Melaka yang percuma ialah yang berkaitan dengan keagamaan.

Jangan tak percaya, Masjid Kampung Hulu merupakan masjid tertua di Malaysia. Ia dibina lebih kurang pada tahun 1720 hingga 1728 dan telah dibaikpulih untuk memelihara struktur bangunannya yang asal.

Struktur bangunannya menggabungkan beberapa elemen yang terdapat di Malaysia iaitu Melayu, Sumatera, Cina dan India.

Bila solat di dalam, terasa ada perasaan bagaikan bersolat zaman dahulu kala. Kayu-kayunya masih lagi kuat dan tahan.

 

Akhir kalam

Jadi, apabila berkunjung ke Melaka, apa kata singgah sebentar untuk solat di Masjid Kampung Hulu. Pengalaman dapat, perjalanan berkat.

Jika dari Kuala Lumpur ke Melaka, singgahlah terus untuk melihat tempat menarik di Johor pula. Semuanya percuma, tanpa bayaran apa-apa.

Selamat bercuti!

10+ Tempat Menarik di Melaka Yang Percuma (Untuk Percutian 2019)
4.7 (94.29%) 7 votes

Carian dari Google:

  • percutian menarik di malaysia
  • tempat membeli belah di Melaka
  • tempat menarik di malaka 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top