Pendidikan

7 Tips Agar Anak Cepat Membaca dan Menulis. Cara Mudah, Teknik Berkesan.

Tips agar anak cepat membaca

Artikel dari Lifehacker ada menyatakan, jangan ajar anak anak-anak kecil membaca lagi. Biar mereka main puas-puas dulu.

Namun, fitrah semulajadi seorang ibu atau bapa inginkan anak mereka sihat dan bijak. Merangkak, berjalann bercakap dan kemudian membaca serta menulis adalah antara ukuran lazim yang digunapakai keatas bayi dan kanak-kanak. Anda yang sedang membaca artikel ini juga telah membuktikan yang anda ingin lebih mengetahui tips agar anak cepat membaca dan menulis. Untuk membantu anak-anak, apakah petua dan teknik mudah yang boleh digunakan?

1. Berbual dan bersoal jawab dengan anak

Berbual tentang apa jua topik; keluarga, kawan-kawan, persekitaran yang dapat dilihat, didengari dan dirasa. Asalkan anda menggunakan nada yang lembut dan sebutan yang jelas sepertimana anda sedang bercakap dengan orang dewasa yang lain. Pandang mata mereka.

Tambahkan dengan gaya dan tunjukkan secara fizikal apa yang diperkatakan, supaya anak anda lebih tertarik dan mudah memahami maknamya. Ini boleh dilakukan seawal mungkin, malah ada yang menggalakkannya seawal bayi dalam kandungan!

2. Bernyanyi, mengaji dan mendengar video lagu

Ini ialah cara yang paling mudah untuk ajar anak cepat membaca. Kebanyakan pusat penjagaan kanak-kanak dan ibu bapa sendiri memiliki video lagu kanak-kanak yang dimuat-turun. Karakter yang menarik, latarbelakang berwarna-warni dan lagu yang menarik serta sesuai untuk kanak-kanak boleh didapati dalam pelbagai bahasa melalui laman carian.

Ini merupakan usaha yang baik dan tips bagus agar anak cepat membaca. Namun perlu dipantau masanya agar anak tidak ‘melekat’ bergantung kepada gajet dan television. Cara yang terbaik adalah menyanyi bersama-sama anak-anak sambil menggayakan dan menggoyangkan tubuh untuk menarik perhatian anak.

3. Gunakan bahasa isyarat ASL

Tips agar anak cepat membaca seterusnya adalah dimana saya sendiri menggunakan American Sign Language iaitu bahasa tubuh yang digunakan oleh insan yang pekak dan bisu. Ia adalah sebenarnya cara yang efektif untuk berkomunikasi dengan bayi seawal mungkin. Saya memulakannay sejak anak saya berumur 4 bulan.

Antara bahasa tubuh yang saya guna adalah mandi/tukar lampin, makan, tidur dan sakit/amaran. Sebut setiap kali sambil memandang mata anak dan menggayakannya. Terdapat banyak video di laman web yang mengajar cara untuk melatih anak. Ini adalah cara yang berkesan untuk anak memahami maksud gaya dan bahasa, walaupun dia masih belum boleh bertutur.

4. Mainan dan kad imbas

Teknik ajar anak cepat membaca

Untuk permulaan, sebenarnya tidak ada buku tertentu supaya anak lebih cepat membaca. Permainan berbentuk huruf adalah cara baik untuk mengenal bunyi dan huruf. Kad imbas yang menunjukkan warna, bentuk dan objek asas juga boleh digunakan setiap hari.

Ada juga buku interaksi yang membolehkan anak menggunakan pen yang disediakan untuk menekan gambar-gambar di dalam buku interaksi tersebut. Sebutan setiap gambar akan terhasil setiap kali anak berinteraksi. Ini juga adalah tips agar anak cepat membaca yang baik untuk membenarkan anak bermain sendiri tanpa bergantung kepada gajet.

5. Latihan deria sentuh

Lazimnya dikenali sebagai ‘sensory skills’ dimana anak didedahkan kepada penggunaan deria bau, sentuh, rasa dan keseimbangan. Latihan deria sentuh yang mudah adalah dengan mendedahkan anak kepada pasir/tepung, tanah liat sebagai medium untuk menconteng/membentuk menggunakan jari atau kayu.

Papan bermagnet dan pen berhujung besi juga boleh digunakan sebagai melatih anak memegang pen dan menconteng sekiranya anda lebih gemar melakukan aktiviti dalam rumah. Seawal usia kurang setahun saya sudah mendedahkan alatan ini kepada anak saya.

Namun begitu tips agar anak cepat membaca ini perlulah melabur untuk mendapatkan alatan tahan lasak dan selamat kerana anak kecil pasti akan memijak dan menghisap mainan tersebut terutama ketika belum pandai menggunakannya secara betul.

6. Barang sama suku kata

Sediakan beberapa barang rumah yang mempunyai suku kata yang sama, seperti buku, bola dan kain berbulu. Suku kata yang boleh diperkenalkan adalah ‘BU’ iaitu BUku, BUlat, BUlu. S

Suku kata tersebut boleh ditulis di atas kad atau papan magnetic tadi. Dalam seminggu, boleh ulang menggunakan barang yang sama beberapa kali bersama set suku kata yang lain. Pastikan anda menyebutnya secara jelas dan betul, setelah itu boleh menbiarkan anak berimaginasi dan bermain sendiri dengan barangan tersebut.

7. Membaca bahan yang menarik

Pastikan anda melaburkan sedikit wang atau masa untuk mendapatkan satu atau dua buku baru atau terpakai. Perpustakaan awam yang ada menyediakan buku untuk kanak-kanak juga amat sesuai untuk dilawati. Membaca sambil menunjukkan setiap patah perkataan sambil menceritakan semula berdasarkan gambar yang menarik. Mungkin anda perlu melawak dan bergelak sendiri untuk mempengaruhi rasa seronok ke atas anak.

Sedikit sebanyak perkongsian tips agar anak cepat membaca untuk anda laksanakan. Hargai masa dan berseronoklah bersama mereka; jangan merasa tertekan dan memaksa kerana setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Semoga berjaya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top