Pendidikan

10+ Tips Sebelum Mengambil Keputusan SPM (2019)

Tips sebelum mengambil keputusan SPM

Sebagai seorang pelajar sekolah menengah, pasti anda teruja untuk mengetahui keputusan SPM anda bukan?

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan SPM 2018 boleh disemak pada 14 Mac 2019 jam 10 pagi.

Sebelum kita hendak menyemak keputusan tersebut, terdapat beberapa tips yang ingin dikongsikan kepada pelajar semua sebelum mengambil keputusan SPM anda:

 

Redha, kita sudah buat yang terbaik

Semua pelajar tahu bahawa inilah keputusan yang akan diperoleh selama anda berusaha keras selama 5 tahun di alam sekolah menengah. Lebih-lebih lagi berhempas pulas untuk mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun lepas.

Jika anda telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, In Shaa Allah anda akan mendapat keputusan yang baik. Jika tidak, jangan mudah mengalah tetapi sebaliknya bangkit dan terus berusaha.

Cakaplah pada diri sendiri. Berbisiklah. Kita sudah buat yang terbaik. Apa sahaja keputusan yang dapat, kita redha.

 

Pakai pakaian yang terbaik (dan kemas)

Hari ambil keputusan SPM ialah hari penuh bersejarah. Maka, bukankah perlu sesuatu yang istimewa?

Anda perlu sedar bahawa anda akan memasuki kawasan sekolah. Kalau anda hipster, atau raver sekalipun, tolak tepi dahulu. Masuk sekolah, mestilah beradab.

Walaupun itu sekolah anda dan guru-guru kenal anda, tak semestinya anda perlu melanggar peraturan sekolah sebagai seorang pelawat. Jadi, pakailah pakaian yang sopan dan menutup aurat (bagi Muslim) dan tidak mencolok mata kerana pakaian melambangkan peribadi kita.

 

Bertenang, jangan ‘frust’

Siapa yang tidak mahukan kejayaan? Namun, sebagai seorang pelajar akan kecewa jika mendapat keputusan yang tidak memberangsangkan.

Kejayaan merupakan kisah yang panjang. Ia diukur bukan sahaja pada keputusan itu sendiri tetapi ia juga diukur pada usaha kita untuk bangkit semula untuk menempa kejayaan pada masa akan datang.

“If you can dream it, you can do it” – Walt Disney

 

“Hidup memerlukan pengorbanan,

Pengorbanan memerlukan perjuangan,

Perjuangan memerlukan ketabahan,

Ketabahan memerlukan keyakinan,

Keyakinan menentukan kejayaan,

Kejayaan pula menentukan kebahagiaan”

 

Bangun awal dan bersiap-siap untuk ke sekolah

Berjumpalah dengan warga sekolah terutama guru-guru yang pernah mengajar anda. Mungkin mereka tidak mengingati anda kerana mereka mengajar ramai pelajar.

Akan tetapi, perkenalkanlah diri anda kerana sudah semestinya akan mengubati kerinduan kita terhadap guru-guru kerana berkemungkinan kita tidak akan berjumpa lagi selepas beberapa tahun kerana melanjutkan pelajaran.

 

Tak perlu menyibuk dengan result orang lain

Jangan sibuk jaga tepi kain orang lain. Kita perlulah beradab dengan kawan-kawan kita yang lain kerana keputusan adalah berbeza-beza. Jagalah hati dan perasaan kawan melainkan anda merupakan bestfriend.

 

Kalau result bagus, jangan berlagak sangat

Mungkin kita bukan jenis yang cikgu suka. Mungkin masa belajar dulu, tidaklah orang yang pandai. Mungkin juga anda pernah digelar dengan gelaran yang tidak disenangi oleh guru-guru ataupun kawan-kawan anda. Itulah lumrah kehidupan di luar sana adik-adik sekalian.

Kalau result bagus, walaupun orang pandang kita rendah suatu masa dahulu, buat biasa-biasa sahaja.

Sememangnya akan ada manusia yang ingin melihat kita jatuh tersungkur. Akan tetapi, jadikanlah itu sebagai pemangkin semangat untuk berjaya dan membuktikan bahawa mereka salah.

 

“The future belongs to those who believe in the beauty of their dreams.” – Eleanor Roosevelt.

 

Kalau result tak bagus, jangan mengamuk

Tak perlu meluahkan ketidakpuas hatian kita di Instagram (dan Facebook). Tidak semua benda boleh dikongsi bersama. Tidak salah untuk berkongsi kisah kejayaan kita di media sosial, namun kalau rasa tidak mencapai apa yang kita mahu, tidak perlu.

Mungkin kita akan berasa cemburu dan berputus asa dengan keputusan yang diperoleh. Sentiasa berpegang dengan kata-kata ini:

 

Sentiasa berlapang dada

Sentiasa optimis. Tambahan lagi, anda masih muda dan perjalanan masih jauh untuk anda. Walau apa pun keputusan yang ditakdirkan, terima dengan hati yang terbuka kerana dalam kehidupan ini ada pahit dan manis.

Jadikan ianya sebagai kenangan untuk meningkatkan lagi prestasi diri pada masa akan datang.

“Kegagalan adalah asas kemenangan” – Lao Tze

 

Telefon mak ayah dulu (bukan kawan-kawan lain)

Baca sekali lagi, hubungi dengan telefon. Bukan dengan Whatsapp.

Ini adalah petua paling utama semasa ambil keputusan SPM. Khabarkanlah keputusan kepada kedua ibu bapa anda walau apa jua keputusan yang anda peroleh. Hanya bagi sesiapa yang ibu bapa tidak teman ambil keputusan.

Tiada ibu bapa di dunia ini tidak mahu  melihat anak-anaknya berjaya hingga ke menara gading. Sentiasalah ingat kepada mereka kerana tanpa doa dan berkatnya, mustahil kita untuk berjaya.

 

Jangan lupa cakap terima kasih

Lafazkanlah ucapan terima kasih terutama kepada kedua ibu bapa, guru-guru, dan rakan-rakan anda. Hal ini kerana merekalah yang menjadi pembakar semangat anda dalam mendidik anda hingga berjaya untuk menuntu di institut pengajian tinggi.

Untuk lebih menunjukkan rasa terima kasih kita, peluklah orang yang kita terhutang budi.

Walaupun mereka tidak mengharapkan balasan, tetapi sebagai manusia, satu lafaz terima kasih itu pun sudah cukup bagi mereka.

“It’s not happiness that brings us gratitude.

It’s gratitude that brings us happiness”

  • Anonymus

 

BONUS: Cara semak keputusan SPM 2019

Kepada para pelajar yang akan mengambil keputusan pada 14 Mac 2019 ini, anda boleh menyemak keputusan SPM anda melalui:

  1. Sistem Aplikasi SPPAT:
    1. Hanya masukkan nombor kad pengenalandan nombor angka giliran,kemudian klik papar keputusan.
  2. Melalui Aplikasi E-Lembaga Peperiksaan
    1. Muat turun aplikasi tersebut di Google Play Store.
    2. Pilih jenis peperiksaandan masukkan nombor kad pengenalan serta nombor angka giliran dan klik
  3. Melalui SMS:
    1. Hanya taip:

SPM<jarak> No KP<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888.

Akhir kalam

Sebagai kesimpulan, merangkul kejayaan bukannya mudah. Doa, usaha dan tawakal kepada-Nya adalah resipinya. Kami sudah kongsikan tips mengambil keputusan SPM. Namun, apa pun keputusannya, harap kita redha.

Layari The Berkat untuk lebih banyak perkongsian tentang alam pendidikan.

 

[yasr_overall_rating size=”medium”]

Rate this post

Carian dari Google:

  • keputusan spm 2019
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top