Kehidupan

7 Tips Untuk Berubah Menjadi Lebih Baik, Serta Tingkatkan Motivasi Diri

Tips untuk berubah menjadi lebih baik

Cakap memang senang, berubah sangat susah. Namun, ia tidak mustahil.

Dalam Bahasa Inggeris, orang kata “How to be a better person”. Namun, tips dari kaca mata Mat Salleh yang speaking English tidak sama dengan kita di Nusantara ini.

Kita semua pernah buat salah, dan selalunya kesalahan itu menghantui diri kita. Rasa serba tidak kena dan serba salah.

Mari kita lihat, apakah tips untuk berubah menjadi lebih baik ini boleh digunapakai? Teruskan membaca.

1. Kena percaya diri sendiri

Kalau tak percaya pada diri sendiri, dan tak berani untuk berubah, macam mana nak berubah? Ini yang paling penting sekali perlu diterapkan dalam hati. Bila kepercayaan itu sudah gagal, semuanya akan gagal. Sematkan dalam hati betul-betul.

2. Maafkan diri sendiri

Ya, seperti diberitahu tadi, kita pernah buat salah. Kita pernah buat silap. Kita pernah gagal. Ternyata, semua orang pernah buat salah. Cuma, jangan jadikan kegagalan dan kesilapan masa lalu terus menghantui diri kita.

Belajar untuk maafkan diri sendiri. Yakinlah, kita masih boleh bangkit.

3. Maafkan orang lain

Jangan jadi orang yang pentingkan diri sendiri. Selepas kita maafkan diri sendiri, pastikan semua orang yang pernah buat salah pada kita. Mulakan semuanya dari zero. Hati akan jadi lebih tenang.

Bila masih berdendam, ia akan melemahkan diri kita. Semacam ada ‘energy’ jahat yang masih ada dalam diri.

Bila kita maafkan orang lain, iaitu orang yang pernah melukakan hati kita, secara tidak langsung ia mengurangkan beban dan dendam dalam hati kita.

4. Jangan beritahu orang, kita mahu berubah.

Cara berubah menjadi lebih baik

Sumber dari PsychologyToday mengatakan, jika ingin berjaya, jangan sesekali beritahu perancangan kita. Kesan jangka panjang, ia boleh menurunkan motivasi kita untuk berubah.

Buat diam-diam. Tida perlu war-warkan seantero dunia. Mulakan dengan langkah kecil terlebih dahulu.

Jika kita ada beritahu secara ‘public‘ di media sosial, dan selepas beberapa ketika, kita gagal mencapai apa yang kita kata, ia lebih mengguris rasa. Kita akan rasa diri kita ‘useless‘. Sudah tentu, motivasi akan menurun dan kita akan kembali seperti dulu.

5. Belajar untuk memberi

Sedekah. Berikanlah apa yang kita ada, samada harta atau ilmu, sedekahkan pada orang lain. Hidup ini lebih bermakna kalau kita memberi. Jangan hidup meminta-minta.

Bila kita mula memberi, ia akan mendatangkan kepuasan yang tidak boleh digambarkan. Bila memberi, jangan pula war-warkan pada orang lain. Biarlah ia jadi rahsia kita.

6. Belajar untuk lebih mendengar

Jangan menyampuk. Sebelum ini, sebelum orang lain habiskan percakapan dia, kita tak sabar-sabar mahu menyampuk. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, atau yang masih ber-boyfriend-girlfriend, akan ada momen-momen yang buatkan salah seorang kecil hati.

Cuba tahan diri sendiri. Setkan dalam minda, biarkan dia habiskan cakap dia dulu.

7. Dekatkan diri dengan Allah

Kalau sebelum ini hati tidak tenang, cubalah baca Al-Quran. Cubalah berzikir mengingati Allah. Mula-mula, memang tidak rasa apa-apa. Bila kita sudah biasa-biasakan diri, ketenangan itu akan hadir juga. Teruskan berdoa. Percayalah, Islam itu indah.

Akhir kalam

Kita semua tahu, kita bukanlah jahat mana. Nakal sedikit, itu adalah. Cuma kadang-kadang, rasa bersalah jika asyik buat dosa, buat maksiat, dan buat perkara-perkara yang tidak diredhai Allah.

Berbekalkan dengan doa, kata-kata dan motivasi yang ada, mari kita sama-sama berubah menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat.

Layari laman The Berkat untuk lebih banyak informasi tentang keupayaan diri sendiri.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top