Pendidikan

Ujian Kemasukan SBP (UKSBP), Untuk Sekolah Berasrama Penuh

Ujian kemasukan SBP

Walaupun belum lagi menduduki UPSR, dan belum lagi keluar keputusan UPSR, ibu-bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Ini antara

Apa itu Ujian Kemasukan SBP?

Ujian Kemasukan SBP untuk Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP), adalah satu ujian saringan yang meliputi banyak komponen dan kesesuaian murid untuk belajar di SBP dan dilaksanakan kepada murid yang membuat permohonan secara dalam talian sebagai salah satu syarat kemasukan ke SBP.

Apakah kelayakan minimum?

Semua murid yang membuat permohonan dalam talian kemasukan ke SBP layak untuk menduduki UKSBP. Walau bagaimanapun, mengambil peperiksaan bukan bermakna boleh masuk SBP. Murid yang berjaya dalam Ujian Kemasukan SBP cuma mempunyai peluang yang lebih cerah. Apa-apa pun, ia bergantung kepada keputusan UPSR juga.

Lokasi ujian

Ujian Kemasukan SBP akan dijalankan di 155 pusat di seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan melalui sekolah. Ibu-bapa juga boleh mendapatkan maklumat dari Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Berapa lama?

Jangkamasa ujian adalah 90 minit. Murid akan menjawab 50 soalan objektif yang meliputi 5 domain dalam masa yang ditetapkan.

Berapa sesi?

UKSBP akan dijalankan dalam 3 sesi setiap hari di pusat ujian. Bilangan murid untuk setiap sesi sudah ditentukan oleh pihak BPSBPSK dan Pentadbir Pusat Ujian.

Kalau berada di luar kawasan?

Jika murid berada di luar kawasan ketika tarikh UKSBP berlangsung, berikut adalah penerangannya:

-Dalam negara

Murid boleh menduduki UKSBP di pusat yang berdekatan jika berada di dalam negara. Murid hanya perlu membawa bersama slip menduduki peperiksaan yang telah dicetak. 

-Luar negara

Murid diberi peluang untuk ambil ujian dalam mana-mana sesi sepanjang ujian berlangsung. Jika masih di luar negara pada tarikh tersebut, murid berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. 

Mahu masuk SBP, tapi tak ambil peperiksaan

Murid yang tidak mengambil/tidak menduduki UKSBP berkemungkinan akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke SBP bagi ambilan berikutnya. Walaubagaimanapun keutamaan akan diberikan kepada murid yang telah menduduki UKSBP terlebih dahulu.

Contoh soalan Ujian Kemasukan SBP

Soalan-soalan yang akan diuji dalam UKSBP bertujuan untuk melihat keupayaan pelajar untuk menyesuaikan diri dengan gaya hidup di asrama.

Ini adalah contoh soalan pada tahun 2017. Jadi, untuk tahun-tahun mendatang seperti 2018, 2019, 2020 dan seterusnya, ambil konteks soalan ini dah ubah kepada yang berkaitan.

  1. Nama nama pengasas Facebook?
  2. Siapakah nama bapa pembangunan Malaysia?
  3. Antara berikut manakah kuih tradisional Sarawak?
  4. Jika kamu makan malam bersama keluarga kamu, apa kamu akan buat?
  5. Jika kamu dibuli di asrama, apa perlu kamu buat?
  6. Apakah tasik buatan manusia?
  7. Ladang apakah yang tidak diusahakan di Malaysia?
  8. Model Preve itu, Proton atau Perodua?
  9. Siapakah orang pertama yang mencipta kereta?
  10. Bilakah tahun penubuhan Malaysia?
  11. Ziyad atlet sukan apa?
  12. Apakah suku kaum terbesar di Sabah?
  13. Siapakah pemain squash wanita no 1 dunia?
  14. Apakah unit mengukur kekuatan gempa bumi?
  15. Apakah sinonim untuk perkataan amalan?
  16. Apakah perkara yang perlu dilakukan sebelum mengulangkaji?
  17. Berapakah wilayah yang ada di Malaysia?
  18. Apakah yg perlu dilakukan apabila jumpa pengemis di jalanan?
  19. Apakah senjata kebesaran diraja?
  20. Anda rosakkan kalkulator kawan, apakah tindakan anda?

Baca lagi contoh soalan Ujian Kemasukan SBP di sini.

Tips untuk Ujian Kemasukan SBP

  • Untuk soalan-soalan EQ dan SQ, pilihlah jawapan yang paling positif.
    Untuk soalan Pengetahuan Am, ambil tahu hal semasa negara, sukan, fakta umum, sejarah negara dan lain-lain lagi
  • Untuk soalan Matematik, kuasai peratus, operasi bergabung, nisbah

Semakan Ujian Kemasukan SBP

Untuk menyemak keputusan pusat Ujian Kemasukan SBP, ia akan dimaklumkan setelah keputusan UPSR dikeluarkan. Sila semak laman web www.moe.gov.my dan portal Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Rate this post

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top