10+ Sebab Kenapa Kita Selalu Teringat Seseorang

Bagi sesiapa yang pernah melalui percintaan jarak jauh mesti pernah mengalami saat mengingati si dia yang nun jauh di mata.
Saat membuka mata, hanya wajah, perlakuan atau perkataan diucapkannya terngiang-ngiang di fikiran anda. Tapi tahukah anda mengapa minda kita boleh tiba-tiba memunculkan memori tentang seseorang?
Teruskan membaca, kerana kami di The Berkat  ada jawapannya!
Antara perkara-perkara yang biasanya membuatkan anda teringatkan seseorang:

Teringat senyuman dia

Anda baru sahaja mengenali seseorang. Walaupun tidak berbual lama, namun fikiran anda tetap kembali mengingatkan anda kepada si dia.
Jadi dalam situasi begini, ini mungkin bermakna anda tertarik pada mereka. Misalnya, mungkin anda tertarik pada senyuman manis si dia, matanya yang bundar dan menawan atau mungkin wajahnya mengingatkan anda pada  seseorang yang anda pernah sayangi, justeru anda tidak boleh berhenti memikirkannya.
 

Teringat perangai dia

Walaupun sudah terbukti yang tarikan fizikal boleh membuatkan anda selalu teringatkan seseorang, namun mengikut kajian, manusia terbukti lebih tertarik dengan personaliti dan karakter seseorang!
Misalnya, boleh jadi anda tertarik kepada personaliti menarik si dia, atau sense of humor yang membuatkan anda tidak kering gusi bila bersamanya!
 

Dia sudah tiada lagi

Kehilangan orang terdekat semestinya akan memberikan kesan yang besar kepada emosi seseorang. Cuba bayangkan, anda berpisah dengan seseorang selepas bertahun-tahun menjalin kasih.
Semestinya kehilangan itu akan menyebabkan anda shock, lalu meninggalkan kesan yang mendalam kepada perasaan dan fikiran anda.
Namun, perpisahan atau kematian adalah antara bentuk kehilangan yang selalu terjadi di sekeliling kita. Jangan gusar jikalau anda asyik teringatkan ex anda, kerana itu hanya bermakna masih ada lagi hal-hal tentang si dia yang masih terakam jelas di minda separa sedar anda.
Tambahan pula, kehadiran insan tersebut pula bagaikan sudah sebati dalam hidup anda dan sudah terlalu banyak kenangan indah dilalui bersamanya. Ingat, selalu teringatkan ex, bukan bererti anda belum move on!
 

Teringat saat-saat indah bersama dia

Ketika anda sedang melakukan sesuatu yang anda suka, misalnya keluar dengan rakan-rakan, meluangkan masa dengan yang tersayang atau pergi bercuti bersama ahli keluarga, tahukah anda sebenarnya minda separa sedar anda sebenarnya sedang “merakam” insan-insan sekeliling anda sewaktu momen menggembirakan itu berlaku.
Lama-kelamaan, secara tidak sedar anda akan asyik teringatkan mereka, kerana perasaan mengingatinya sahaja sudah membuatkan anda berasa gembira.
Jadi, tidak hairanlah jika anda asyik teringatkan seseorang yang baru anda kenali, mungkin kerana anda menyenangi kehadiran insan tersebut dan si dia telah membuatkan anda lebih gembira pada waktu itu?
 

Pasangan Suami Isteri Yang Naik Motor Itu Lebih Bahagia

Mengarut! Kenapa pula lebih bahagia?
Bukan nak kata yang naik kereta tak bahagia. Cuma mereka-mereka yang naik motor ini sebenarnya rasa lebih bahagia sedikit:

Kenapa?

  1. Lebih rapat hubungan suami isteri

Bukan rapat badan sahaja. Tapi rapat hati mereka. Tak puas peluk di rumah, boleh peluk atas jalan raya.
Alangkah bahagianya bila si isteri dekatkan telinga pada dada suami, terdengar getaran jantung si suami. Susah senang kita bersama.

  1. Isteri yang sanggup naik motor bukan jenis memilih

Kalau dia jenis yang gilakan harta, sudah lama dia paksa suami berhutang beribu-ribu ringgit untuk beli kereta. Untuk tunjuk pada adik-beradik dan saudara-mara lain yang dia juga mampu.

  1. Isteri ini jenis setia, sanggup berhujan berpanas bersama

Ini memang pengalaman yang sangat ‘rare’ bagi kebanyakan orang zaman sekarang. Ramai yang sudah punya kereta.
Dapat kesejukan hujan yang turun secara tiba-tiba, dengan berpakain baju hujan penuh, si isteri peluk suami dlam perjalanan menuju ke rumah.
Meremang bulu roma.

  1. Suami boleh sarungkan helmet untuk isteri

Jarang ada orang yang pakaikan tali pinggang keledar untuk isteri.
Bukakan pintu kereta untuk isteri? Oh, itu jarang-jarang berlaku selepas berkahwin. Sebelum kahwin dulu, buka pintu kereta untuk bakal isteri adalah rutin.
Tapi bila si suami pakaikan topi keledar untuk isteri, nampak ‘sweet’ tak?

  1. Bergurau atas motor lebih seronok

Seronok, tapi bahaya. Kadang-kadang suami buat lawak atas motor, berbual-bual bersama isteri. Tatkala itu, tangan isteri yang macam ketam akan segera mencubit pinggang suami. Maka si suami akan tergocoh-gocoh membetulkan pemanduan motor.
Orang kaya, lebih ‘risky’, lebih seronok. Bahaya, jangan bergurau atas motor.

  1. Kos hidup lebih rendah

Banyak yang boleh jimat. Ada duit lebih, boleh bawa isteri dan anak-anak makan luar sesekali. Bila kos hidup rendah, tak adalah rasa tertekan dengan duit yang selalu tak cukup.
Keberkatan itu bukan pada duit semata-mata, kan?

Jadi, kereta tak penting?

Siapa kata tak penting? Kalau ada kemampuan, apa salahnya beli kereta. Jika ada anak nanti, mudah untuk bawa anak ke klinik jika sakit secara tiba-tiba. Jika isteri mahu bersalin, lebih selamat untuk bawa dia naik kereta.

Kalau sudah cukup wang, teruskan.

Cuma pastikan, kalau nak rasa bahagia naik motor, kena kahwin dulu. ‘Pakwe makwe’ yang acah-acah kongsi artikel ini untuk tunjukkan rasa bahagia, ini tidak kena pada tempatnya.
Halalkan dulu hubungan, baru dapat rasa apa itu kebahagiaan.