Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2021)

Jika anda mencari contoh resume terbaik, sila ikuti panduan yang akan dikongsikan di bawah ini.

#1 Contoh resume terbaik (untuk fresh graduate)

Contoh resume terbaik

Ini contoh resume terbaik yang aku katakan.

Kau abaikan apa isi dalam resume itu. Aku malas nak tukar sebab itu kerja kau, bukan aku.

Ada beberapa elemen penting yang kau kena tengok di sini:

 

Resume terbaik mesti ada design

Kau mesti pernah dengar pepatah “Dari mata, jatuh ke hati” bukan?

Sama juga dalam proses buat resume. Kalau kau buat cantik-cantik, kau akan menambat hati bakal majikan kau.

 

Buat resume sehelai sudah cukup

Kau janganlah guna Microsoft Word yang panjang berjela-jela. Sebagai seorang fresh graduate, tak banyak benda yang kau tahu pun.

Sah, tak akan panjang berjela punya. Buat sehelai sudah cukup.

Kau ingat majikan ada masa dan baca panjang-panjang?

 

Resume terbaik perlu ringkas & simple

Tak perlu masukkan maklumat transkrip dalam resume. Sampah semua itu.

Alam pekerjaan tak memerlukan berapa banyak markah yang kau dapat.

Keep it simple.

 

Guna font yang sesuai

Boleh tak kau gunakan font yang mudah dibaca?

Kalau guna Arial atau Times New roman, memang nampak biasa-biasa. Tapi itulah yang mudah untuk dibaca.

Kau ingat orang yang akan baca resume kau itu suka font yang pelik-pelik?

Saiz pula, gunakanlan dalam 12 atau 14.

Jangan besar sangat. Jangan kecil sangat.

 

#2 Contoh resume terbaik (untuk yang sudah bekerja)

Aku tahu kau cari contoh resume terbaik sebab kau nak cari kerja lain. “Better opportunity” katanya.

Ingat pesan aku, kalau nak cari kerja lain, resume kena cantik juga. Bukan hanya fresh graduate yang kena struggle buat resume yang bagus, kau pun kena buat perkara yang sama.

 

Sedikit pesanan

Dah siap semuanya, dah boleh mula cari kerja kosong.

Aku doakan semuanya berjalan lancar.

Kalau kau masih ada mak ayah lagi, jangan lupa minta doa mereka. Minta dengan sungguh-sungguh.

Kau perlu ingat, doa maka ayah ialah antara doa yang paling makbul sekali.

Semoga bermanfaat.

 

1 thought on “Contoh Resume Terbaik (Format Ringkas & Simple 2021)”

  1. Maaf resume yg dikongsikan ini bukan untuk fresh graduate. Sepatutnya letak kat #2 Contoh resume terbaik yang sudah bekerja. Kesilapan anda disitu ialah anda graduate Master anda pada Disember 2014. Pengalaman kerja kamu pula bermula Januari 2014 dan pekerjaan terkini anda sehingga 2017. Well, kat situ dah nampak tak logiknya, 4 tahun wehh takkan masih fresh lagi..dan sepatutnya belum ada pengalaman yang seperti itu. Paling – paling pun biasa dan standardnya kerja kat fast food or any mall or else before dapat yang betul2 kerja yang dalam bidang.

    Reply

Leave a Comment