4 Contoh Surat Tunjuk Sebab (Tidak Hadir Kerja, Kursus, Mesyuarat)

Kadang-kadang, bukan kita tidak mahu pergi kerja. Cuma ada sebab tersendiri dan bersifat peribadi.
Bukan tidak mahu hadir kursus atau mesyuarat yang majikan suruh, tapi saat akhir ada perkara-perkara tertentu yang perlu diselesaikan.
Bukan juga sengaja mahu lewat datang kerja, tetapi ada hal yang perlu diselesaikan dahulu di rumah.
Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab yang boleh digunakan.

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kerja. Pastikan alasan kukuh, supaya boss boleh terima.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KERJA
Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang kerja>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami migrain yang berpanjangan. Saya kepilkan sekali surat pelepasan doktor, dengan MC dari <Nama klinik>.
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir kursus. Biasanya, kursus berlangsung beberapa hari, dan bukannya sehari. Pastikan alasan itu masuk akal untuk menyatakan kenapa tidak hadir kursus.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  KURSUS
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama kursus> pada <Tarikh tidak datang kursus, tarikh sekian-sekian> yang bertempat di <Lokasi kursus berlangsung>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang kursus>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kursus kerana anak saya kurang sihat, dan tiada siapa dapat menjaganya. Saya bimbang dengan tahap kesihatan anak saya, yang pada masa itu masih belum pulih sepenuhnya.>
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

Contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab tidak hadir mesyuarat. Walaupun cuma tidak datang ke mesyuarat, tulis alasan yang logik dan masuk akal. Bukan main asal tulis.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB KETIDAKHADIRAN  MESYUARAT
Dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya <Nama Pekerja> tidak dapat hadir ke <Nama mesyuarat> pada <Tarikh tidak datang mesyuarat> di <Tempat mesyuarat>.

  1. Sebab ketidakhadiran saya ialah kerana <Sebab tidak datang mesyuarat>. <Contohnya, saya tidak dapat hadir kerana mengalami cirit birit di rumah. Namun, tidak pergi ke klinik dan tidak mendapat surat pelepasan doktor>.
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya ketidakhadiran saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika tidak dapat hadir pada saat akhir.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

Contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja

Berikut ialah contoh surat tunjuk sebab lewat hadir kerja yang boleh digunakan.

<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
SURAT TUNJUK SEBAB LEWAT HADIR  KERJA
Saya dengan segala hormatnya, merujuk kepada perkara, saya <Nama Pekerja> lewat hadir kerja pada <Tarikh tidak datang kerja>.

  1. Sebab kelewatan saya ialah kerana <Sebab lewat datang kerja>. <Contohnya, saya lewat hadir kerja kerana menghantar anak saya ke klinik terlebih dahulu. Anak saya mengalami demam panas yang teruk. Anak saya juga muntah-muntah.>
  2. Saya ingin memohon maaf sekiranya kelewatan saya menyusahkan Tuan.
  3. Saya berjanji tidak akan mengulangi lagi perkara ini. Saya juga akan memaklumkan Tuan terlebih dahulu jika lewat datang kerja pada hari tersebut.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,
……………………………………………
<Nama Pekerja>

Kesimpulan

Apa pun alasan kita, pastikan ketua kita tahu tentang perkara ini. Jangan berat tangan untuk Whatsapp boss kita pagi-pagi. Nanti, kita yang rugi.
Layari The Berkat untuk lebih banyak lagi contoh surat rasmi.

Leave a Comment