20+ Senarai Kerja Kosong di Singapura (Jawatan Kosong Terkini 2021)

Ya, memang wujud. Jika tidak ada SPM, masih lagi boleh bekerja di Singapura. Ada banyak kerja kosong di Singapura. Ada yang kerja di hotel, ada juga yang kerja di kilang. Ada yang jadi pengawal keselamatan dan ada juga yang kerja cuci pinggan. Yang penting halal. Ikut rezeki masing-masing.
Rezeki kita, kalau tidak ada di Malaysia, mungkin boleh cuba nasib di Singapura pula. Mencari kerja kosong Singapore tidaklah sesukar mana, jika tahu caranya.
Izinkan kami berkongsi sedikit maklumat tentang kerja kosong Singapore yang terkini.

Kerja yang popular di Singapura

Ada banyak kerja di sini. Antara lokasi yang popular ialah:

  • Kerja di hotel
  • Kerja di kedai makan / restoran
  • Kerja di airport
  • Kerja di hospital / klinik
  • Kerja di kilang
  • Kerja di pelabuhan

Anda jawatan / kerja kosong yang ada ialah:

  • Cleaner
  • Cook / Chef (Tukang masak)
  • Waiter
  • Food service crew
  • Health attendant (Pembantu perubatan)
  • Porter
  • Room attendant
  • Housekeeping
  • Mechanial & Electrical (M&E) Technician
  • Security officer (atau orang biasa panggil Pak Guard)
  • Sales assistant
  • Production operator (Operator pengeluaran)
  • Facilities service specialist
  • Shipping assistant

Gaji minumum di Singapura

Gaji basic ialah SGD 1,000 (Singapore Dollar). Ini ialah gaji untuk ‘unskilled labour‘ iaitu gaji pekerja tanpa SPM. Ini belum termasuk elaun dan overtime.
Jika masuk elaun dan overtime, mungkin bulan mencecah sehingga SGD 1,500. Kalau ditukarkan kepada matawang Ringgit Malaysia, ia jadi lebih kurang (SGD 1,5000 x 3.00) = RM4,500
Namun, jika pekerja mempunyai Diploma atau Ijazah (Degree holder), gaji mungkin lebih tinggi.

Gaji ditolak work permit atau levi?

Tidak. Majikan di Singapura yang patut bayar. Jadi, gaji yang kita dapat adalah bersih. Work permit dan levi adalah di bawah tanggungjawab majikan, bukan pekerja. Majikan perlu bayar setiap bulan, tanpa tolak gaji pekerja.

Ada diploma, layak kerja cleaner?

Ini tidak benar. Sebenarnya, warga Malaysia boleh bekerja dalam apa jua industri di Singapura yang sesuai dengan kelayakan.

Tak ada SPM, boleh kerja di Singapura?

Ya, boleh. Sudah dijawab seperti di atas.

Tak pandai cakap Bahasa Inggeris

Ya, boleh kerja di Singapura kalau tak pandai cakap English. Ada kerja-kerja tertentu yang tidak memerlukan pekerja cakap Bahasa Inggeris.

Kos sara hidup tinggi?

Sudah tentu kosnya tinggi. Disarankan agar berulang-alik untuk lebih jimat.

Kurangkan kos sara hidup

Selalunya, pekerja tinggal di Johor Bahru (atau bandar berdekatan seperti Skudai, Kulai, Gelang Patah dan lain-lain) dan berulang-alik ke Singapura setiap hari.

Buat loan rumah dan loan kereta

Ya, kalau bekerja di Singapura, masih boleh buat loan rumah atau loan kereta di Malaysia. Tidak ada masalah. Sila bertanyakan pihak bank terlebih dahulu untuk kepastian.

Mesti guna agensi pekerjaan?

Tidak semestinya. Jika boleh cari sendiri, dialu-alukan.
Nasihat kami, carilah geng atau join mana-mana group seperti di Whatsapp atau Telegram, yang boleh berkongsi maklumat yang lebih tepat lagi. Jangan terlalu percayakan kata-kata yang hanya dari satu sumber sahaja.
Yang lebih penting, elakkan dari ditipu. Dan semestinya pasti, kerja kosong di Singapura untuk rakyat Malaysia memang wujud.

Kesimpulan

Kerjalah di mana-mana, asalkan halal. Ikut selera, samada mahu bekerja di Malaysia atau Singapura. Masing-masing ada cabaran yang tersendiri.
Jika memilih untuk tidak ke mana-mana, jemput baca kerja gaji besar di Malaysia tanpa SPM.
Kami doakan semoga pencarian kerja anda dipermudahkan; dan dapat membantu meringankan beban keluarga.
Semoga bermanfaat.

Nota: Info tentang kerja kosong Singapore di atas adalah bersumberkan fakta dan kenyataan oleh Najib Halim di YouTube.

2 thoughts on “20+ Senarai Kerja Kosong di Singapura (Jawatan Kosong Terkini 2021)”

Leave a Comment