6 Tips Pelepasan Cukai Gaya Hidup (Kemaskini 2021)

Bila hujung tahun, ramai yang berkira-kira, apa yang perlu dibelanjakan lagi, supaya boleh kurangkan cukai pendapatan untuk tahun depan?
Jangan sampai bila isi borang e-Filing nanti, banyak pula amaun kena bayar.
Perlu diingatkan, berbelanja pada tahun 2018, untuk pelepasan e-Filing pada tahun 2019. Berbelanjala pada tahun 2019, untuk pelepasan menggunakan sistem e-Filing pada tahun 2020. Begitulah seterusnya.
Bukannya belanja tahun ini, boleh dapat pelepasan pada tahun yang sama. Kena bijak merancang untuk dapatkan ‘tax exemption‘ atau ‘tax relief‘.
Yang penting, pastikan baca dulu senarai pelepasan cukai untuk tahun ini.

Apa itu pelepasan cukai pendapatan gaya hidup?

Orang putih kata, ‘lifestyle‘. Kalau nak nampak ada ‘lifestyle‘, bolehlah beli atau langgan perkara di bawah, dan dapatkan pelepasan cukai pendapatan gaya hidup.

Menurut LHDN:

  1. Pembelian buku, jurnal, majalah, suratkhabar bercetak dan penerbitan (selain bahan bacaan terlarang) untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  2. Pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  3. Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan mengikut Akta Pembangunan Sukan 1997 (tidak terpakai bagi jenis basikal bermotor) dan bayaran keahlian gimnasium untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak
  4. Bayaran langganan internet

Terhad kepada RM2,500 sahaja.

Penerangan pelepasan cukai pendapatan gaya hidup

Ikuti tips dan penerangan mudah, cara kurangkan cukai pendapatan secara sah ini, dalam kategori gaya hidup.

1. Beli buku banyak-banyak

Singgahlah mana-mana kedai buku seperti MPH, Popular dan Kinokuniya. Jangan beli banyak-banyak, tapi beli yang mahal-mahal. Jadi, tidaklah semak rumah dengan banyak buku.
Dan juga, belilah buku yang kita minat. Bukannya nanti bersarang di rak buku sampai tak baca sampai ke sudah.
Pastikan simpan resit. ‘Scan‘ jika perlu dan simpan dalam Dropbox atau Google Drive.
Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh belanjakan RM2500.

2. ‘Join‘ mana-mana gimnasium

Sebab apa? Sebab boleh tolak cukai. Katakan bayaran bulanan gimanasium ialah RM200. Kita boleh tolak cukai sebanyak RM2400 dalam setahun.
Dalam kategori Gaya Hidup, maksimum kita boleh dapat pelepasan RM2500. Jika sudah beli buku RM1000, ada baki lagi RM1500.

3. Naik taraf langganan Internet

Langganan Unifi yang paling laju untuk kediaman ialah 100Mbps. Memang ramai kata harga cekik darah, tapi kalau boleh kurangkan cukai pendapatan, apa salahnya.
Kalau kawasan rumah ada TIME, boleh dapatkan dengan harga RM99.

4. Beli laptop atau telefon bimbit baru

Tidak pasti pula, samada ini dibolehkan setiap tahun. Rasanya, hanya 3 tahun sekali sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi LHDN untuk maklumat terkini.
Cuma tidak perlu beli iPhone yang mahal sampai beribu-ribu ringgit. Maksimum pelepasan pun cuma RM2,500 sahaja.
Namun, apa yang menarik di sini, pelepasan boleh kepada diri sendiri, pasangan dan anak-anak.

5. Beli ‘breast pump‘ untuk ibu yang menyusukan anak

Ini tidak termasuk dalam gaya hidup. Ia memang spesifik dalam kategori embelian peralatan penyusuan. Terhad kepada RM1,000 sahaja.
Harga ‘breast pump’ seperti Medela dan Avent, kadang-kadang tidak masuk akal. Jadi memang logik kalau dimasukkan dalam pelepasan cukai.

6. Bayar zakat banyak-banyak

Hanya untuk Muslim.
Ini juga tidak termasuk dalam gaya hidup, tapi ini yang paling ‘best‘ sekali, kerana kita boleh tolak cukai tanpa had. Katakan kita bayar zakat RM10,000 dalam satu-satu masa, kita boleh tolak cukai RM10,000 juga.
Beruntung, kerana dalam masa yang sama, kita boleh membantu ekonomi orang Islam.

Kesimpulan

Kami bukanlah mahu anda semua lari dari cukai. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, cukai tetap kena bayar.
Jika kena caranya, bolehlah membantu sedikit dalam mengurangkan cukai pendapatan kita.
Hati senang, jiwa pun tenang.
Layari The Berkat untuk lebih banyak tips kewangan.

Leave a Comment