Permohonan SBP Tingkatan 1, Tingkatan 4 (2022)

Ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak ke SBP (samada Tingkatan 1 atau Tingkatan 4), boleh klik permohonan SBP online di sini. Cuma buat masa ini, belum lagi dibuka.

SBP hanya untuk golongan pendapatan rendah?

Ramai yang kecewa tahun lepas, apabila SBP hanya dibuka pada golongan B40, iaitu golongan berpendapatan rendah. Ramai yang kecewa tidak dapat masuk kerana pendapatan ibu bapa dalam kategori M40 dan T20.
Namun, kenyataan di atas hanya terpakai untuk ambilan pertama sahaja. Dikatakan, kuota untuk golongan B40 ialah dalam 60%. Bakinya, untuk golongan yang berpendapatan sederhana dan berpendapatan tinggi.

Kenapa pilih SBP?

Ibu bapa memilih anak ke SBP bukan kerana sekolah itu gah sangat. Namun, ada ibu bapa yang sedar, sukar untuk kawal anak di sekolah harian. Tambahan lagi, anak yang hidupnya melekat dengan gajet.
Walaupun ada SBP yang membenarkan anak membawa telefon bimbit, ia hanyalah telefon biasa. Maka, anak-anak tidak boleh akses Instagram yang buat mereka ketagih.
Jadi, persekitaran belajar sedikit-sebanyak dapat membantu anak-anak ini belajar dengan lebih baik, berbanding di rumah.

Patutkah saya buat permohonan SBP?

Tepuk dada, tanya selera. Ini perlu tanya diri sendiri.
Jika anda ibu bapa yang rapat dengan anak, boleh fikir dua kali. Ada anak-anak yang tidak selesa tinggal di asrama. Lebih-lebih lagi jika dia anak tunggal. Takut nanti bukan anak yang rindu anak, ibu bapa pula yang rindukan anak lebih-lebih.
Jika anak itu sendiri mahu ke asrama, silakan. Namun, jika anak menolak dari awal, jangan paksa. Bimbang nanti pelajaran entah ke mana, asyik homesick sahaja.
Jangan pernah memaksa anak-anak untuk buat apa yang kita mahu. Biarkan dia buat keputusan untuk diri sendiri.

Macam mana nak buat permohonan SBP?

Jangan risau, belum lagi UPSR. Belum lagi PT3. Fokus pada peperiksaan besar ini dulu. Belajar rajin-rajin.
Pihak sekolah biasanya akan maklumkan jika permohonan SBP online sudah dibuka.
https://sst1.moe.gov.my

Bila boleh mula mohon?

Sistem permohonan SBP online untuk kemasukan ke Tingkatan 1 tahun 2020 hanya akan dibuka pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Leave a Comment