Permohonan UPU Lepasan SPM 2022 (Apply Guna Borang Online)

Saban tahun kadar kemasukan pelajar ke universiti semakin meningkat. Ia merupakan suatu tanda aras kejayaan dalam pendidikan yang kerap diaplikasikan ke atas seseorang. Universiti merupakan satu badan pendidikan formal yang membolehkan pelajar lepasan sekolah meneruskan pembelajaran dalam bidang yang lebih meluas dan matapelajaran yang lebih spesifik terhadap pencapaian matlamat sesuatu diploma atau ijazah tersebut.

Latihan kemahiran dan kepakaran pula kebanyakkannya ditawarkan oleh kolej kemahiran yang lebih melatih kepada praktikal.
Permohonan UPU MOE (Ministry of Education) adalah perkataan wajib bagi pelajar lepasan sekolah, guru dan ibubapa yang terlibat. Ia merupakan satu permohonan untuk meneruskan pelajaran ke universiti dan  kearah bidang yang dikehendaki. Disini disertakan serba ringkas maklumat yang anda wajib tahu tentang permohonan UPU dan sebelum tarikh tutup UPU.

Apakah UPU

UPU bermaksud Unit Pusat Universiti. Semua pelajar lepasan SPM/STPM/Setaraf yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi akan kenal dengan akronim ini. UPU merupakan salah satu bahagian dalam Kementerian Pendidikan Malaysia yang menguruskan kemasukan pelajar ke Universiti Awam(UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Insititut Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Selain itu, UPU juga berperanan menggubal, melaksana dan memantau dasar-dasar bagi mempertingkatkan tempat belajar untuk Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf.

Tarikh Permohonan UPU 2019

Sehingga kini, tarikh masih belum keluar lagi. Sila semak di saluran rasmi.

Permohonan UPU 2019

Pada pendaftaran kali pertama, anda tidak perlukan nombor Unik ID BSN, ianya digunakan untuk membuat permohonan lengkap selepas itu. Oleh itu, apabila sistem permohonan dibuka kelak, anda boleh membuat pendaftaran kali pertama, masukkan no unik ID BSN dan terus buat permohonan lengkap.

No Unik ID BSN boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui kaedah beli di kaunter, perbankan dalam talian atau melalui mesin ATM BSN. Harganya cuma RM15.60.

Mengikut pengalaman, proses pembelian nombor unik dan permohonan UPU amat mudah kerana setiap langkah adalah secara satu persatu dan jelas. Yang belum jelas ketika itu adalah hala tuju bidang yang ingin diceburi, dengan digandingkan dengan keterujaan terhadap lokasi universiti yang dipohon.
Permohonan Daftar Kali Pertama
Untuk pendaftaran kali pertama, enam(6) item perlu diisi pemohon apabila sistem permohonan dibuka. Item tersebut terdiri daripada:

  • No Kad Pengenalan
  • Alamat emel
  • Nama Ibu
  • Kata laluan (yang senang diingati)
  • Kod Keselamatan
  • Soalan Keselamatan Profil Akaun

Permohonan Kali Pertama
Sekiranya mahu memohon, lima (5) item berikut perlu diisi oleh pemohon:

  • No Kad Pengenalan
  • No Unik ID BSN (beli mengikut kategori yang ingin dipohon)
  • Program Pengajian (pilih mengikut susunan)
  • Kategori (pilih mengikut kelulusan)

Setelah anda mendaftar dan ingin membuat kemaskini dan semakan, anda boleh log masuk dengan hanya menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata laluan yang telah didaftarkan.
Langkah-langkah ringkas permohonan bagi lulusan SPM/Setaraf, STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM:

  1. Daftar Kali Pertama
  2. Log Masuk
  3. Isi Maklumat Peribadi
  4. Isi Maklumat Keluarga
  5. Isi Maklumat Akademik
  6. Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
  7. Isi Maklumat Lain-Lain
  8. Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
  9. Klik Sah & Hantar
  10. Paparan Slip Permohonan dalam format PDF

Langkah-langkah ringkas permohonan bagi lulusan Diploma/Setaraf:

  1. Daftar Kali Pertama
  2. Log Masuk
  3. Isi Maklumat Peribadi
  4. Isi Maklumat Keluarga
  5. Isi Maklumat Akademik
  6. Isi Maklumat Pilihan Program Pengajian
  7. Isi Maklumat Lain-Lain
  8. Semak semua maklumat yang dimasukkan adalah betul
  9. Klik Sah & Hantar
  10. Paparan Slip Permohonan dalam format PDF
  11. Muat naik dokumen

Tips: Jika anda ingin mengemaskini maklumat UPU, anda hanya perlu tekan butang SETERUSNYA sehingga paparan maklumat pengesahan dan di akhir proses, sila tekan butang cetak slip UPUOnline. Jika terlupa, boleh semak di menu SEMAKANuntuk SLIP PERMOHONAN UPUONLINE.

Syarat Permohonan UPU 2019

Syarat Am Permohonan UPU
Untuk makluman, permohonan UPU dalam talian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia dan Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja. Bukan Warganegara perlu terus memohon ke Universiti Awam yang berkaitan.
Kategori-kategori untuk syarat kelayakan AM UPU:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Memiliki sijil SPM dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dan LULUS dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu kertas Julai juga diambil kira
  2. Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
    • Memperoleh sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan Gred C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am
  3. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
    • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid
  4. Malaysia University English Test (MUET)
    • Memperoleh sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1). Tempoh sah laku 5 tahun keputusan MUET adalah yang dikeluarkan mulai 1 Januari 2013

Syarat Khas Permohonan UPU
Setiap pemohon hendaklah memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang dinyatakan dalam SYARAT KHAS PROGRAM e-Panduan untuk permohonan kemasukan ke Universiti Awam bagi program pengajian lepasan STPM/Setaraf.
Syarat Kelayakan UPU.
Semua pemohon perlu membuat semakan syarat kelayakan UPU yang telah disediakan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar UPU, Jabatan Pendidikan Tinggi sebelum membuat permohonan. Semakan ini penting dalam menegtahui maklumat penting berkaitan UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA yang ingin dipohon. Antara maklumat yang boleh didapati adalah termasuk syarat am kemasukan, syarat khas permohonan program pengajian, senarai program pengajian yang ditawarkan serta maklumat lain berkenaan institusi berkaitan.
Semakan boleh dibuat di pautan URL:

Bagi permohonan ke Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti, boleh melayari:

Semakan syarat kelayakan untuk program pengajian Politeknik juga boleh dibuat di;

Semakan keputusan boleh dibuat melalui laman web rasmi UPU. Semakan temuduga UPU bagi program berkaitan sahaja boleh disemak melalui laman sesawang yang sama.

Rayuan UPU 2022

Untuk rayuan UPU lepasan SPM/Setaraf, rayuan hanya dibuka kepada yang tidak berjaya masuk ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik Premier.
Ia adalah perkara agak lazim sekiranya anda tidak ditempatkan ke program dan universiti yang dipilih. Ada yang menakutkan dengan perkataan akan diberi ‘kursus lelong’ dimana anda akan diberikan kursus yang tidak ada kaitan dengan latarbelakang dan minat anda, seakan-akan hanya untuk diberi peluang masuk ke universiti.
Usah berfikiran negattif kerana beratus lagi orang yang tidak dapat berada di menara gading malah ditarik nikmat untuk hidup dan merungut sepertimana yang akan terfikir untuk lakukan. Rayuan untuk ke Politeknik Konvensional, METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, pemohon boleh terus ke agensi berkaitan.
Pemilihan bagi permohonan rayuan pula adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baru. Untuk Fasa 2 rayuan ambilan UPUOnline bagi lepasan STPM/Setaraf, pemohon tidak perlu lagi memohon semula. Pengambilan adalah berdasarkan kekosongan tempat selepas pendaftran pelajar baru fasa 1.

Keputusan UPU 2022

Sila semak terus laman laman rasmi untuk menyemak keputusan UPU.
Usah bimbang kerana sekiranya terdapat sebarang aduan dan pertanyaan berkaitan kemasukan pelajar ke IPTA, dengan mudah anda boleh layari saluran rasmi di http://upu.moe.gov.my dan juga melalui https://online.moe.gov.my/UPU/MAKLUMBALAS. Anda juga boleh hubungi talian helpline (03) 8870 8200 pada hari bekerja sahaja bermula jam 7:30 pagi hingga 5:30 petang.
UPUPocket
Kini, aplikasi UPUPocket juga telah ada dan sedia dimuat turun di Play Store & App Store. Kandungan UPUPocket yang utama terbahagi kepada tiga iaitu Semakan, E-Panduan dan Tarikh-tarikh penting. Ia merupakan langkah yang bijak untuk memuatturun aplikasi ini. Semakan kelayakan, status permohonan UPU dan keputusan rayuan boleh dilakukan dihujung jari melalui aplikasi serba ringkas dan pantas.
Layari The Berkat untuk lebih banyak tips pendidikan.

Leave a Comment