7 Sebab Ibu Bapa Perlu Hantar Anak ke Pusat Tuisyen

Bukan sekolah tidak bagus. Cuma ada ibu-bapa yang hantar anak ke pusat tuisyeWalaupun seawal darjah 4 atau 10 tahun (ataupun lebih muda lagi), ada ibu-bapa yang hantar anak pergi pusat tuisyen.
Jika tidak hantar ke pusat tuisyen pun, jika ada duit lebih, ada juga yang panggil cikgu tuisyen datang rumah. Tuisyen di rumah, depan mata. Lebih selesa katanya.
Tepuk dada, tanya selera.
Mari kita lihat, apakah antara sebab ibu-bapa perlu hantar anak ke pusat tuisyen atau tuisyen di rumah.

1. Anda dan pasangan sibuk bekerja

Mak ayah memang tak sempat nak tengok-tengok anak. Pergi sebelum matahari keluar, balik dah gelap. Barangkali, tidak ada masa untuk anak-anak.

2. Tak ada masa untuk ‘check homework’ anak

Anak main buat ikut apa yang dia tahu sahaja. Silap-silap, anak tak buat kerja rumah langsung. Kebetulan cikgu tak cakap apa-apa, penjaga pula tidak bertanya. Maka, dua-dua rugi.
Ulangkaji untuk ‘exam‘? Bila penat, tentu sekali tak sempat untuk luangkan masa bersama anak-anak.

3. Tarikh peperiksaan UPSR, PT3 atau SPM makin dekat

Tentu sekali ibu-bapa tidak ada kemahiran tertentu dalam subjek-subjek peperiksaan. Walaupun tahu, format mungkin berubah dan tidak sama.
Cikgu tuisyen boleh membantu dalam hal ini. Namun, sebaiknya pelajar perlu bertanya guru di sekolah masing-masing. Tidak boleh mengharapkan input dari cikgu tuisyen semata-mata.

4. Ada anak-anak kecil lain di rumah

Suasana tentu bising. Boleh jadi, si anak yang kita mahu hantar tuisyen masuk campur sekali, join untuk buat bising di rumah. Tidak ada fokus. Tidak ada suasana belajar.

5. Anak selalu berseorangan di rumah

Jika anak tunggal, lain pula ceritanya. Bimbang dia bosan di rumah seorang diri, lebih baik hantar pergi tuisyen. Juga bimbang dia buat perkara yang bukan-bukan tanpa kawalan ibu-bapa.

6. Anak asyik main game di rumah

Jika anak tidak bermain di rumah, mungkin dia bermain game menggunakan komputer, Xbox, PS4 atau lebih popular lagi dengan telefon bimbit kita. Lagi teruk, dia ada telefon bimbit Android atau iPhone sendiri yang dihadiahkan ibu-bapa sendiri.
Biar dia renggang sekejap dengan game. Lepas Maghrib, hantar pergi tuisyen.

7. Pelajaran anak merosot

Walaupun nombor satu dalam kelas tidaklah penting, kita masih lagi anak-anak berjaya dalam pelajaran. Tidak ketinggalan. Tambahan lagi, mungkin ada pelajaran yang dia tidak faham cikgu ajar di sekolah

Implikasi

Tentu ada mulut-mulut sumbang berkata, “Mak bapak jenis apa tak boleh nak luangkan masa untuk anak? Kerja, kerja, kerja. Tak sayang anak ke?”
Orang yang tak rasa, tak tahu. Bukan tidak mahu ajar anak sendiri, kadang-kadang kekangan masa. Bila balik kerja, badan penat, mahu masak, mahu layan anak-anak lain. Kadang-kadang, ibu-bapa jadi marah tidak bertempat.
Apapun keputusan kita, samada hantar anak ke pusat tuisyen, atau panggil cikgu tuisyen ke rumah, kami tahu itu adalah satu keputusan terbaik.
Paling penting, jangan lupa ajar anak Al-Quran di rumah atau di mana-mana pusat belajar Al-Quran. Ini yang lebih penting, saham untuk akhirat.

Leave a Comment