Kerjaya

8 Tips Temuduga Untuk Fresh Graduate, Yang Tiada Pengalaman Kerja

Tips interview untuk fresh graduate

Organisasi semakin demand dan golongan fresh graduate semakin resah. Selain dari kekurangan kemahiran dan pengalaman kerja, ramai juga diantara mereka yang tidak mempunyai pengalaman di dalam temuduga untuk mendapatkan pekerjaan.

Ini adalah kerana kurangnya pendedahan berkenaan perkara-perkara asas yang perlu diketahui sebelum menghadiri temuduga. Bersama-sama ini dikongsikan tips temuduga yang perlu anda tahu sebagai persiapan menghadapi temuduga nanti.

1. Research, syarikat itu buat apa?

Tips temuduga untuk fresh graduate

Jangan main datang interview maca itu sahaja.

Panel temuduga mungkin akan bertanyakan soalan berkenaan dengan bagaimana anda melihat posisi organisasi pada masa hadapan, apa kelebihan pesaing mereka dan kaedah terbaik untuk organisasi terus maju.

Untuk tujuan ini, elakkan kajian industri yang tidak berkenaan. Fokus kepada pilihan pekerjaan dan pemilihan industri yang khusus sahaja.

Ini adalah bertujuan bagi mengelakkan anda tersasar jauh dari fakta sebenar dan menganggu ketersediaan mental anda untuk menjawab soalan yang seterusnya.

2. Kena pandai jawab “Tell me about yourself”

Tips interview untuk fresh graduate

Kesilapan paling besar ialah bila anda menjawab dengan cara begini:

“Nama saya sekian-sekian. Anak kedua dari empat orang adik beradik. Sekarang menetap di Shah Alam. Baru habis belajar dari UiTM Puncak Alam dalam bidang sekian-sekian. Belum lagi konvokesyen”

Nampak tak, betapa tak ada gunanya jawapan di atas pada panel penemuduga? Tak ada kaitan pun kalau cerita tentang keluarga dan adik-beradik.

Bandingkan dengan cara menjawab soalan “Tell me about yourself” begini, yang dipetik dan diubahsuai dari laman TheMuse menggunakan formula Present-Past-Future.

“Well, I’m currently an account executive at Petronas, where I handle our top performing client. Before that, I worked at an agency where I was on three different major national healthcare brands. And while I really enjoyed the work that I did, I’d love the chance to dig in much deeper with one specific healthcare company, which is why I’m so excited about this opportunity with KPJ Healthcare.”

Petikan di atas untuk orang yang sudah ada pengalaman. Bagi fresh graduate yang tidak ada pengalaman, ubah sedikit dengan menyatakan pengalaman menguruskan projek semasa belajar dahulu.

3. Kena pandai jawab “Why should we hire you?”

Jelaskan key selling point untuk soalan “Why should we hire you?”, berserta sebab-sebab anda mahu dan layak untuk jawatan tersebut. Sediakan 3 hingga 5 key selling point apabila ditanya “Apa yang membuatkan anda adalah pilihan tepat untuk pekerjaan tersebut?”  

Berikan contoh untuk setiap satu selling point yang ada. (Contoh: Saya mempunyai kemahiran komunikasi yang amat baik. Contohnya saya pernah mengadakan satu sesi taklimat untuk semua pelajar di kolej dahulu.).

Juga maklumkan kepada panel mengapa anda mahukan jawatan tersebut-termasuk apa yang menarik minat anda mengenainya.

4. Tanya balik orang yang temuduga

Tips interview fresh graduate

Baru nampak smart!

Hadirkan diri ke  sesi temuduga dengan soalan-soalan yang bernas yang berupaya untuk memperlihatkan ilmu anda berkenaan dengan organisasi tersebut. Panel akan selalu menanyakan perkara ini semasa sesi temuduga.

Dalam kebanyakan kes, jika anda tidak mempunyai soalan, panel mungkin berasakan bahawa anda mungkin tidak berminat dengan jawatan tersebut ataupun organisasi tersebut. Contoh soalan adalah “Jika pihak mahu memilih calon yang terbaik untuk sesi temuduga ini, apakah kriteria tersebut?”

5. Praktis, praktis, praktis

Ini adalah penting agar anda bersedia untuk menjawap soalan yang mencabar di atas tadi iaitu “Tell me about yourself” dan “Why should we hire you?”.

Soalan sebegini bukan sahaja penting dari segi kandungan malah keyakinan ketika menjawab juga memainkan peranan. Ajak bersama adik beradik atau kawan-kawan untuk menjadi juri dan menilai latihan anda.

Kalau masih lagi rasa tak yakin, hafal. Itu lebih baik.

6. Bagi first impression yang terbaik.

Tips temuduga kerja untuk fresh graduate

Impression itu penting. Kena tunjukkan yang anda ada keyakinan diri. Senyum jangan tinggal.

Setiap saat anda adalah amat bermakna dan jangan sesekali anda mengabaikan masa anda walaupun sesaat.

Terdapat beberapa kajian mengatakan bahawa panel penilai telah tertarik untuk menawarkan pekerjaan kepada seseorang hanya dengan beberapa minit sahaja. Masa selebihnya adalah untuk mencari nilai-nilai tambah bagi mengukuhkan lagi keputusan yang telah diambil.

7. Bersependapat dengan panel temuduga

Tips cari kerja untuk fresh graduate

Jangan sesekali mencuba untuk berperang dengan panel temuduga. Anda boleh mengatakan sesuatu seperti “Setiap orang mempunyai pendapat yang berbeza, dan itulah yang melengkapkan sesama pekerja di dalam sesuatu organisasi”.

Jika panel temuduga cuba untuk mencabar anda dengan soalan-soalan yang ekstrem, gunakan kaedah bersikap neutral kerana panel temuduga sebenarnya sedang menguji anda.

8. Jangan terlalu ikut emosi

Tak perlu tunjukkan muka takut. Penemuduga tahu kita menang nervous.

Tiada siapa penemuduga yang suka mendengar seseorang itu bercakap buruk dengan majikan atau kerja-kerja terdahulu. Jangan jadikan perkara ini sebagai jerat untuk penilaian temuduga anda. Alasan paling besar untuk penemuduga tidak ambil anda bekerja.

Anda mungkin akan mendapat soalan seperti “Apa yang anda pelajari semasa latihan praktikal? Apa perkara yang kurang ada gemari berkenaan dengan tempat kerja lama anda?”

Jawab elok-elok, jangan ikut emosi.

Soalan seperti ini sebenarnya boleh menjerut leher anda jika anda terlalu beremosi untuk menjawabnya. Anda boleh menyatakan sebab seperti anda ingin mencari pengalaman baru, menambah kemahiran yang sedia ada dan inginkan cabaran yang baru.”

Akhir kalam

Jangan lupa minta doa dan restu mak ayah.

Selebihnya adalah tawakal dan berdoa jika anda sudah berusaha untuk pengakhiran yang terbaik. Ada pendapat mengatakan bahawa  golongan ini tidak mampu bersaing kerana kurangnya kemahiran komunikasi dan sikap sambil lewa yang ditonjolkan semasa sesi temuduga.

Mari sama-sama, ubah persepsi ini dan anda mampu mendapatkan pekerjaan yang anda impikan walaupun tidak mempunyai pengalaman kerja. Jika anda memahami dan ikut tips temuduga untuk fresh graduate di atas, anda sudah semestinya mampu untuk memberikan persepsi yang terbaik di mata panel temuduga.

Selamat mencuba dan selamat berjaya!

Carian dari Google:

  • cara menjawap temuduga dengan tepat
  • soalan bertanyakan pada company
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top