Tips Untuk Berjaya dalam SPM (Agar Cemerlang, Dapat Straight A’s)

Ini bukanlah omongan kosong. Tips untuk berjaya dalam SPM ini dikongsikan sendiri oleh Nadiah, ihsan dari Utusan.
Walalupun perkongsian ini tahun 2007, ia masih lagi relevan. Kami kupaskan apa antara tips dan amalan beliau.
Tips untuk berjaya dalam SPM, oleh Nadiah

1. Fokus pada mata pelajaran yang penting dulu

Beri penekanan yang lebih kepada mata pelajaran utama atau penting. Namun, penekanan kepada mata pelajaran penting juga boleh diubah sekiranya dirasakan perlu. Jangan fokus pada mata pelajaran yang tidak penting

2. Beri tumpuan dalam kelas

Bemberikan tumpuan ketika berada di kelas dan seboleh-bolehnya menyelesaikan masalah yang ada ketika itu juga dengan bimbingan guru-guru.

3. Tidur awal

Jangan berjaga sehingga larut malam untuk mengulangkaji pelajaran. Lebih bagus, masuk tidur tepat jam 11 malam.

4. Amalkan solat tahajjud

Bangun lebih awal iaitu kira-kira jam 3.30 pagi untuk bersolat sunat dan menghafal al-Quran sambil menunggu waktu solat subuh. Kemudian baru bersiap-siap ke sekolah.

5. Hafal Al-Quran

Membaca dan menghafal kitab Al-Quran merupakan kaedah yang baik untuknya untuk sentiasa dapat berfikir dan bertindak secara lebih tenang dan mudah membuat hafalan dalam pelajaran. Cubalah hafal Al-Quran dan jadikan amalan harian, walaupun dilakukan secara sedikit demi sedikit.
Antara surah pilihan yang bagus ialah Yasin, Al-Mulk, Ar-Rahman, Al-Sajdah, Al-Waqiah dan Luqman. Simpanlah cita-cita untuk menghafal kesemua juzuk dalam al-Quran kerana ia mampu memberi ketenangan dan menguatkan ingatan.

6. Dengar lagu nasyid

Mendengar lagu-lagu nasyid yang sesuai untuk membentuk jiwa seseorang menjadi lembut. Jika kita sentiasa terdedah dengan lagu-lagu bercorak keras, lama kelamaan jiwa kita juga akan menjadi keras

7. Jangan suka meniru

Sikap suka meniru juga merupakan tabiat yang sangat buruk dan boleh menyebabkan sesuatu bangsa itu akan mundur. Bimbang bila suka sangat meniru kerja orang lain, pelajar akan jadi kurang yakin dan tidak dapat menjawab dengan baik.

8. Jangan ada boyfriend / girlfriend

Teman lelaki atau teman wanita istimewa tidak perlu ketika masih di bangku sekolah. Ini kerana tanggungjawab seorang pelajar adalah menuntut ilmu. Kasih sayang ibu bapa, adik-beradik, guru-guru dan rakan-rakan sudah memadai.

Usaha dan bertawakkal

Nampak tak, semua tips untuk berjaya dalam SPM di atas, langsung tidak ada kaitan dengan SPM. Ia lebih kepada membentuk keperibadian seseorang.
Benarlah, tiada jalan pintas untuk berjaya. Jika akhlak baik, maka kebiasaannya pendidikan dan pelajaran juga terjaga.

Leave a Comment