10+ Kerja Gaji Besar dan Lumayan Tanpa Sijil SPM (2021)

Di Malaysia, SPM dijadikan sebagai penanda aras kelayakan pekerjaan seorang di masa hadapan. Bagi kebanyakan masyarakat tempatan, jika anda gagal dalam SPM maka anda gagal dalam hidup anda. Namun begitu, tak semua pemegang keputusan SPM yang cemerlang menjanjikan pekerjaan bergaji lumayan. Ada juga pekerjaan yang memberikan gaji lumayan tanpa memerlukan SPM sekalipun. Oleh itu, berikut kami senaraikan kerja gaji besar, tinggi dan lumayan tanpa SPM.

Agen Insuran

Zaman sekarang ramai yang berlumba-lumba untuk memohon sebagai seoarang agen insuran sebagai pekerjaan sampingan mereka. Malah, ada juga yang berhenti bekerja semata-mata untuk menjadi agen insuran.
Walaupun kita berasa tak senang dengan mereka, namun kebanyakan mereka yang menceburi pekerjaan ini berjaya memperoleh gaji yang tinggi malah ada juga yang bergelar sebagai jutawan. Anda bolehlah cuba memohon di cawangan insuran berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut.

Agen Hartanah

Sekiranya anda pernah dengar gelaran seperti Broker Rumah atau Broker Tanah, ianya satu gelaran yang sering diberikan kepada seorang agen hartanah.
Harga tanah dan rumah di Malaysia, setiap tahun semakin meningkat dan berikutan dengan itu, agen hartanah yang berjaya menjual atau mendapatkan pembeli hartanah, mampu memperoleh pulangan komisen yang sangat tinggi.
Lagi banyak hartanah yang anda uruskan, lagi banyak keuntungan yang anda dapat. Anda boleh lawati syarikat yang menguruskan jual beli hartanah untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Operator Pelantar Minyak

Bekerja sebagai operator pelantar minyak menjanjikan gaji yang sangat tinggi.
Namun begitu, perlu diingati bahawa anda perlu banyak berkorban untuk pekerjaan ini kerana ianya dianggap sebagai kerja yang agak bahaya, dan anda terpaksa berjauhan dengan keluarga dalam masa beberapa bulan kerana berada di atas pelantar minyak di tengah-tengah laut.

Menjadi Artis

Salah satu kerja gaji besar yang memberikan gaji yang cukup lumayan tanpa memerlukan SPM adalah menjadi seoarang artis.
Sekiranya anda mempunyai suara yang merdu atau wajah yang menawan, anda boleh memohon sebagai seorang penyanyi atau model. Tetapi perlu diingat bahawa anda perlu bersedia untuk berhadapan dengan kritikan dan komen daripada pasukan ‘netizen’ Malaysia.
Lihat sahaja, bagaimana kehidupan pelajar Akademi Fantasia dan Raja Lawak sekarang.

Pemain Bola Sepak

Jika anda mempunyai bakat dalam bermain bola sepak, anda bolehlah menghadiri pemilihan untuk menjadi pemain bola sepak profesional. Pemain bola sepak telah diiktiraf sebagai salah satu penerima gaji tertinggi di Malaysia. Malah, ada juga yang mencecah puluhan juta ringgit jika anda sudah lama bermain sebagai pemain bola sepak profesional.

Bekerja di Singapura, Gaji Lumayan

Ini kerja gaji besar yang popular bagi warga Johor.
Walaupun Singapura berada bersebelahan dengan Malaysia, namun nilai mata wang mereka adalah lebih tinggi susulan daripada kemajuan ekonomi mereka.
Ramai rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di Johor mengambil peluang untuk bekerja di Singapura oleh kerana pulangan gajinya yang menjadi tinggi apabila ditukarkan kepada mata wang Malaysia. Anda bolehlah cuba memohon pekerjaan di Singapura sekiranya berminat.
Ramai tak tahu, ada banyak kerja kosong di Singapura. Cuma kerja agak penat sedikit, namun pasti berbaloi.

Membuat Aplikasi Telefon Bimbit

Pencipta aplikasi telefon bimbit yang berjaya mampu memperoleh jutaan ringgit melalui aplikasi mereka sendiri. Anda tidak memerlukan SPM tetapi anda perlu ada kemahiran pengekodan atau ‘coding’ bagi menghasilkan satu aplikasi. Jika anda berjaya hasilkan satu aplikasi yang dicari-cari oleh pengguna, anda sudah boleh berehat dan hanya terima keuntungan daripada aplikasi anda.

Kerja Gaji Besar Jual Barangan Online

Masyarakat sekarang sangat gemar membeli online daripada pergi ke pusat beli-belah itu sendiri. Oleh itu, anda boleh ambilkan kesempatan ini untuk menjual barangan onnline. Anda tidak perlu membayar sewa tapak atau pekerja kerana anda sendiri yang menguruskan penjualan barangan anda hanya berada di rumah.

Mencipta Laman Web

Seperti penciptaan aplikasi, laman web juga mampu memberikan pulangan yang tinggi bagi yang mempunyai kemahiran dan kreativiti untuk mencipta sebuah laman web. Kemahiran ini juga boleh dipelajari dengan mudah di YouTube, Google dan sebagainya.

Kerja Gaji Besar dengan Produk Kosmetik

Salah satu permintaan produk tertinggi di Malaysia adalah produk kosmetik. Jadi anda bolehlah ambil peluang ini dengan menjual barangan kosmetik buatan anda sendiri dalam Malaysia. Sekiranya produk anda terkenal dan diminati ramai, anda boleh cuba meluaskan pasaran anda sehingga ke pasaran antarabangsa.

Kesimpulan

Perkongsian dari BusinessInsider mengatakan bahawa bidang IT, kejuruteraan dan kesihatan adalah antara yang menerima gaji lumayan. Tentunya mereka ini orang yang berpelajaran. Namun, rezeki untuk orang yang tidak berapa pandai bukan ditentukan oleh industri.

Apa yang ingin kami katakan, SPM tidaklah menentukan kerjaya seseorang individu pada masa hadapan. Jangan ingat gaji tinggi itu hanya untuk orang yang berpelajaran tinggi sahaja.

Sekiranya anda telah berusaha, jangan putus asa kerana masih terdapat banyak alternatif pekerjaan yang tidak memerlukan SPM sekalipun bagi mendapatkan gaji yang tinggi.

Rezeki bukan dari syarikat, tetapi rezeki datang dari Allah.
Semoga bermanfaat.

Leave a Comment