Cara Buat Resume Online (Untuk Cari Kerja Kosong)

Kalau kau nak buat resume untuk cari kerja, aku sarankan kau baca cara buat resume online seperti di bawah ini. Cara yang akan aku tunjukkan ialah contoh resume terbaik yang ringkas.

Cara buat resume online guna Canva

Aku rasa tak perlu perkenalkan Canva lagi. Kau mesti pernah dengar bukan?

  1. Pertama sekali, kau kena daftar di laman web rasmi Canva di sini: https://canva.com
  2. Kau boleh pilih untuk register guna Google, Facebook atau masukkan email kau
  3. Kalau aku, aku pilih Sign up with Google
  4. Senang pun senang, tak perlu nak ingat password bagai
  5. Kau ikut langkah seterusnya sehingga siap
  6. Aku rasa benda ini senang. Takkan aku nak beritahu langkah demi langkah
  7. Kalau dah siap semuanya, kau perlu login Canva dulu
  8. Seterusnya, kau akan berada di bahagian Recommended for you
  9. Masukkan kata kunci “resume” dalam kotak carian
  10. Kau boleh pilih jenis resume yang kau mahu, antaranya:
    • Corporate Resume
    • College Resume
    • Minimalist Resume
    • Acting Resume
    • Photo Resume
    • Infographic Resume
    • Simple Resume
  11. Katakan kau pilih Resume sahaja
  12. Akan keluar berlambak-lambak templates design
  13. Pilih sahaja mana satu yang kau mahu
  14. Aku cadangkan, kau pilih yang background warna putih atau cerah
  15. Jangan gunakan background gelap, kecuali kau dalam industri kreatif
  16. Lepas klik design yang kau nak, kau akan dibawa ke satu page baru
  17. Di sini, kau perlu edit apa yang telah disediakan
  18. Antara perkara yang penting untuk kau edit ialah:
    • Gambar
    • Maklumat pendidikan
    • Maklumat tentang pengalaman kerja
    • Skills
  19. Sila semak beberapa kali sebelum kau download
  20. Kalau kau dah puas hati, pergi bahagian kanan atas
  21. Akan ada butang Print Letterhead, tapi bukan ini yang kau perlukan
  22. Klik gambar anak panah ke bawah itu
  23. Klik Download
  24. Ini adalah format yang akan ditunjukkan
    • PNG
    • JPG
    • PDF Standard
    • PDF Print
    • MP4 Video
    • GIF
  25. Aku cadangkan kau pilih PDF Print sebab kualitinya lebih tinggi
  26. Fail yang kau mahu akan dimuat turun
  27. Sekarang, inilah masa untuk cari kerja kosong

 

 

Sedikit pesanan

Kau jangan malas sangat sampai main copy-paste orang lain punya resume.

Aku cukup benci orang yang suka meniru bab buat resume. Sudahlah assignment pun kau banyak copy-paste, takkan resume pun kau nak tiru juga?

Sudah-sudahlah.

Alam pekerjaan tak sama macam masa kau belajar dulu. Kalau tak ubah perangai itu, sampai bila?

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment