6 Contoh Surat Berhenti Kerja dalam Bahasa Melayu (Kemaskini 2021)

Berhenti kerja ialah satu keputusan yang sangat sukar. Setelah fikir masak-masak, kami yakin anda sudah muktamadkan keputusan itu.
Ini contoh surat berhenti kerja yang boleh anda guna. Jadi profesional. Kita datang cara baik, berhenti kerja pun cara baik. Pastikan ada alasan berhenti kerja yang munasabah. Bukan yang mengarut dan tidak logik.

Contoh surat berhenti kerja (Notis sebulan)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis sebulan atau 30 hari.
Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis sebulan dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>
Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA  SEBULAN DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1. Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Contoh surat berhenti kerja (Notis 24 jam)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana telah mendapat tawaran di tempat lain, dengan notis 24 jam.
Dinasihatkan agar semak semula surat tawaran kerja terlebih dahulu, adalah notis 24 jam dibenarkan.  Bimbang kena bayar apa-apa penalti.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA 24 JAM DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa  <Tarikh berhenti kerja>

  1. Untuk makluman pihak Tuan perletakan jawatan ini disebabkan saya telah mendapat tawaran pekerjaan yang baru.
  2. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan kepercayaan kepada saya ketika melaksanakan tugas. Saya juga begitu gembira selama saya berkhidmat dengan <Nama Syarikat>.
  3. Sehubungan dengan itu, saya berharap pihak Tuan dapat memberi kerjasama dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Contoh surat berhenti kerja (Serta merta)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja serta merta. Mungkin anda sudah tidak tahan sangat dengan karenah ofis dan perangai boss yang selalu Whatsapp tidak kira masa.
Jika tiada lagi jalan penyelesaian, boleh gunakan contoh ini. Tidak perlu guna ayat bombastic untuk menyatakan alasan. Cukup sekadar menyatakan notis ingin berhenti kerja serta-merta.
Tulis dengan ringkas dan padat.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA SERTA MERTA DI <NAMA SYARIKAT>

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Saya <Nama Pekerja> yang bertugas sebagai <Jawatan Sekarang> ingin memaklumkan kepada pihak Tuan tentang perletakan jawatan saya berkuatkuasa serta-merta.

  1. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada <Nama Syarikat> kerana sudi memberi peluang pekerjaan di sini.
  2. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Contoh surat berhenti kerja (Sambung belajar)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin menyambung pengajian.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>
Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA  DI <NAMA SYARIKAT>
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana ingin menyambung pengajian di <Institusi Pengajian Tinggi> dalam <Nama Kursus>. Pengajian tersebut akan bermula pada <Tarikh Mula Pengajian>. Saya perlu menyelesaikan pelbagai urusan sebelum memulakan pengajian di sana.
  2. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Contoh surat berhenti kerja (Atas sebab ikut suami)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja kerana ingin ikut suami yang bekerja di negeri lain atau ke luar negara.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> KERANA IKUT SUAMI
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1. Tujuan saya meletak jawatan ini adalah kerana mengikut suami yang kini bekerja di <Tempat Kerja Suami>.
  2. Diharapkan pihak Tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  3. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Contoh surat berhenti kerja (Atas sebab kesihatan)

Berikut ialah contoh surat berhenti kerja atas sebab kesihatan, dan selalu berulang-alik ke klinik / hospital.
<Nama Pekerja>
<Alamat Pekerja>

Tarikh :  <Tarikh>
Pengurus,
<Nama Syarikat>
<Alamat Syarikat>

Tuan/Puan,
NOTIS BERHENTI KERJA DI <NAMA SYARIKAT> ATAS SEBAB KESIHATAN
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan, bahawa saya <Nama Pekerja> akan meletakkan jawatan saya daripada syarikat Tuan berkuatkuasa <Tarikh berhenti kerja>

  1.      Tujuan saya meletak jawatan ini adalah atas sebab kesihatan.
  2. Seperti Tuan sedia maklum, saya terlalu kerap mengambil cuti sakit. Saya bimbang ia akan menjejaskan prestasi syarikat.
  3. Saya juga selalu berulang-alik ke <Nama Klinik / Hospital> untuk mendapatkan rawatan.
  4. Diharapkan pihak tuan dapat mempertimbangkan notis saya ini.
  5. Segala jasa baik dan kerjasama dari pihak Tuan sepanjang saya berkhidmat di sini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

……………………………………………
<Nama Pekerja>
No Pekerja :<No. Pekerja>
<Alamat Pekerja>
No. Tel : <No Telefon Pekerja>

Download contoh surat berhenti kerja

Sila download surat berhenti kerja versi Bahasa Melayu dalam format Microsoft Word (.doc / .docx) di sini.
Kami tidak menyediakan format Adobe PDF (.pdf) kerana format Microsoft Word (.doc / .docx) lebih mudah untuk edit.

Kesimpulan

Walau apa-pun alasan kita, berhentilah cara baik. Jangan keluar begitu sahaja kerana ia akan menjejaskan reputasi kita.

Leave a Comment