Relationship

4 Sebab Kenapa Lelaki Ego, Jarang Mesej Pasangan (Dalam Whatsapp)

Kenapa lelaki ego

Pernahkah anda tertunggu-tunggu mesej daripada pasangan anda? Seharian menanti mesej di WhatsApp dan segala bagai sosial media tetapi masih tiada sebarang khabar – hmm, rasa-rasanya kenapa?

Aduh, mesti terasa seksa sungguh apabila anda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu dengan sabar dan menerima hakikat yang kali terakhir si dia menghantar mesej kepada anda ialah pada 2 jam 42 minit dan 15 saat yang lalu!

Sifat lelaki memang begitu

Para pembaca sekalian, pernah mengalami situasi di atas? Jika ya, pertama sekali fahamilah lelaki adalah makhluk yang jarang sekali berfikir tentang perhubungan. Akan tetapi, ia tidaklah bermakna si dia langsung tidak peduli akan insan yang dicintai, namun bagi mereka anda bukanlah tumpuan yang utama.

Dalam hati, mesti terfikir, “Kenapa lelaki mengelak dari perempuan?”. Dalam lubuk hati juga, mungkin pernah tertanya-tanya, “Kenapa lelaki tiba-tiba mendiamkan diri?”.

Cemburu mungkin? Atau adakah dia sudah berubah? Maka akan ada persoalan baru, “Kenapa lelaki cemburu? Kenapa lelaki berubah?”

Macam-macam.

Kajian tentang lelaki

Terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa wanita mengukur nilai dan harga diri melalui hubungan interpersonal mereka, baik sesama keluarga, rakan atau pasangan.

Sebaliknya, lelaki pula mengukur pencapaian dan nilai diri mereka berdasarkan keupayaan untuk memberi impak kepada keadaan sekeliling, sebagai contoh pencapaian di tempat kerja mereka – hmm, berbeza bukan?

Oprah kata, sifat lelaki juga, mereka cuma mendengar apa yang penting sahaja. Dia akan tapis apa-apa yang tidak penting. Namun sekali perempuan kata tak bertanggungjawab, dia akan ingat perkataan itu.

Kenapa lelaki ego tapi sayang?

Kenapa lelaki ego

Namun jangan risau, kerana kami  akan menyingkap serba sedikit rahsia yang pasti akan membantu anda para wanita untuk lebih memahami pasangan anda. Jadi, sebelum anda nak start fikir hal-hal yang negatif tu, apa kata anda baca dulu antara sebab-sebab kenapa lelaki jarang mesej pasangannya.

Jangan asyik nak fikir negatif sahaja!

1. Wrong timing!

Kenapa lelaki merajuk

Usah pening-pening memikirkan mengapa si dia jarang sangat membalas mesej anda, kerana ia boleh jadi ianya disebabkan mesej-mesej anda dihantar pada masa yang salah!

Mana tahu mungkin si dia sedang mengerjakan sesuatu tugasan kerja yang penting, kerana antara salah satu sebab yang paling utama lelaki jarang mesej adalah kesibukkan harian.

Walaupun anda adalah insan yang paling istimewa dalam hidupnya, namun harus diingat yang si dia juga mempunyai keutamaan yang lain ya. Jadi, sebelum anda (para wanita) bersedih dek kerana si dia tidak membalas mesej, apa kata anda mula mengambil tahu bilakah waktu yang terbaik untuk menghubungi sang kekasih hati.

Jangan anggap dia tiba-tiba membenci anda hanya kerana tidak mesej. Siapa tahu si dia mungkin sedang sibuk merencanakan surprise untuk anda.

 

2. Tidak suka berbalas-balas mesej

Kenapa lelaki mengelak dari perempuan

Banyak sudah perhubungan yang terkandas dek kerana sifat lelaki yang satu ini! Kaum hawa selalunya menganggap ketidakkerapan lelaki membalas mesej adalah disebabkan si dia telah kehilangan minat atau tidak peduli pada pasangan, dan lebih parah lagi mereka akan beranggapan sang lelaki telah berjumpa dengan orang baru!

Gara-gara sikap jarang mesej inilah sang lelaki acap kali disalah erti oleh wanita, justeru tidak hairanlah jika dalam sesetengah kes ada di antara mereka yang hilang sabar lalu ‘menyerang’ sang lelaki dan menuntut penjelasan untuk setiap mesej yang tidak di balasnya.

Akan tetapi, kaum hawa janganlah mengukur kerapatan sesuatu perhubungan dan tanda kasih sayang si dia dengan jumlah teks yang anda terima saban hari atau dengan seberapa kerap si dia menghantar mesej kepada anda.

Sebaliknya, ukurlah keutuhan hubungan kalian dengan kualiti waktu yang dihabiskan bersama-sama.

Cuba bayangkan, jika anda menghabiskan sepanjang hari berbalas mesej dengan si dia, namun kandungan perbualan kalian sekadar terhad kepada topik remeh, tentu sekali anda tetap tidak berasa gembira dan akan beranggapan komunikasi kalian itu tidak membawa apa-apa makna, bukan?

 

3. Menganggu konsentrasi

Tahukah anda yang kebanyakan lelaki beranggapan aktiviti berbalas-balas mesej sebagai sesuatu yang boleh menganggu fokus?

Tidak dinafikan, di awal-awal perkenalan, si dia mempunyai keinginan yang besar untuk selalu berhubungan dengan anda, dan kerap menghantar mesej semata-mata untuk memenangi hati anda.

Namun, lama-kelamaan apabila hubungan kalian sudah lebih kukuh, anda pasti menyedari yang kekerapan si dia menghantar mesej sudah berkurangan dan fokusnya juga seakan telah beralih kepada perkara lain seperti hal kerjaya dan hal-hal lainnya.

Jadi wahai wanita, fahamilah sekiranya pasangan anda jarang mesej, itu bermakna si dia sedang 100% fokus dengan apa yang dilakukannya, dan bukan kerana anda tidak lagi istimewa di matanya!

Hakikatnya, ia bukanlah sesuatu yang negatif jika sang lelaki tidak menghantar seberapa banyak atau seberapa kerap mesej kepada pasangannya.

Ia hanya bermaksud, si dia sedang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara sahaja, dan umum diketahui bahawa kebanyakan lelaki mempunyai kesukaran untuk multitasking!

Jadi, selalunya bila sudah lapang, barulah si dia akan buka satu persatu mesej anda dan membalasnya, namun malangnya pada masa itu sang wanita selalunya sudah bersiap sedia nak lancarkan perang (oops!) gara-gara berkecil hati dengan si dia!

 

4. Gemar berkomunikasi melalui tindakan daripada kata-kata

“Saya tidak memahami pasangan saya, si dia selalu menyatakan bahawa saya adalah insan yang paling disayanginya namun hakikatnya si dia jarang sekali meluangkan masa untuk bercakap di telefon atau menghantar mesej kepada saya” adalah antara ayat-ayat yang biasa kita dengar daripada kaum hawa.

Hmm, sayang anda, tapi jarang mesej pula…kenapa ya? Secara amnya, umum diketahui, lelaki memang kurang pandai bermain dengan kata-kata, sebaliknya mereka lebih selesa menunjukkan perasaan melalui tindakan.

Jadi, kepada kaum hawa…prihatinlah kepada keadaan pasangan anda kerana mungkin sahaja si dia menunjukkan perasaannya dengan cara melakukan perkara-perkara seperti menolong anda memasak, mengemas laman rumah atau apa-apa sahaja yang boleh membantu menjadikan persekitaran anda lebih baik.

Ingat kaum hawa, kasih sayang tak semestinya disalurkan melalui kata-kata sahaja ya!

Akhir kalam

Kenapa lelaki berubah

Di zaman teknologi ini, dengan kewujudan WhatsApp dan blue tick, jarang menghantar mesej atau lambat membalas mesej kepada pasangan pun boleh menjadi isu besar dalam perhubungan.

Namun, nasihat kami kepada para wanita, janganlah terus berserkap jarang ya dan beranggapan negatif apabila si dia jarang atau tidak membalas mesej anda. Bukan bermakna dia ego.

Mana tahu, jika si dia terlepas pandang mesej daripada anda dek kerana kesibukkan bekerja. Buat para lelaki pula, beritahulah kepada pasangan jika anda tidak gemar berhubungan melalui mesej, kerana komunikasi amatlah penting supaya tidaklah si dia salah faham dan menyebabkan perhubungan kalian berakhir dengan pertelingkahan pula.

Kenapa lelaki ego? Kini anda sudah tahu jawapannya.

Teruskan membaca The Berkat untuk lebih lagi perkongsian tentang perhubungan.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Yang Popular

To Top